Sunday 29 September 2013

makan malam kat cik siti

minggu lepas saya balik ke kota bharu.. rumah famili.. saya ni nama je isteri orang tapi still nak manja-manja dan selalu rindu-rinduan kat mak dan ayah.. sunyi je balik kali ni sebab adik-beradik tak de kat rumah.. adik yang tinggal dengan mak tu pulak kije memanjang.. dah namanya doktor.. penat jugak jadi doktor ni kan.. kadang-kadang oncall, 24 jam la adik kat hospital.. balik hari tu pun boleh kira berapa kali je jumpa dia.. sebab tu la mak dan ayah rasa sunyi je.. so nak kurangkan rasa sunyi mak dan ayah, saya balik la.. confirm riuh rumah dengan suara budak 2 orang ni.. terubat la rindu kat cucu kan..

petang jumaat tu tak tau nak gi mana.. so ajak la mak kuar makan.. kira dinner la ye sbb dah 6.30 petang masa tu.. kat rumah mak, kami selalu dinner awal.. paling lewat sebelum pukul 8 malam.. ada ajak ayah tapi malam tu ayah ada hal..

faris awal-awal tu nak gi restoran wau.. tapi lepas mama dia buat muka 10sen pujuk nak makan chicken chop kat restoran selera cik siti.. dia ikut je.. lama sangat tak makan chicken chop.. akhir-akhir ni kalau keluar asyik makan masakan panas je.. nak jugak la tukar selera kan.. jom layan gambar sikit.. 

 
 mama & alisya.. kesian kat dia mata kena gigit semut..


 alisya cakap apa tu dengan mama.. dia ni pelat.. tak semua orang paham bahasa dia..


papa & alisya


sambil menunggu makanan sampai.. macam-macam ragam faris.. nenek tengok je..


bulatnya mata faris..
habis ke makan chicken chop dan pulut pauh tuuu ??


faris nak tengok kartun kat belakang tu.. dah berubah mood sebab mama suruh habiskan makanan dulu..

kalau bawak anak-anak kuar makan ni.. tak boleh nak harap la mama diorang ni boleh makan dengan tenang dan nikmatnya.. nak suapkan alisya lagi.. nak kena pegang gelas dia lagi sebab jap-jap sekali dia nak minum air.. makan sebelah tangan je mana best kan.. nak kena melayan faris lagi sebab dia ni kalau dah berubah mood kena pandai pujuk baru ok.. kalau tak masam je la mukanya.. tak seronokkan tengok anak masam je.. 

balik-balik rumah malam tu semua orang puas hati, kenyang.. tapi mama siap beli roti lagi.. huhu.. lapar bertandang lagi.. alasannya makan sambil-sambil urus anak kan, tak kenyang.. sila abaikan alasan mama dah nak gemuk.. lupakan alasan tu ~◕ ‿ ~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...