Monday 21 October 2013

Makan supplement tapi tak ada kesan.. kenapa?

Ada antara kita yang mengambil supplement atau vitamin tapi masih belum merasa perubahan yang positif.
Dalam kata mudah, supplement atau vitamin yang diambil tidak memberi kesan seperti yang diinginkan.

Kenapa tidak berkesan?

Tahukah anda yang sebenarnya terdapat cara-cara dan peraturan dalam pengambilan makanan tambahan ni.
Kalau kita ambil secara sekadar ambil je, tak ada la kesan yang optimum.
Setiap apa yang kita buat mesti ada guide kan. 
Sama la dengan makanan tambahan ni. Tak de la main redah je.
Jadi untuk mendapatkan hasil yang terbaik, jom baca apa yang saya kongsikan di bawah ni..

1. Minum air putih

Semasa mengamalkan pengambilan supplement, kita disarankan untuk mengamalkan minum air putih yang banyak bagi membantu penyerapan supplement dengan lebih baik.
Kita tidak digalakkan mengambil supplement bersama minuman berkafein atau berkarbonat kerana ia hanya akan mengganggu penyerapan nutrient.
Meminum minuman manis yang berwarna dan berperisa juga boleh meningkatkan kepekatan darah dan ianya boleh menyebabkan kegemukan.

Saranan: Jika mengambil supplement, kita disarankan mengamalkan pengambilan air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.




2. Mengambil supplement atau vitamin secara banyak sekaligus pada satu-satu masa

Ada antara kita setiap kali mengambil supplement pasti mengambil secara banyak sekaligus pada satu-satu masa. Alasannya kalau ambil sikit-sikit nanti terlupa pulak. Sebagai contoh, ramai yang mengambil 2 hingga 4 jenis supplement sekaligus sebelum tidur dan untuk setiap supplement, kuantitinya pula melebihi 1 biji setiap satu. Bertambah-tambah banyak pula dibuatnya.

Pengambilan supplement dengan banyak sekaligus sebenarnya tidak elok kerana ia boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa-masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada waktu itu, kita dah kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat supplement yang telah diambil. Kita juga sebenarnya sedang membebankan buah pinggang kita untuk memproses semua ini. 

Saranan: Kita disarankan untuk mengagihkan supplement-supplement tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi diambil pada waktu-waktu berlainan.




3. Elakkan pengambilan supplement atau vitamin bersama ubat

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor dan sedang mengambil ubat-ubatan dari doktor dan bercadang untuk mengambil supplement pada waktu yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak. Perkara ini perlu dititikberatkan untuk mengelakkan timbulnya kecelaruan dalam sistem tubuh badan anda. Ia juga boleh menyebabkan gangguan untuk penyerapan yang optimum bagi kedua-duanya.

Saranan: Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan supplement yang diambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat dari doktor pada sebelah pagi, anda boleh mengambil supplement pada sebelah malamnya. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, anda boleh amalkan mengambil supplement selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.





4. Pengambilan kafein dalam diet harian

Bagi penggemar tegar minuman berkafein dan menjadikan minuman jenis ini sebagai minuman wajib dalam diet harian, pastinya sukar untuk berhenti daripada mengambilnya. Dari satu sisi, minuman ini mampu memberi tenaga dan dapat mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas. Dari satu sisi yang lain pula, pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan  nutrisi dari supplement yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dalam kuantiti yang banyak secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat supplement yang diambil. Ini kerana minuman berkafein tidak memberikan apa-apa kebaikan pada nilai nutrisi yang diambil menyebabkan anda tidak akan mendapat kesan seperti yang diimpikan.

Saranan: Jika anda gemar mengambil kopi atau teh sebanyak 3 cawan sehari, kurangkan menjadi 1 cawan sahaja sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti daripada mengambilnya dan akhirnya melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan supplement tanpa minuman berkafein akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari. Sekiranya anda masih sukar untuk menahan diri daripada minuman berkafein ini, anda boleh jarakkan masa pengambilan antara minuman berkafein dan supplement. 






2 comments:

  1. Terima kasih info yang diberikan. sangat bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. InsyaAllah akan memberi manfaat buat semua :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...