Tuesday 29 April 2014

carotomax supplement terbaik untuk mata!

saya suka carotomax !! sebabnya mata saya yg dulunya kabur dah makin terang..

saya ada buat spek thn 2012, tu pun sbb suami yg bwk gi kedai spek..

iyo la dh hari2 isteri ngadu mata kabur dan silau kan..
isteri lak sbnrnya tak nk buat spek pun.. 
sbbnya tkt sakit tertekan spek tu atas hidung..
ooo blh sakit kepala kalau gitu.. mmg nak elak pakai spek..
tp bila dh buat pakai la jg walaupun tak selesa..

tp dlm hati mmg berazam tak nk pakai spek..
hari2 cari dlm paper & magazine, vitamin apa utk mata..
sedikit terpengaruh dgn iklan dr. rozmey, terasa nak beli je..
tp suami lak mcm halang, selamat ke, dia tanya?
pulak dh.. tak de can la tak nk pakai spek..

pastu thn 2013, dpt tau carotomax shaklee baik utk mata..
terus beli.. tak tggu dh sbb lebih yakin dgn shaklee.. hi hi hi 

alhamdulillah benda ajaib berlaku, hari pertama makan sebiji carotomax..
makan pagi hari mengundi.. 5 mei thn lps..
tgh harinya otw balik ke teganu dr kelate, nk bg can suami mengundi pulak kan..
ms makan kat pantai penarik saya ckp, "cantiknya pantai ni hari pun cerah.."
suami tanya, "btl ke cerah? kan tak pakai spek tu.."
baru la saya sedar saya tak pakai spek tp penglihatan saya terang..
bintik kelabu dlm mata kiri hilang ke mana tak tahu la, suka sgt 
waahh bestnya carotomax.. ms tu mmg sayang giler kat carotomax ni..

skrg ni alhamdulillah agak lama juga saya tak pakai spek.. mata dh makin terang..
mgkn jgk power saya dulu rendah je so sng la mata nk baik..
tp byk jg saya dgr org amik carotomax ni blh turunkan power spek..
suka la tak pakai spek, org muka bulat mcm saya kurang cun pakai spek.. hihi..



ini la carotomax.. kecik je botolnya..
tapi khasiatnya mmg ummmppphh!!

kalau ada antara anda nak dapatkan carotomax ni..
boleh la contact saya ye.. moga2 khasiatnya dapat kita kongsi bersama..

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611





Saturday 26 April 2014

Ostematrix untuk alahan laktosa

Alahan laktosa.
Saya pasti kalau anda pernah buka entri lama saya, pasti perkataan ini sangat biasa saya cerita kan. 
Ini kerana saya sendiri memang ada masalah alahan laktosa. 

Saya mula sedar akan masalah ini semasa di tingkatan 4 bila mana saya cuba minum susu tepung dan perut saya mula meragam dan saya muntah!
Niat asal ingin menambah kalsium al-maklum la saya ni cukup rendah.
Orang dok kata saya rendah sebab saya kurang kalsium, jadi saya pun tumpang la susu tepung ayah saya, tup-tup bukan tinggi yang saya dapat tapi dapat sakit perut yang amat!

Sekarang ni saya sangat berhati-hati bila mengambil produk tenusu, risau kalau terkena lagi.
Tapi bukan semua produk tenusu saya tak leh ambil tau, cuma sesetengah seperti susu tepung, susu segar, sesetengah keju dan aiskrim yang bersusu pun tak leh jugak.
Kalau pizza yang penuh dengan keju pun tak boleh, nanti perut cepat meragam. 
Walau apa pun saya sangat bersyukur sebab perut saya masih lagi mampu terima susu cair dan susu pekat manis.
Boleh la minum air kesukaan saya, milo ais dengan nikmatnya :) 


gurau-gurau je ni.. ngeeee..


Ok kalau anda nak tau apa maksud alahan laktosa yang sebenarnya, jom baca kat sini..

" Alahan laktosa juga dikenali sebagai kekurangan laktase, intolerans susu bermaksud anda tidak mampu mencernakan sepenuhnya gula (laktosa) susu dalam produk-produk tenusu yang anda ambil.

Sekalipun ia selalunya tidak mendatangkan bahaya, namun simptom-simptom intolerans laktosa boleh membuatkan anda berasa cukup tidak selesa kerana menjadikan makan minum sesuatu yang mencabar, memerlukan penggantian sesetengah resipi atau mengelak terus makanan tertentu.

Intolerans laktosa terjadi disebabkan oleh masalah kekurangan laktase iaitu sejenis enzime yang dihasilkan oleh lapisan usus kecil manusia. Laktase berperanan menguraikan laktosa bagi membolehkan ia diserap ke dalam saluran darah anda. Kekurangan laktase mencetuskan masalah dalam pemecahan dan penyerapan gula susu.

Sesetengah orang yang berpendapat bahawa mereka tidak toleran laktosa sebenarnya tidak mempunyai pencernaan laktosa yang rosak. Dan bukan semua orang yang mempunyai tahap laktase rendah adalah intolerans laktosa. Hanya individu yang rendah kadar laktasenya dan mempamerkan gejala-gejala seperti cirit-birit, loya, kejang perut, kembung dan angin dianggap intolerans laktosa.

Begitu juga dengan intolerans makanan yang tidak sama dengan alahan makanan. Intolerans laktosa tidak melibatkan sistem imun anda seperti alahan dan tidak semestinya memerlukan rejim mengelakkan sepenuhnya produk-produk susu. SEBALIKNYA, ANDA BERUPAYA MENGAWAL GEJALA-GEJALA INTOLERANS LAKTOSA MELALUI PEMILIHAN DIET YANG LEBIH BERHATI-HATI IAITU DENGAN MENGEHADKAN LAKTOSA TANPA MENINGGALKAN KALSIUM DAN MUNGKIN JUGA DENGAN PENGAMBILAN SUPPLEMENT. "


** sumbernya saya ambil kat sini ye: http://www.utusan.com.my/

Ok pada sesiapa yang ada masalah intolerans laktosa ni jangan la bimbang ye jika nak dapatkan sumber kalsium selain daripada produk tenusu. Anda boleh la dapatkan Ostematrix dari Shaklee. 4 biji Ostematrix setiap hari sudah mencukupi untuk memenuhi keperluan kalsium harian anda. Bukan sahaja tak sakit perut, malah Ostematrix ni bersifat alkali, senang cerita perut yang berasid dan sakit, kalau ambil Ostematrix ni memang melegakan sebab ia bagi neutralkan balik asid-asid itu. 

Kalau ambil sebelum tidur, tidur malam pun nyenyak. Bila tidur nyenyak, bangun pagi lebih bertenaga, tidak sakit-sakit badan, mata membulat je dan paling best 'urusan' di toilet pun sangat lancar. Sebab tu la Ostematrix ni disyorkan juga buat sesiapa yang ada masalah sembelit. Banyak fungsinya selain dari kuatkan tulang dan sendi.



Ok, jika anda nak dapatkan Ostematrix ini, boleh la hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Tuesday 22 April 2014

cerita pasal anak & tips menjadi ibu bapa terbaik

assalamualaikum..

hari ni saya tak nak bercerita benda lain selain benda ni..
benda apa tu??

macam ni la senang cerita pasal anak la..
saya baru ada 2 orang anak..
yang sulung, lelaki dah umur 8 tahun, dah darjah 2 pun.. namanya faris ilman..
yang adikknya, perempuan dah umur 3 tahun.. namanya alisya sofea..
jarak umur mereka agak jauh.. saya lahirkan alisya masa faris di tadika, 5 tahun..
kalau nak tau sepatutnya faris ada adik sebelum alisya tapi saya tak de rezeki, saya keguguran..

abang & adik

ok, berbalik pada cerita asal.. akhir2 ni saya rasa agak sukar dengan sikap faris..
atau mungkin juga saya sebenarnya bermasalah dengan sikap saya sendiri..
sangat dilema antara harapan saya untuk faris dan impian faris sendiri..

faris sebelum ni anak yang baik, mendengar kata, sopan..
orang kelate kata budak berjurus maksudnya budak baik la..
bila dia dah dapat adik, saya masih ingat masa saya di hospital selepas bersalin..
ketika saya, suami, mak, ayah dan adik2 lain seronok layan baby baru, alisya la baby tu..
faris lari menyorok di hujung katil.. masa tu saya perasan ada yang tak kena..
bila saya tanya kenapa tak join layan baby.. dia bagitau semua orang sayang baby, dah tak sayang dia lagi..
kesiannya, rupanya dia cemburu semua orang yang sebelum ni bagi perhatian padanya dah beralih perhatian pada alisya..
maklum la selama 5 tahun tu, dia la satu-satunya cucu mak ayah saya dan satu-satunya anak sedara pakcik-pakciknya.. saya ada 5 adik lelaki..
kami pulak excited betul dapat alisya sebab keluarga kami kekurangan kaum hawa..
mungkin ini buat faris terasa lain.. budak kan.. kalau kita pun mesti terasa jugak kan.. kan.. kan..

saya ingat lagi saya bagitau suami, yang kami perlu pandai bahagikan kasih sayang dengan adil..
supaya 2 orang anak kami dapat kasih sayang sama rata..
paling penting tak nak la faris terasa tersisih..
ok, selepas tu kami alhamdulillah mampu lakukan terbaik untuk 2 beradik ini..

semuanya berjalan lancar sehingga la akhir2 ni faris mula berkawan dengan kawan2 di taman perumahan kami..
sejak itu, faris agak lain.. dia selalu lebihkan kawan2 dari kami..
bila saya menegur, dia ok sekejap.. tapi apa2 pun kawan lebih penting bagi dia..
dengan alisya pun dah lain, dia suka marah2 adiknya sekarang.. sikap pun dah lain..
dilema juga.. tak nak bagi dia keluar berkawan, risau kalau dia memberontak..
dah petang2 kawan2 datang ajak keluar bermain.. mana la budak boleh tahan..
tapi kalau bagi keluar kan.. lain pulak sikapnya..
baru sorang anak lelaki yang tengah mengenal dunia.. dah haru biru mamanya..

sekarang ni saya umpama menarik rambut dalam tepung..
tak nak rambut terputus, tak nak tepung tersepah..
saya tak nak sekat sangat faris berkawan walaupun selepas berkawan ni sikapnya agak lain..
tapi dalam masa yang sama, saya juga kawal dia dalam diam.. tak nak dia perasan..
saya sekarang tengah berusaha nak kembalikan faris saya yang dulu..
saya banyak libatkan faris dalam dunia saya, saya ingin jadi sahabat baik anak saya sendiri..
saya ingin jadi pendengar setia dan terbaik pernah dia ada..
semoga dengan cara ini dia akan merasa kepentingan keluarga berbanding kawan2..

saya agak takut dunia sekarang, kalau tak pandai pilih kawan.. macam2 boleh jadi..
paranoid ke saya ni? tapi saya agak bukan saya seorang yang macam ni..
saya cuma berwaspada risau2 hari mendatang yang lebih mencabar bagi anak semuda faris..
doa saya tak pernah henti agar anak2 membesar dalam kehidupan yang normal dan sentiasa dilindungiNya..

sekali terfikir, jenuh jugakkan nak besarkan anak ni..
macam mana la mak ayah kita dulu masa besarkan kita kan..
ni antara tips yang saya dapat untuk kita sebagai ibu bapa dalam melayan anak2..
insyaAllah yang terbaik untuk kita semua ye..

TIPS :

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka, buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah ibu bapa mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap).

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak-anak yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.


Ya Allah, saya terlalu sayangkan faris & alisya..
saya tak mahu antara mereka terasa kalau2 saya terlebihkan salah seorang dari mereka..
semoga saya mampu menjadi mama yang penyayang dan penyabar dan mama yang adil melayan anak-anak sama rata, insyaAllah :)


saya ajak faris temankan saya bermasker ESP..
dia tanya untuk apa?
saya bagitau nak bagi kulit cantik.. 
dia kata tak nak, cantik tu untuk orang pompuan je..
saya cakap kalau orang laki akan jadi makin handsome..
dan2 tu nak pakai terus :)

** salah satu cara nak kuatkan hubungan mama dan anak kan :)
saya wajib jadi sahabat baik dia..




Saturday 19 April 2014

sakitnya pedih ulu hati !



apa kaitan buah pauh ini dengan pedih ulu hati?
bagi orang lain mungkin tak de apa-apa tapi bagi saya lain pula..
gara-gara makan buah pauh ini dengan banyak dan dasyatnya..
saya diserang pedih ulu hati !!

haaa tak best langsung..
kalau gastrik tu saya dah biasa sangat..
tapi pedih ulu hati ni sedikit teruk terbanding gastrik..
tak senang duduk.. sakit dan panas kat dada..
rasa panasnya dan anginnya sampai naik ke mata dan kepala..
tak leh buat apa.. serba tak kena..
saya terus ambil supplement Shaklee, mestilah Set Gastrik..
tak lupa saya amik vitagen & yakult.. minuman probiotik ni banyak juga membantu..

pada sesiapa yang belum tahu apa itu pedih ulu hati atau asid refluks, jom baca kat sini ye..

Pedih ulu hati atau penyakit refluks gastroesofageal (GERD) biasanya dialami sejurus selepas makan, menyebabkan pesakit berasa sakit atau panas dada dan kadangkala kepanasan 
yang menular ke tekak.

GERD adalah disebabkan pengaliran songsang asid yang dihasilkan di perut ke esofagus, iaitu saluran makanan yang menghubungkan mulut dengan perut. Kehadiran asid ini menyebabkan dada terasa panas dan sesetengah orang berasakan tekak mereka seolah-olah masam dan pahit. 

Setiap kali makan, perut menghasilkan asid hidroklorik yang memainkan fungsi penting dalam pencernaan makanan dan membantu membunuh bakteria. Asid ini sepatutnya ada di perut saja, tetapi apabila berlaku aliran songsang, ia mengalir ke atas, memasuki esofagus dan menyebabkan rasa pedih pada ulu hati.

Aliran songsang berlaku apabila otot pencerut (otot sfinkter) di bawah esofagus tidak berfungsi dengan baik untuk menghalang asid perut mengalir ke atas. Pada keadaan biasa, otot ini menghalang asid perut memasuki esofagus.

Aliran asid berlebihan menyebabkan dada pesakit berasa panas dan sakit (seperti dialami pesakit jantung), regurgitasi (makanan yang belum hadam dimuntahkan balik ke dalam mulut atau tekak terasa masam dan pahit), batuk, sendawa tidak berhenti dan perut tidak selesa.

ok, itu serba sedikit penerangan mengenai GERD..
kalau nak tau, GERD ni bukanlah penyakit merbahaya..
tapi kehadirannya bisa buat hari pesakitnya iaitu saya menjadi serba tak kena..
maklum la bila dada panas semacam sampaikan angin panasnya bersarang kat mata dan kepala..
fuuhhh sangat tak selesa.. menyucuk-nyucuk pula angin kat belakang dada..

nak minum air pun tak sanggup, pedih dan rengsa kat tekak..
tapi hikmahnya saya sangat bersopan.. makan dan mengunyah 40 kali mungkin..
nak kena hancur semua makanan betul-betul baru mampu telan..
selera makan ada tapi nak makan tu teragak-agak sebab tau nanti perit tekak..** ada can boleh kurus ke?

apa-apa pun dinasihatkan pada semua khasnya yang perut sensitif macam saya ni..
agar jaga makan ye..
jangan sebabkan sedap, makan tak ingat dunia lak.. ** merujuk pada buah pauh tu.. heh heh heh (^__^)

kena elakkan makanan pedas, makanan masam, makanan berempah dan kadang-kadang makanan bergoreng..
kena elakkan minuman berkafein seperti kopi, nescafe dan teh juga minuman berkarbonat..
nak kena elakkan stress dan tekanan juga ye.. nanti keluar pulak asid perut tu.. susah la..

makan pun sila jangan tinggalkan waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam..
antara waktu makan tu, jika lapar makan la, sikit-sikit tak pe sekadar alas perut..
kalau keluar ke mana-mana, pastikan dalam handbag tu ada bekalan skit..

ok la penutupnya, saya nak cadangkan pada sesiapa yang ada masalah gastrik atau lebih teruk, pedih ulu hati atau GERD ni, ada banyak cara untuk berubat..
jika dalam Shaklee.. anda boleh dapatkan Set Gastrik, insyaAllah sangat-sangat membantu..
ini pengalaman saya la yang positif dengan Set Gastrik ni dan mungkin kita akan berkongsi pengalaman yang sama kan :)

ok ye, jika anda nak dapatkan Set Gastrik ni, sila-sila hubungi saya ye :)
 
Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611


 

Thursday 17 April 2014

Kejang kaki a.k.a Simpul biawak a.k.a Nyetok karong

ada sesiapa yang pernah kejang kaki?
ada juga orang panggil kejang kaki ni simpul biawak..
kalau orang kelantan panggil kejang kaki ni nyetok karung..
keluarga mertua saya kat terengganu pulak panggil simpul mengkarung..

walau macam-macam nama ada, yang penting rasanya tetap sama iaitu SAKIT !!

dulu-dulu saya selalu je kejang kaki.. saya ni tak leh minum susu..
saya alah laktosa.. paling haru.. saya tak ambil pun pil kalsium..
dulu-dulu kiranya saya redha je kalau kejang kaki ni.. hihihi (^__^)
kisah kejang kaki ni selalu terjadi waktu malam la, lagi-lagi kalau cuaca sejuk..
bila kena, mujur la saya pandai urut sendiri..
maklum la dulu saya PBSM, dah biasa tolong orang cramp.. dah tau cara nak urut..

ok ni caranya ye.. ingat-ingat lupa jgk ni..
  • mula-mula tu kena la urut tempat yang kejang tu..
  • urut macam ramas-ramas labu/perut betis yang kena tu.. kasi tak bersimpul.. kasi leraikan simpulan tu..
  • lepas tu ratakan tapak kaki, kalau seorang diri, ratakan tapak kaki kat dinding..
  • kalau ada sesiapa yang boleh tolong, minta ditolak tapak kaki biar menegak..
  • urutkan tapak kaki dan kalau boleh tumbuk perlahan tapak kaki nak kasi darah bergerak..
  • kalau tak leh tumbuk, just bengkokkan tapak kaki ke atas dan ke bawah, tujuannya sama.. nak bagi pengaliran darah lancar semula..
  • lepas dah urut, dah rasa lega.. boleh la rehatkan kaki..
  • caranya dengan tinggikan kaki melebihi paras jantung..
  • lapik la kaki dengan bantal yang sedikit tinggi.. jangan terlalu tinggi, kan pening kepala pulak, cukup sekadar tinggi dari biasa je..
  • insyaAllah pagi esoknya tak kan rasa apa-apa lagi, semuanya kembali normal..


itu dulu, sekarang dah kahwin, suami la jadi tukang urut..
lagi-lagi masa pregant, kena sokmo malam-malam..
sakit betul dah la perut besar nak bangun urut pun susah..
memang perlukan suami bantu..

cuma sekarang saya dah lama tak kena..
nak tau apa rahsianya??
haaaa.. rahsianya sebelum tidur saya ambil ostematrix..
memang best sangat.. di samping tidur tanpa kejang kaki lagi, ostematrix ni membantu tidur yang lebih lena..
bila tidur lena, bangun paginya sangat segar dan bertenaga.. mata membulat je..
urusan di toilet pun lancar..

itu kisah saya la.. meh kita baca skit tips untuk elakkan simpul biawak ni ye..

TIPS:

>>  wanita yang hamil dinasihatkan tidak berdiri atau menyilang kaki dalam tempoh yang lama.

>>  cuba renggangkan otot kaki pada siang hari dan sebelum tidur.

>>  sentiasa membuat penggerakkan sendi-sendi pergelangan kaki dan jari supaya darah boleh mengalir dengan mudah.

>>  selain itu pastikan meminum air dengan kuantiti yang secukupnya.

>>  tuaman menggunakan ais juga boleh melegakan kekejangan dan merenggangkan semula otot.

>>  selain itu imbangan pemakanan dengan pengambilan makanan berkarbohidrat, air dan garam mineral yang secukup juga adalah penting dalam pencegahan kekejangan otot.



ok, jadi saya nak syorkan la pada sesiapa yang ada masalah kejang kaki atau simpul biawak ni untuk mengambil OSTEMATRIX..



" Ostematrix Shaklee membekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D yang membantu penyerapan kalsium lebih efektif. Dengan pengambilan 4 kapsul sehari, dapat membekalkan 1000mg kalsium keperluan harian. Merupakan alternatif terbaik dan sebagai penganti bagi individu yang tidak suka minum susu "

Jika anda nak dapatkan Ostematrix, jom hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611

COD : sekitar UMT, Unisza, Gong Badak, Batu 6 dan sekitarnya..
kalau yang jauh-jauh, saya hantar melalui pos ye :)





Wednesday 16 April 2014

Penyelarasan Harga Produk Shaklee

Belum terlambat untuk saya bagitau pada semua..
Sekarang ni Shaklee dah kuatkuasakan..
PENYELARASAN HARGA PRODUK SHAKLEE SELURUH MALAYSIA


  • Sekiranya anda ingin menikmati produk Shaklee pada HARGA AHLI, anda hendaklah berdaftar sebagai AHLI SHAKLEE (sebagai pengguna) atau PENGEDAR SAH SHAKLEE (jika ingin berbisnes)

  • Sekiranya anda tidak berdafar secara sah sebagai AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE, anda tidak berhak untuk mendapatkan produk Shaklee pada HARGA AHLI, ini bermakna anda harus membayar pada HARGA PASARAN (Retail Price)
 
  • Peraturan ini telah berkuatkuasa sepenuhnya dan sebarang pelanggaran terhadap peraturan ini akan mengakibatkan penggantungan ahli bagi mereka yang tidak mematuhinya. Maka diminta agar menghormati hak pengedar/penjual produk Shaklee dengan tidak membuat sebarang TAWARAN HARGA yang lebih rendah dari HARGA PASARAN yang telah ditetapkan oleh SHAKLEE (M) SDN BHD

" HARGA AHLI HANYA UNTUK AHLI/PENGEDAR SAH SHAKLEE SAHAJA "

Adalah disyorkan untuk anda mendaftar sebagai AHLI/PENGEDAR SHAKLEE untuk mendapatkan keistimewaan ini. Kos keahlian ini sangat kecil jika dibandingkan dengan keistimewaan yang bakal dinikmati oleh kesemua AHLI SHAKLEE.

  • Pendaftaran keahlian adalah serendah RM65 SAHAJA dan keahlian ini adalah untuk SEUMUR HIDUP 
ATAU
  • Dengan pembelian produk bernilai 200 UV anda layak mendapat KEAHLIAN SHAKLEE SECARA PERCUMA

Boleh hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang PRODUK SHAKLEE & KEAHLIAN SHAKLEE ini :)

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611



 

Sunday 13 April 2014

jiwa kacau ~

assalamualaikum..

hari ni saya tak nak bercerita mengenai shaklee atau pasal cerita yang menarik..
di hati di jiwa saya sekarang kurang tenang.. sedikit kacau..
beberapa hari ini ada saje masalah yang berlaku..
saya cuba untuk bertenang..
Allah menguji saya buat masa ini..
Allah datangkan seorang kawan yang men'cuit' jiwa saya yang sebelum ini sentiasa tenang..
dia datang dan men'cuit' jiwa saya dengan cara yang saya tak senang..
mempertikaikan semua yang saya buat..
menyalahkan saya tanpa sebab..
sungguh hati dan jiwa saya diganggu dengan insan berhati kering..
maafkan saya mengganggu kawan2 pembaca dengan sesuatu yang tak menarik ini..
saya cuma mahu menarik nafas dalam2..
ingin meleraikan semua yang kusut..
semoga ketenangan jiwa hadir di esok hari..
insyaAllah :)

 hati akan tenang bila sentiasa ingatkan Allah kan :)


rasa tenang je tengok gambar ni.. 
** jumpa kat internet tapi nak share jugak sebab masa kita tak tenang ni.. sesekali terjumpa gambar menenangkan jiwa ni harus la share kan :)



Friday 11 April 2014

boleh kurus ke dengan shaklee ??

semua orang inginkan tubuh badan yang cantik..
mereka inginkan tubuh yang kurus, mereka tak nak gemuk..
seelok-eloknya nakkan berat badan yang ideal..
kalau nak tau ideal ke tak, kena la kira BMI kan..
secara umumnya BMI yang normal adalah sekitar 19-23kg/m2..

ada yang inginkan badan yang kurus dan langsing kerana mahu dipandang cantik..
ada juga yang ingin turunkan berat badan kerana ingin sihat..
mereka ingin elakkan penyakit jantung, kencing manis dan macam-macam komplikasi lagi..
tak kira la apa sebab anda, target untuk kurus harus la dicapai..

di shaklee kami ada jawapan untuk mereka yang berhajat untuk kurus ini..
dari set yang asas hinggalah set yang lengkap untuk turunkan berat badan..

SET KURUS ASAS
1. lecithin
2. alfalfa

 

SET KURUS LENGKAP **
1. lecithin
2. omega guard
3. alfalfa
4. herblax
5. ESP
6. cinch shake

wow !! boleh tahan banyak kan..
confirm boleh kurus ke ??

insyaAllah pasti boleh dengan mematuhi syarat-syarat berikut:
makan vitamin ikut dos dan aturan
minum air secukupnya
senaman yang berterusan sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali sebanyak 3 kali seminggu
kurangkan pengambilan high calories diet
kurangkan pengambilan makanan manis
banyakkan high fiber diet
dapatkan rehat yang cukup
mengatur makanan ikut jadual (sedikit tetapi kerap)

insyaAllah, pasti boleh !! :)

ramai dah berjaya disebabkan mereka berdisiplin dan bersungguh-sungguh..
tak boleh mengharapkan supplement semata-mata tanpa usaha dari diri anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat..

kalau tanya saya, bolehkah kurus dengan shaklee ??
YA, BOLEH !! PASTI BOLEH !!

** notakaki: supplement set kurus lengkap tu tak semestinya amik kesemuanya..
boleh hubungi saya dan kita bincang-bincang mana yang sesuai dengan diri anda dan kewangan anda :)

kalau berminat boleh hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611

COD : sekitar UMT, Unisza, Gong Badak, Batu 6 dan sekitarnya..
kalau yang jauh-jauh, saya hantar melalui pos ye :)




Wednesday 9 April 2014

Masker ESP Shaklee

ESP Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk diminum..
ia juga sangat bagus untuk dijadikan masker..
cuma tepek-tepek je kat muka, hasilnya memang umppphh la..
lembut-lembut kulit kat muka nanti.. suka kan..
orang pompuan ni memang suka sangat kan kalau bab cantik-cantik ni..
orang laki pun kalau nak wat masker ESP sangat-sangat la dialu-alukan..

jom kita tengok cara nak buat masker ESP ni..
tak de la main tepek powder ESP tu kat muka.. tak melekat la jawabnya..
kalau nak bancuh dengan air putih pun ok cuma kurang la hasilnya..
nak hasil yang bagus, kita boleh guna yogurt..
tentulah yang perisa asli ye.. tak pernah lagi try yang strawberi..
hihi kalau yang tu tengah-tengah bermasker mahunya semut pun ikut sama.. hihi..

ok cara-cara bermasker ni amat la senang..
sape-sape pun boleh buat, silap-silap anak kecik pun boleh buat..

ini cara-cara nak buat masker ESP ye..
  •  gunakan secawan yogurt perisa asli sebagai base masker
  •  tambahkan sesudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata
  •  ratakan di kawasan seluruh muka kecuali di kawasan mata
  •  biarkan 10-15 minit sehingga kering
  •  akhir sekali bilas bersih.. senangkan..


 
manfaat protein ESP pada kulit wajah..
  • menghilangkan kesan jeragat 
  • menghilangkan noda hitam bekas jerawat 
  • mengatasi wajah yang berminyak 
  • mengatasi kulit kering 
  • melembapkan dan menghaluskan kulit 
  • mengecilkan pori-pori 
  • mencerahkan wajah 

manfaat yogurt sebagai base masker..
  • membantu melembapkan kulit dan melicinkan kulit
  • melegakan untuk kulit terbakar

 jom kita tengok testimoni pula..
 

untuk anak-anak yang sedang membesar pun elok kalau mama dia rajin nak tolong buatkan..


sebenarnya masker ni bukan sahaja elok dipakai di muka..
ada satu lagi tempat yang elok tau..
segan la pulak.. ni untuk orang pompuan je ye..
anda boleh sapukan masker ni di sekeliling cik p***dara..
nanti dapat la hasil yang mengagumkan dan tegang.. opppsss.. hihi nanti cuba la ye..

ok pada sesiapa yang berminat nak dapatkan ESP, boleh dapatkan dari saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 019-9864611




Monday 7 April 2014

Mengapa perlu detoks?

hari ini saya 'terserempak' dengan keratan majalah ini..
tajuknya menarik iaitu "sebab utama PERUT BUNCIT"


saya pasti sesiapa pun akan berminat nak ambil tahu kan apa sebabnya?
ok kat sini dia bagitau berat badan naik disebabkan bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar..

difikir-fikir secara logiknya untuk mengatasi masalah ini salah satu caranya dengan buangkan aje bahan buangan tu..
buat apa nak simpan lama-lama kan, nanti ia akan mengganggu penyerapan zat dan nutrient lain pulak..
supplement yang diambil akan kurang berkesan dek bahan buangan yang bertimbun-timbun ini..
jadi elok la buang dulu bahan buangan tu..
kasi clear semuanya baru la apa-apa supplement yg kita ambil boleh diserap secara optimum..


nampak macam mudah je tapi bagi sesetengah orang, proses pembuangan atau detoksifikasi ni agak sukar..
ada orang yang tak mampu membuang secara semula jadi dari tubuh mereka, jadi mereka memerlukan bantuan supplement untuk memudahkan proses detoks ini..

apakah supplement yang dicadangkan untuk detoks ini?

                                                                        HerbLax
                                                                  Alfalfa Complex 



jika anda yang berminat untuk mendapatkan 2 supplement ini, jangan segan-segan utk hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
E-mail : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...