Wednesday 19 March 2014

ambil vitamin demi nak dapatkan kulit cantik

wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan kan..
walaupun pada orang yang sesimple saya ni..
saya ni sebenarnya seorang yang sukakan simple2 je kalau bab2 kecantikan ni..

maksud saya, saya ni bukan la orang yang nak ke spa setiap minggu..
bukan jenis yang nak buat rawatan muka setiap bulan..
bukan jenis yang suka bermake-up tebal setiap kali keluar..
bukan yang jenis nak pakai blusher ke, eye liner ke, eye shadow ke, maskara ke..
semua aktiviti 'mencantikkan' muka cara tu dah lama saya tinggalkan sejak dapat anak pertama..
haaaa.. kalau dulu pantang nak kuar je ada la yang saya tepek kat muka..

sekarang ni malas benar rasanya nak menampal semua tu kat muka..
kat muka pun main tepek bedak nipis2 tanpa pakai moisturizer dan toner pun..
tak suka benda yang rumit macam tu.. nampak benar malasnya kan.. hihi..
sekarang kalau kuar pun cuma sapu bedak skit kat muka dan calit lipstick skit kat bibir.. itu je..

tapi sejak akhir2 ni walaupun tanpa rutin penjagaan kecantikan secara luaran..
alhamdulillah kulit saya dah semakin baik..
ooohh.. saya ni ada masalah kulit sebenarnya.. kiranya berkait dengan auto-immune..
bila sistem imun dah bercelaru.. dia main tak kenal yang mana elok, yang mana tak elok..
antibodi pun tubuh sangka benda jahat, so tubuh lawan balik antibodi tu.. sangat la keliru kan..
akhirnya.. diri ini yang menanggung masalah auto-immune tu..
tapi sekarang ni alhamdulillah dah semakin baik.. syukur sangat2, Tuhan je tau apa saya rasa..

balik pada cerita asal ye, hihi suka benar melencong dari tujuan asal..
saya ni suka benar makan vitamin untuk kecantikan kulit..
setiap pagi saya selalu ambil vitamin B-Complex, vitamin C dan vitamin E..
GLA Complex pun saya ambil.. ntah la nape tapi saya rasa tak lengkap hari tanpa GLA Complex..
sekarang tengah berkawan dengan ESP pulak..
harapan saya agar kulit makin baik lepas ni..

sekarang pun dah rasa perbezaan sebenarnya..
dah rasa liang pori-pori makin mengecil, dah rasa lembap dah kulit ni..
sebelum ni kulit saya ni sedikit kering & berminyak..
alhamdulillah sekarang dah tak berminyak lagi.. suka betul..
dah rasa kurang kedutan kat bawah mata.. yang ni tak leh bantu dah, suka benar tido lewat..
tapi sekarang dah berkurang.. best kan..
kulit pun makin lembut dan terasa lebih bermaya dari dulu..
tu la yang saya rasa sejak ambil vitamin2 Shaklee ni..
saya puas hati la dengan vitamin2 ni.. 
sesuai sangat la sebabnya saya ni bukannya rajin nak melawa pakai moisturizer, toner dan make-up..

ok, ni la produk Shaklee yang saya amalkan demi untuk dapatkan tubuh badan dan kulit yang sihat..
saya berpuas hati setakat ni.. walaupun bukan la cantik mana pun kulit saya sekarang..
tapi sekurang2nya bertambah baik berbanding dulu yang agak kusam..
haaa.. tak de la berharap nak secantik emma maembong atau segebu zizie ezzette kan..
kita sedar siapa kita.. sob sob sob sob.. hihi gurau je..
cuma saya usaha untuk tahap saya la.. tahap pompuan biasa yang dah ada anak 2 dan dah umur 30an..
tahap seorang pompuan yang tak suka gi buat facial tapi nak kulit elok dan sihat.. aci la kan, hihi (^__^)



** notakaki : pada sesiapa nak cuba jugak set kulit cantik ni, jom hubungi saya ye..

ni no hp saya, sila la SMS atau whatsapp ye : 019-9864611
saya juga sediakan khidmat COD untuk area UMT, Unisza, Gong Badak, Batu 6 dan sekitarnya..
kalau jauh2 tu saya boleh poskan ye.. tak de masalah semua ni :)

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...