Monday, 28 October 2013

CoQ Health Plus

CoQ Health Plus adalah produk terbaru dari Shaklee.
CoQ Health Plus ini dikenali sebagai supplement untuk penjagaan jantung.
Selain itu, terdapat banyak manfaat lain yang kita boleh dapat dari supplement ni.

Jom saya kongsikan serba sedikit info berkaitan CoQ Health Plus ini..

APA SEBENARNYA COQ10?

CoQ10 atau nama panjangnya Coenzyme Q10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel di dalam tubuh kita.

CoQ10 merupakan pencetus tenaga di mana ia sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri agar sel-sel tubuh kekal berfungsi. Ia bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam setiap sel. Proses penghasilan tenaga ini berlaku beribu-ribu kali setiap saat. CoQ10 ini ditemui lebih banyak di dalam organ-organ yang kuat berkerja seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan akan berkurangan apabila kita meningkat usia. Sebab itulah salah satu alternatif untuk mendapatkan CoQ10 ini adalah dengan mengambil CoQ Health Plus Shaklee. 

 


APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DALAM COQ HEALTH PLUS?

Produk ini diadun dari bahan semulajadi sepenuhnya. Tiga bahan penting dalam CoQ Health Plus ini ialah CoQ10, Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. 
  • CoQ10 : diperolehi dari proses penapaian yis yang telah diuji sumbernya dan mempunyai bioavailability yang tinggi. CoQ10 ini adalah bebas gluten
  • Vitamin E : gabungan vitamin E dan CoQ10 akan menghasilkan kuasa antioksida yang lebih baik kerana CoQ10 berfungsi mengitar dan menjana semula vitamin E di dalam sel
  • Ekstrak Teh Hijau : memberi manfaat yang tinggi kepada kesihatan jantung dari sejenis bahan yang ditemui dalam teh hijau iaitu procyanidins   



SIAPAKAH YANG BOLEH MENGAMBIL COQ10?

  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung ataupun mengalami masalah jantung (CoQ10 membantu meningkatkan tenaga otot jantung dan membaiki kapasiti mengepam ke jantung)

  • Mereka yang menghidap kanser, masalah imuniti, saraf (seperti Parkinson dan Alzheimer), tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, migrain dan asma

  • Mereka yang mengalami masalah kesuburan terutamanya lelaki kerana Coenzyme Q10 dipercayai meningkatkan keupayaan sperma

  • Mereka yang sering keletihan, kelesuan dan mengah-mengah

  • Mereka yang ingin mengawal berat badan

  •  Mereka yang inginkan kulit cantik dan sihat kerana CoQ10 membantu membaiki peredaran darah (membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda)

  • Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang dipercayai mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 secara semulajadi oleh tubuh




SIAPAKAH YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL COQ10?
 
  • Wanita mengandung
  • Wanita yang menyusukan anak
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
  • Mereka yang mengambil ubat tekanan darah (perlu meruju kepada doktor terlebih dahulu)



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA COQ HEALTH PLUS INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045019-9864611


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...