Monday, 17 March 2014

Herbal Blend Shaklee

Untuk pengetahuan semua.. hari ni ada satu berita gembira :)

Haaaa.. Herbal Blend sudah kembali ye !!! 
Pada yang tak penah tengok rupa bekas Herbal Blend ni..
Ini la gambarnya..
 


Jom saya kongsikan serba sedikit pasal krim ni..
  • Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.
  • Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak.
  • Ianya diperbuat daripada estrak herba semula jadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.
 
Secara ringkasnya, krim Herbal Blend ni banyak membantu para ibu yang mempunyai masalah anak yang selalu ruam, sama ada ruam susu atau ruam panas.. 
Bukan setakat ruam sahaja ye, malahan untuk anak2 ekzema pun sesuai.. 
Paling best para ibu juga boleh gunakan sebagai losyen harian, boleh disapukan pada tumit kaki yang merekah, kulit kering dan gatal2 digigit serangga atau nyamuk pun boleh guna juga..

Jom tengok apa kata para ibu mengenai krim Herbal Blend ni.. ramai yang berpuas hati kan.. 


 

Jika ingin mendapatkan krim ini, boleh la hubungi saya ye..

Atirah Khalim
Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/WhatsApp : 019-9864611



Sunday, 16 March 2014

Testimoni ESP

Jom tengok testimoni ESP
ESP ni banyak membantu dalam:
  • pengurusan berat badan
  • mendapatkan kulit yang cantik berseri-seri dan halus mulus
  • mencerahkan kulit wajah
  • memudarkan parut jerawat
  • mantapkan 'aset' wanita
  • menambahkan susu badan








Thursday, 13 March 2014

bila badan kurang sihat..

assalamualaikum..

2 hari ni saya kurang sihat..
asyik bersin, batuk dan badan pula selalu je rasa seram-sejuk..
orang lain panas, saya sejuk..

itu la bila fikir2 camna boleh jadi kurang sihat macam ni..
baru teringat saya ada minum ais beberapa hari lepas..
biasa minum ais ok je, cuma terbaru ni sejak balik dari penang..
saya ada beli jeruk pak ali.. mmmmm makan tak ingat dunia..
sampai sakit tekak.. masa sakit tekak tu ada la kuar makan kat restoran..
dengan selambanya saya order milo ais..

masuk je air sejuk, ohhh terus rasa sakit kat tekak ni.. pastu mula la mintak air suam..
heh heh heh.. bila sakit baru sedar..
oh kalau nak tau, kat rumah saya tak minum air sejuk..
dah terbiasa minum air suhu bilik je.. tapi kalau kuar jalan2 je terus minum ais.. heh heh heh..
 
 saya ambil 2-3 biji vitamin C masa kurang sihat


balik rumah terus ambil vitamin C, minum air suam banyak2..
tapi badan dah kurang sihat.. campur malam tu saya tido lewat..
sebab ada kije nak buat.. pukul 2 juga baru tido..
esoknya terus tak sedap badan.. rasa nak demam tapi tak bersungguh..
bersin batuk selsema semua ada.. pakej !

dalam pada badan kurang sihat.. saya rasa lebih tenang..
dah lama saya tak sakit sebenarnya..
pernah saya tertanya bila saya nak sakit?
haaa.. sekarang Tuhan dah bagi apa saya nak..
alhamdulillah saya tak sihat pada luaran tapi dalaman saya terasa lebih tenang..

terasa diri ini dalam kasih sayang Tuhan..
terasa diri in dalam perhatian Tuhan..
suami selalu pesan jangan mengeluh atas ujian yang Tuhan bagi..
semua tu ada hikmah..
suami tak pernah mengeluh walau sekali pun masa dia diuji dengan kanser..
walaupun dah stage 4 tapi dia redha dengan ujian ini..
alhamdulillah sekarang suami dah makin sihat..
alhamdulillah sakit dan sihat ini, semuanya rezeki dari Allah :)




Tuesday, 11 March 2014

Saya tak minum soya tapi saya minum ESP

saya bukan la penggemar soya..
maksud saya air soya, pati soya atau pun orang panggil tau fu fah..
walau dicampur air gula melaka sekalipun saya masih tak mampu nak telan air dan pati soya ini..
entah la.. bau dia lain sikit, tekak saya tak boleh terima..

saya cuma mampu lihat je orang menikmati minuman soya ni..
sama ada dibeli di gerai di tepi jalan atau pun dalam tin..
sedap kah? cuba rasa tapi setakat di lidah je..
saya pasti akan keluarkan balik..

masa kecik dulu ayah suka buat sendiri air soya..
saya suka tolong ayah blend kacang soya..
lepas tu tapiskan dalam bekas..
lagi2 masa bulan puasa.. kiranya ayah siapkan homemade air soya la..

tapi jangan tak tau cuma air dan pati soya je saya tak boleh terima..
saya sebenarnya penggemar tempe.. kiranya masa kat ukm dulu..
saya pernah ketagih dengan tempe ni..
masa lunch saya tak beli nasi pun..
tapi bekas polisterine saya, penuh dengan tempe..
100% tempe.. sedapnya.. suka benar tempe ni.. buat la apa2 pun memang sedap..

berbalik cerita air soya..
bulan ni kan bulan promo ESP..
saya adalah pengedar Shaklee tapi tak pernah merasa ESP..
rugi kan.. maklum la harga pengedar dah la lebih rendah tapi tak guna kelebihan tu..
so saya kuatkan semangat juga la mencuba ESP ni..


nak tahu apa saya buat masa first time tengok powder ESP?
saya cium2 dulu bau kot2 sama la dengan bau air soya.. 
tapi tak de bau pun..
nak rasa nak jilat? 
ooooo.. tidak mungkin.. buatnya rasa soya yang kuat, mahu nya saya tolak terus..
bagi saya first impression penting..
saya tak nak spoil kan penerimaan saya seterusnya.. hihi..

bila nak bancuh, saya pilih nak campurkan dengan milo..
maklum la saya ni penggemar milo.. ratah pun sodap.. hihi..
saya campurkan 1 sudu ESP bersama 3 sudu milo ke dalam shaker..
saya masukkan air sejuk.. dan saya shake, shake, shake..


bila dah nampak semua dah sebati.. jeng jeng jeng..
cabaran nak minum satu hal..
mula2 memang tak yakin langsung boleh telan..
rasa sikit2.. mmmm ok je.. tak bau soya pun..
minum lagi.. ok je.. 
minum lagi.. ok la tak de masalah la nak abiskan bancuhan ni..
patut la orang dok kata ESP ni mild soy!!
terbukti la.. memang tak rasa soya sangat, lebih pada rasa horlicks coklat..
best best best (^‿^)

ok kat sini saya nak buat conclusion sikit.. 
pada sesiapa yang tak suka minum soya,
anda pasti tak kan ada masalah untuk minum ESP..
sangat kurang rasa soyanya..
mild je rasanya.. 
selesa untuk diminum, selesa untuk ditelan sebab bau pun hampir tak ada..
yang bestnya memang sangat terbukti untuk masalah gastrik saya..
mujarab.. sejak ambil ESP saya tak gastrik lagi setakat ni..
Alhamdulillah sangat (✿◠‿◠)





Sunday, 9 March 2014

Pray For MH370

Assalamualaikum..

pagi semalam ketika tengah breakfast dengan famili kat rumah..
seperti biasa pagi2 sabtu kami mesti tengok rancangan nasi lemak kopi o di tv9..
tengah2 tengok tu tiba2 pengacara honey madu baca satu berita..
pesawat MH370 hilang !!

saya tanya suami macam mana boleh hilang..
maklum la saya ni suka benar tengok rancangan air crash investigation sebelum ni..
start dari tau je pasal pesawat hilang tu, saya terpacak je kat depan tv..
jap2 buka tv1, jap2 buka tv3, jap2 tengok astro awani..
jap2 buka hanset, jap2 buka laptop..
so semalam anak2 tak de can la nak tengok kartun2 diorang tu..
mama conquer semuanya.. tamak betul hihi..

dalam pada itu juga, dapat info dari wassap kawan2 shaklee..
yang salah seorang daripada penumpang MH370 adalah ahli group shaklee kami..
makin sedih dan terganggu memikirkan di mana hilangnya pesawat itu..

sepanjang hari semalam dari pagi sampai la ke tengah malam..
saya menunggu utk mendengar berita baik.. tapi tak ada..
masa keluar beli barang rumah kat giant kuala terengganu pun tangan dok pegang hanset je..
nak tahu sangat perkembangan terkini..
gi makan malam dekat pantai batu buruk pun, dok ngadap tv kat restoran tu..
balik rumah plan asal nak update blog tapi tak leh.. 
sebab jiwa tak de kat blog, jiwa cuma ada pada berita kehilangan pesawat tu..
rasanya bukan saya seorang je yang macam tu, ramai juga yang macam saya kan..
 
bila buka berita itu berita ini termasuk facebook..
macam2 variasi update, cerita, termasuk la spekulasi dapat dibaca..
ada yang ok, ada yang tak masuk akal..
ada yang mengganggu perasaan keluarga penumpang terlibat..
paling teruk ada yang boleh buat lawak dgn musibah ini..
apa2 pun tunggu la sehingga berita yang sah dikeluarkan..

doa saya semoga Allah mudahkan pencarian pesawat MH370 itu..
semoga berlaku keajaiban, semoga semuanya selamat.. amin.. 

 

 "Ya Allah.. sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..
Apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. 
Kami mohon kasih sayangMU ya robbi.. 
Berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370
yang sedang dalam kesedihan dan kedukacitaan.. 
Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya.. 
Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan.. Amin.."



Friday, 7 March 2014

Promo Mac ~ ESP

Alhamdulillah bulan Mac ni adalah bulan promosi ESP..
Sana-sini orang bercakap pasal ESP..



Sempena bulan promo ESP ni pastinya ada keistimewaan la kan berkaitan ESP..

Apa yang istimewanya tu..?
Sepanjang bulan ini, jika anda membeli 6 canister ESP, anda akan:
➨ dapat FREE 1 canister ESP
➨ dapat FREE membership (anda untung rm65 ye)
➨ dapat cash back RM30++ (kredit akan dimasukkan ke akaun bank pertengahan bulan depan)
➨ kalau nak berbisnes ~ dapat join group bisnes kami yg best
➨ kalau nak makan sendiri ~ saya akan bagi exclusive consultation yg berterusan

➨ banyakknya 6 canister tu..!! ahh tak mampu nak beli ~ anda boleh berkongsi beli/kumpul order dgn keluarga, sedara-mara, jiran & kawan2 office dulu.. lps tu baru beli (keistimewaan di atas anda akan dpt)


Nak kulit cantik, gebu, anjal, mulus ?? ESP la jawapannya..
Nak kurus, langsing, sihat ?? ESP juga jawapannya..
Nak susu badan makin banyak, baby cepat kenyang ?? muktamad ESP memang jawapannya..

Nak dapatkan ESP ?? Boleh la hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611

COD : UMT, Unisza, Gong Badak, Batu 6 dan sekitarnya
Penghantaran pos : ke seluruh Malaysia 



Monday, 3 March 2014

Bersyukur & Bahagia

~ Sekadar Renungan ~

  
Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
 
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.


 
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.



   Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.

  Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
 

  Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
 

Pokok pangkalnya kalau kita sentiasa bersyukur, hati kita pasti akan merasa tenang dan bahagia, InsyaAllah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...