Saturday, 7 June 2014

anak-anak di pet's day

kisah minggu lepas.. tapi baru berpeluang bercerita..

petang sabtu lepas, kami sekeluarga ke pet's day kat halaman perpustakaan awam negeri terengganu..
sampai2 dah lewat sebab musim cuti kan.. kereta slow je kat atas jambatan sultan mahmud..
lagi pun kami memang keluar agak lewat.. pukul 4 baru masuk kereta nak bertolak.. hihi..

sampai2 kat sana, mujur la sempat jugak anak2 tengok binatang kat sana..
ada burung nuri, burung kakak tua, landak, kala jengking, arnab, ayam katik, iguana dan beberapa jenis reptilia yang saya agak geli-geleman nak gi tengok dekat2.. 
al maklum la penakut skit.. hihi..

paling hepi, mesti la faris.. beriya2 dia nak bergambar dengan ular albino tapi bila gi dekat je..
dia takut sebab ular tu besar.. takut kena belit.. huhu..
tapi sebabkan sebelum ke sana dia dah bagitau dia mesti jugak bergambar dengan ular..
so mama tunaikan la permintaan dia.. bagi izin bergambar dengan ular.. 
tapi yang kecik je saiznya..
masa nak bergambar tu mama dok jauh2 tau.. geli.. papa je yang ikut faris..

faris ada mintak nak bergambar dengan iguana.. ok la yang ni mama boleh gi dekat sebab iguana ni agak pasif.. 
dia mintak nak bergambar dengan burung.. huhu tinggal berbekas kesan cengkaman burung kat lengan faris.. mama tanya sakit ke? dia kata tak, cuma lenguh sebab burung kakak tua tu berat.. 
kata faris dalam banyak2 binatang, ular la paling best sebab lembut je kat kulit..
haaa mama siap pesan.. ular kat sini ok sebab dah tak de bisa.. jangan pula nanti jumpa ular kat mana2, faris pegang pulak.. karang kena patuk, bahaya..
faris faham, dia janji tak kan gi dekat kalau terjumpa ular.. huhu naik risau jugak dengan janji budak ni..
arap dia ingat la pesan mama..

alisya pula suka sangat dengan arnab.. comelkan arnab.. jinak pulak tu.. tu yang budak kecik ni suka..
kalau tanya mama, semua binatang mama tak berani nak gi dekat.. setakat sentuh2 bulu arnab, bulu kucing ok la.. tu pun dah kecut perut..

ok jom layan gambar yang mama tangkap hari tu.. 

 alisya excited dapat main2 dengan rabbit comel ni..


 burung nuri ni kalau tak pegang, nak terbang je kijenya..


 faris bagitau dia lenguh lepas pegang burung ni.. burung ni berat..


 iguana ni ok, cool je.. mungkin sebab tuannya ada kat situ kot..


ular ni ok la kecik, tak la faris takut sangat.. faris suka pegang sebab lembut.. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...