Tuesday 31 December 2013

cerita semalam..

tengah2 malam baru saya menjengok ke sini..
hari ni asyik buat 1 kije ni je.. asyik sangat sampai lupa benda lain..
cer teka kije apa yang dok ralit sangat tu..? 

hehe.. kije membalut buku sekolah faris ilman je pun..
tapi nak menyudahkan 8 buku teks dan 7 buku aktiviti tu punya la mencabar..
mencabar dek gangguan budak alisya sofea ni..
masa mama dia nak balut buku, dia pun kalut la nak mintak tape tape..
abis semua tempat dia lekatkan dengan cellotape..
jenuh pulak mama dia nak gi tarik balik tape tape yang melekat ntah mana2 tu.. 

akhirnya sempat siap balut semua buku masa alisya tido..


nak gi daftar faris.. dia pakai baju biasa je.. budak darjah 1 je yang pakai baju sekolah..


ni cerita semalam, 30hb saya gi daftar faris kat sekolah..
2014 ni dia dah masuk darjah 2..
diam tak diam bila anak dah makin besar, baru terasa diri ni dah makin tua..
sebelum ni bukan tak terasa tapi kali ni ramai kawan yang daftarkan anak darjah 1,
tapi anak saya dah darjah 2.. punya la baru nak terasa tua.. hehe..

tua pun tua la janji comel sokmo!! ehh tetiba lak..

kita ni beberapa minit lagi nak masuk ke tahun baru 2014.. 
dah sampai masa nak menutup buku 2013.. 
dan dah sampai masa nak buka buku baru 2014 pulak..

SELAMAT TAHUN BARU 2014 BUAT SEMUA !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...