Tuesday 22 April 2014

cerita pasal anak & tips menjadi ibu bapa terbaik

assalamualaikum..

hari ni saya tak nak bercerita benda lain selain benda ni..
benda apa tu??

macam ni la senang cerita pasal anak la..
saya baru ada 2 orang anak..
yang sulung, lelaki dah umur 8 tahun, dah darjah 2 pun.. namanya faris ilman..
yang adikknya, perempuan dah umur 3 tahun.. namanya alisya sofea..
jarak umur mereka agak jauh.. saya lahirkan alisya masa faris di tadika, 5 tahun..
kalau nak tau sepatutnya faris ada adik sebelum alisya tapi saya tak de rezeki, saya keguguran..

abang & adik

ok, berbalik pada cerita asal.. akhir2 ni saya rasa agak sukar dengan sikap faris..
atau mungkin juga saya sebenarnya bermasalah dengan sikap saya sendiri..
sangat dilema antara harapan saya untuk faris dan impian faris sendiri..

faris sebelum ni anak yang baik, mendengar kata, sopan..
orang kelate kata budak berjurus maksudnya budak baik la..
bila dia dah dapat adik, saya masih ingat masa saya di hospital selepas bersalin..
ketika saya, suami, mak, ayah dan adik2 lain seronok layan baby baru, alisya la baby tu..
faris lari menyorok di hujung katil.. masa tu saya perasan ada yang tak kena..
bila saya tanya kenapa tak join layan baby.. dia bagitau semua orang sayang baby, dah tak sayang dia lagi..
kesiannya, rupanya dia cemburu semua orang yang sebelum ni bagi perhatian padanya dah beralih perhatian pada alisya..
maklum la selama 5 tahun tu, dia la satu-satunya cucu mak ayah saya dan satu-satunya anak sedara pakcik-pakciknya.. saya ada 5 adik lelaki..
kami pulak excited betul dapat alisya sebab keluarga kami kekurangan kaum hawa..
mungkin ini buat faris terasa lain.. budak kan.. kalau kita pun mesti terasa jugak kan.. kan.. kan..

saya ingat lagi saya bagitau suami, yang kami perlu pandai bahagikan kasih sayang dengan adil..
supaya 2 orang anak kami dapat kasih sayang sama rata..
paling penting tak nak la faris terasa tersisih..
ok, selepas tu kami alhamdulillah mampu lakukan terbaik untuk 2 beradik ini..

semuanya berjalan lancar sehingga la akhir2 ni faris mula berkawan dengan kawan2 di taman perumahan kami..
sejak itu, faris agak lain.. dia selalu lebihkan kawan2 dari kami..
bila saya menegur, dia ok sekejap.. tapi apa2 pun kawan lebih penting bagi dia..
dengan alisya pun dah lain, dia suka marah2 adiknya sekarang.. sikap pun dah lain..
dilema juga.. tak nak bagi dia keluar berkawan, risau kalau dia memberontak..
dah petang2 kawan2 datang ajak keluar bermain.. mana la budak boleh tahan..
tapi kalau bagi keluar kan.. lain pulak sikapnya..
baru sorang anak lelaki yang tengah mengenal dunia.. dah haru biru mamanya..

sekarang ni saya umpama menarik rambut dalam tepung..
tak nak rambut terputus, tak nak tepung tersepah..
saya tak nak sekat sangat faris berkawan walaupun selepas berkawan ni sikapnya agak lain..
tapi dalam masa yang sama, saya juga kawal dia dalam diam.. tak nak dia perasan..
saya sekarang tengah berusaha nak kembalikan faris saya yang dulu..
saya banyak libatkan faris dalam dunia saya, saya ingin jadi sahabat baik anak saya sendiri..
saya ingin jadi pendengar setia dan terbaik pernah dia ada..
semoga dengan cara ini dia akan merasa kepentingan keluarga berbanding kawan2..

saya agak takut dunia sekarang, kalau tak pandai pilih kawan.. macam2 boleh jadi..
paranoid ke saya ni? tapi saya agak bukan saya seorang yang macam ni..
saya cuma berwaspada risau2 hari mendatang yang lebih mencabar bagi anak semuda faris..
doa saya tak pernah henti agar anak2 membesar dalam kehidupan yang normal dan sentiasa dilindungiNya..

sekali terfikir, jenuh jugakkan nak besarkan anak ni..
macam mana la mak ayah kita dulu masa besarkan kita kan..
ni antara tips yang saya dapat untuk kita sebagai ibu bapa dalam melayan anak2..
insyaAllah yang terbaik untuk kita semua ye..

TIPS :

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka, buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Ya Allah, saya terlalu sayangkan faris & alisya..
saya tak mahu antara mereka terasa kalau2 saya terlebihkan salah seorang dari mereka..
semoga saya mampu menjadi mama yang penyayang dan penyabar dan mama yang adil melayan anak-anak sama rata, insyaAllah :)


saya ajak faris temankan saya bermasker ESP..
dia tanya untuk apa?
saya bagitau nak bagi kulit cantik.. 
dia kata tak nak, cantik tu untuk orang pompuan je..
saya cakap kalau orang laki akan jadi makin handsome..
dan2 tu nak pakai terus :)

** salah satu cara nak kuatkan hubungan mama dan anak kan :)
saya wajib jadi sahabat baik dia..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...