Saturday 14 December 2013

Makanan Berasid vs Makanan Beralkali

KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN..
ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN..

Ungkapan ini sering kita dengar kan, tapi sejauh mana kita praktikkan untuk kesihatan tubuh badan kita sendiri?
Dan tahukah kita bahawa apa yang kita makan itu sama ada membantu kita melawan sesuatu penyakit atau tanpa disedari sebenarnya kita sedang mengundang penyakit..




Pastinya kita semua tahu, bahawa makanan yang kita makan akan meninggalkan kesan sama ada baik atau buruk pada kesihatan kita. Makanan kita boleh dibahagikan kepada makanan beralkali dan berasid. 




Kebanyakan pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid dalam diet seharian kita. Namun, sebaliknya yang berlaku pada hari ini, kebanyakan daripada kita mengambil 80% makanan berasid dan hanya 20% makanan beralkali. 




Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan. 
  • Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid.
  • Skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi.
  • Skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali.  

Kita digalakkan untuk mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali akan memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda. 

Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti kanser, sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan juga akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

 


Sekarang, kita pastinya sudah boleh membuat pilihan yang bijak dalam memilih makanan yang beralkali dan makanan berasid. Banyakkan meminum air masak ataupun air mineral semulajadi kerana ia boleh membantu menjaga kesihatan. 

Di samping itu juga kita amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi harian. Jom amalkan SHAKLEE kerana pastinya ia SELAMAT & SEMULAJADI. 

Mulai saat ini, pilihlah makanan yang berkhasiat dan supplement yang berkualiti untuk diri anda dan keluarga anda untuk menjamin masa depan yang bahagia. Anda adalah apa yang anda makan.

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045019-9864611




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...