Wednesday 29 January 2014

Jangan abaikan rasa kebas atau semut-semut

Pernah tak anda berasa kebas-kebas tangan atau kaki?
Ada sesetengah orang sebut semut-semut.. 
Kebas-kebas ataupun semut-semut, masalahnya adalah tetap sama.. 

 Nak bagitau kat semua, JANGAN abaikan petanda rasa kebas atau semut-semut itu !!
 
Sekiranya anda sering mengalaminya, ia menunjukkan anda mengalami masalah saraf atau neuropati. Neuropati biasanya dialami sekitar 26% orang dewasa berusia 40 tahun dan ke atas. Masalah ini biasanya dialami oleh mereka yang mengalami kekurangan vitamin B, pesakit yang mengidap diabetes bertahun-tahun lamanya atau penagih alkohol
 
Biarpun begitu, masalah neuropati ini juga boleh terjadi kepada semua golongan usia dan berisiko tinggi kepada mereka yang banyak melakukan pekerjaan statik seperti menaip. 

Masalah saraf ini boleh dicegah dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12, mengurangkan pengambilan alkohol serta kerap berolahraga.
 

  Bagaimana B Complex Shaklee boleh membantu? 
B-Complex Shaklee mengandungi kesemua vitamin B1, B6 dan B12. Lihat gambar di bawah.


Nak dapatkan vitamin B-Complex Shaklee?

Saya adalah pengedar Shaklee anda,
Atirah Khalim 
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi 
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp :
019-9864611



Tuesday 28 January 2014

20 Kelebihan Alfalfa


Jom kita baca 20 kelebihan Alfalfa

  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (Alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  5. Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita).
  6. Merawat arthitis
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema
  8. Merawat athma
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik
  10. Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan dalam buah pinggang
  11. Meneutralkan asid dalam badan
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita 
  13. Membesar dan menegangkan payudara wanita
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri 
  15. Memulihkan urat selepas bersalin 
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  17. Meningkatkan stamina seorang suami
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit pulak tau!)
  19. Membuang angin dalam badan
  20. Milk booster

Sunday 26 January 2014

bahagiamu deritaku..

baru lepas menonton AJL..
tak tau pun pasal AJL tahun ni.. dah lama tak tengok tv3..
kat rumah ni kalau tak disney junior, mesti supersport..
kadang2 sekali astro ceria, kadang2 tv al-hijrah.. gitu la favourite channel kat rumah ni..
nak tengok masterchef macam dulu2 pun dah tak boleh sangat..
anak2 dan suami yang conquer remote astro ni.. huhu..

cuma semalam masa tengah2 menukar2 channel ternampak la iklan AJL..
awat rancak sangat ni.. ntah2 dh dekat..
rupanya hari ni la AJLnya..
so siang2 lg dah bagitau suami nak tengok AJL..
jangan nak tukar2 channel macam selalu..
sekali setahun je anugerah lagu ni..
bola chelsea tu ada tiap minggu..
sama je mana2 game pun.. hihi..

bila tengok AJL ni, baru la tau tajuk lagu2 yang selalu dengar kat radio..
termasuk la lagu yang menang kali ni.. tau hafiz yang nyanyi lagu ni..
tapi tak tau tajuk.. huhu..
rupanya bahagiamu deritaku..
best gak lagu ni.. ala2 mendayu je..

jom tengok lirik.. kot2 dua-tiga hari ni radio dok pasang je..
boleh jadi penyanyi latar gak..

" Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau eprcik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu.."

Saturday 25 January 2014

Panduan Pengambilan Vitamin Shaklee

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Tahukah anda jika anda mengambil vitamin secara banyak sekaligus, kesannya adalah berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan..

Kenapa??
Kerana ia akan memberi kesan pada kadar penyerapan vitamin tersebut sama ada mendapat hasil yang optimum ataupun tidak.. 

Di sini saya kongsikan sedikit info berhubung panduan dan jadual pengambilan vitamin Shaklee..

BASIC RULES : DO

Vitamin Larut Air (B & C)
Seeloknya vitamin ini diambil bersama segelas air dan jika boleh cuba elakkan selepas pengambilan makanan yang berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)

Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.


OsteMatrix (Calcium)
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama produk tenusu seperti susu. 
Iron
Seeloknya diambil bersama vitamin C, ini kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap.

Zinc
Seeloknya zinc diambil semasa perut kosong (sebelum makan) untuk penyerapan yang lebih optimum. Jika ada masalah gastrik, zinc boleh diambil bersama makanan. Ini untuk mengelakkan rasa loya.
Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.



BASIC RULES : DON'T!

  Alfalfa & Vitamin E 
Elakkan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana Alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Alfalfa & GLA Complex
GLA Complex juga mempunyai vitamin E, jadi sebolehnya elakkan pengambilan Alfalfa bersama mana-mana sumber vitamin E.

Kalsium & Iron
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. Jadi, elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.   

Vitamin & Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana Vita Lea mempunyai iron.




Thursday 23 January 2014

Kurus dan sihat dengan SET KURUS Shaklee

Anda teringin untuk menurunkan berat badan ??
Anda boleh pertimbangkan SET KURUS dari Shaklee.. 
Dengan SET KURUS ini, insyaAllah dapat membantu anda kurus secara sihat dan selamat..
Jom ketahui fungsi setiap supplement dalam SET KURUS SHAKLEE ini..



SET KURUS ini bertindak dalam 3 cara iaitu: MEMBAKAR LEMAK, MEMBUANG TOKSIN & MEMBINA OTOT

1. MEMBAKAR LEMAK
 

LECITHIN

✔ untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
✔ memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol
✔ menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
✔ membantu kawal paras triglycerides
✔ membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang termendap pada pembuluh-pembuluh darah
✔ mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

OMEGA GUARD

✔ mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan
✔ Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk menghadkan rasa lapar
✔ leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar
✔ dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3

2. MEMBUANG TOKSIN

HERB-LAX

✔ membersihkan najis tersekat
✔ meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita
✔ membantu masalah sembelit
✔ mengempiskan perut

ALFALFA
 
✔ membantu perkumuhan menjadi lebih lawas
✔ membantu membuang angin dalam badan
✔ termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan
✔ mencuci usus bagi membuang toksin
✔ membantu masalah penghadaman dan pencernaan
✔ melegakan sembelit

3. MEMBINA OTOT

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
 

 ✔ dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya
✔ mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri
✔ kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2x ganda dari daging, 4x lebih dari telur dan 12x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan
✔ asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50000 jenis protein, 20000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari

CINCH SHAKE
 

 ✔ minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan
✔ diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan
✔ Leucine dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda
✔ setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan
✔ didatangkan dalam 3 pilihan perisa iaitu cafe latte, chocolate dan vanila



➡➡ NAMPAK MACAM BANYAK JE NAK KENA AMBIL.. BAJET SAYA TERHAD !!

Jangan lah bimbang.. yang kat atas tu semua adalah cadangan SET sahaja..
Jika anda berminat nak dapatkan 1 SET KURUS atau mana-mana supplement yang berkenan di hati walaupun 1 supplement saje, tak ada masalah..
Anda boleh hubungi saya.. nanti kita bincang-bincang supplement mana yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda..

Kalau dah berminat, boleh hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim 

FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi 
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 019-9864611


kisah semalam..

tengah hari semalam mama ada pergi ke sekolah faris.. nak hantar beg kelas kafa dan amik wang bantuan persekolahan.. semalam setiap murid dapat RM100.. alhamdulillah rezeki faris..

masa nak makan tengah hari tu faris bagitau mama dia tak nak mkn nasi, dia cuma nak beli keropok lekor je.. ok la lagipun mama dah siap2 bekalkan biskut dalam beg.. kalau lapar boleh je makan biskut tu..

ada sorang kawan faris ni tak beli apa2.. mama tanya kat kawan faris tu, nape tak beli makan?
dia jawab saya tak makan pun tak pe.. terkejut jugak sebab masa tu tengah hari, mesti la lapar.. 

pastu mama tanya tak lapar ke, 4.30 karang baru balik.. dia kata tak pe.. pastu tengok kat tangan dia ada duit 50 sen..

sebelum balik mama tambah duit kat faris, mintak dia belikan makanan untuk kawan dia juga & makan sama2.. mama pesan jangan tinggal kawan.. budak tu banyak kali ucap "tima kasih tima kasih".. tersentuh hati tengok dia..

bila faris balik dari kelas kafa mama tanya, kawan faris tadi selalunya bawak berapa duit gi sekolah.. faris jawab hari ada kafa RM1.. 50 sen pagi, 50 sen tengah hari.. ciannya patut la dia tak beli keropok lekor tadi, dah 1 bekas RM1.. camna la dia nak beli.. 


budak2 ni kan, selalunya memang nak beli makanan yg sama dengan kawan2 dia.. sayu je tengok muka budak tadi.. mama selalu pesan supaya faris bersyukur.. tapi dia budak bukannya faham sangat.. kena selalu ingatkan dia..

Wednesday 22 January 2014

Keistimewaan Shaklee

Kata orang, tak kenal, maka tak cinta, kan? Jadi, marilah kita berkenalan dulu dengan Shaklee. Ketahui apa keistimewaannya dan apa kelebihannya yang menyebabkan ia jauh berbeza dengan produk supplement yang lain. Bila sudah kenal, sah-sah akan jatuh cinta lepas ni..

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Setiap produk yang dikeluarkan oleh Shaklee telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar. Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara iaitu sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Sentiasa Selamat

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat

  • Dimulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di seluruh pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. 
  • Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. 
  • Shaklee menjalankan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap produk.
  • Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. 
  • Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak mengandungi sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis atau perisa tiruan. 
  • Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. 
  • Pembungkusan produk Shaklee juga adalah selamat dan bebas daripada toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. 
  • Ini yang membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa setiap produk adalah 100% selamat digunakan dan terjamin.

Shaklee Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:
  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Sentiasa Berkesan

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, Shaklee mempunyai bukti. Anda akan temui bukti-bukti ini di dalam lebih daripada 100 kertas kajian saintifik, 90 daripadanya telah diterbitkan di dalam pelbagai majalah, yang telah membuktikan keberkesanan produk-produk Shaklee.

Buktinya juga adalah melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC Barkeley School Public Health, ia menunjukkan bahawa mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Ia juga terbukti melalui 54 pingat emas yang telah dimenangi oleh atlit-atlit terbaik dunia yang mengambil produk Shaklee. Bukti yang benar-benar menyakinkan adalah di dalam berjuta-juta orang yang telah memiliki kehidupan yang lebih sihat dan lebih produktif yang disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, Shaklee telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang Shaklee katakan adalah benar.

Shaklee Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4 Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentathlon Eli Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil  produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

Sentiasa Mesra Alam

Shaklee Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. 

Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya.

Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan.

Dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana Shaklee benar-benar bersungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Shaklee Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar

  • Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana Shaklee telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau
  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:
    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California


Tuesday 21 January 2014

Period tak teratur

Kitaran haid tidak teratur adalah antara masalah yang tidak boleh dipandang remeh jika anda ingin menimang cahaya mata.

Kenapa perlu mempunyai kitaran haid yang teratur?

Ovulasi berlaku semasa kitaran haid iaitu pada hari ke 14 dari hari pertama kedatangan darah haid. Jika anda tidak mempunyai darah haid, bermakna badan anda tidak mengeluarkan ovum atau telur untuk persenyawaan dengan sperma. Kitaran haid (period cycle) yang teratur setiap bulan akan memudahkan anda untuk mengetahui waktu subur dan merancang untuk mendapatkan anak.


Bagaimana untuk mendapatkan haid yang teratur?

Anda boleh mengamalkan GLA Complex untuk membantu menyelesaikan masalah kitaran haid tidak teratur ( irregular period ).




Apakah keistimewaan Shaklee GLA Complex berbanding Evening Primrose Oil (EPO) jenama lain?

Evening Primrose Oil diambil daripada bunga evening primrose (EP). Benih bunga liar EP mengandungi sehingga 25% asid lemak penting termasuk Linoleic Acid (LA) dan Gamma-Linoleic Acid (GLA). Asid Lemak mempunyai banyak fungsi dan sangat penting kepada tubuh kita terutamanya wanita. EPO supplement perlu mempunyai sekurang-kurangnya 8% GLA Complex.

manakala..

Shaklee GLA Complex pula diekstrak daripada minyak borage yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang dengan mudah diserap. Ia dinamakan GLA Complex kerana selain borage oil, di dalamnya juga terdapat campuran vitamin E dan minyak benih bunga matahari.

INFO : 

EPO TIDAK BOLEH diambil semasa kedatangan haid.
GLA Complex BOLEH diambil semasa kedatangan haid.

Peringatan : Jika anda mengambil warfarin atau ubat mencairkan darah, elakkan pengambilan GLA Complex.


Kenapa GLA penting?

Gamma-linoleic Acid (GLA) merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal.

Kesimpulan : Di dalam EPO terdapat 25% GLA manakala Shaklee GLA Complex memberikan anda 100% GLA. Jadinya sudah jelas yang pengambilan Shaklee GLA Complex adalah lebih baik daripada EPO.


GLA Complex 
  • Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
  • Meningkatkan kesuburan.
  • Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome).
  • Membantu dalam menangani menopause.
  • Menguatkan kuku & rambut.
  • Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri, kurangkan jerawat.
  • Membantu menangani ekzema.
  • Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
  • Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
  • Menguatkn immuniti badan.
  • Memperlahankn process penuaan.
  • Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
  • Mengawal kencing manis
  • Mengawal kolesterol.
  • Bagus untuk saraf.

Jika anda berminat nak mendapatkan GLA Complex, boleh terus hubungi saya ye:

Atirah Khalim 
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi 
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp :
019-9864611
                     

Sunday 19 January 2014

Betulkah vitamin beri kesan buruk ??

Ada antara kita yang takut untuk makan vitamin kerana dikhuatiri ia akan merosakkan buah pinggang..
Ada juga ibu-ibu hamil yang takut untuk makan vitamin kerana risau kandungan akan besar dari biasa, risaukan kalau-kalau tak boleh bersalin normal..
Ada juga yang menganggap vitamin la punca anak mereka bertambah selera makan dan gemuk..




Nampaknya ada juga yang menyalahkan vitamin, bagi mereka vitamin la punca masalah kesihatan mereka..
Pelik kan.. ?!!
Di kala ramai lagi yang percaya dengan mengamalkan pengambilan vitamin secara konsisten, mereka dapat menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik dari berlaku, ada juga mereka yang berfikiran negatif terhadap vitamin.. macam mana mereka boleh terfikir macam tu sekali ??

Jom kita kaji dan gali..
Untuk pengetahuan semua, vitamin memang boleh memberi kesan yang buruk pada badan HANYA apabila..

1. Pengambilan vitamin melebihi dos yang disyorkan. Vitamin larut lemak seperti vitamin A, D, E dan K umpamanya, jika diambil berlebihan akan berkumpul dalam aliran darah dan boleh menyebabkan keracunan bila mencapai paras kepekatan yang tinggi. Vitamin C pula jika diambil lebih 2000mg sehari boleh menyebabkan cirit-birit.

2. Pengambilan vitamin yang banyak dalam satu masa juga boleh membebankan fungsi buah pinggang. Selain itu, ia mungkin menyebabkan masalah batu karang. Contohnya kalsium Shaklee iaitu Ostematrix (1 biji bersamaan 250mg), seeloknya jangan melebihi 600mg dalam 1 masa. Jadi disarankan Ostematrix diambil 2 biji siang hari dan 2 biji sebelah malam.

3. Kurang minum air. Ini adalah kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Jika anda makan vitamin C tetapi kurang air, maka ia ditandai dengan batuk. Vitamin larut air memerlukan air yang mencukupi untuk larut. Minum 200ml atau segelas air setiap sejam.

4. Salah faham. Contohnya selepas pengambilan vitamin B-Complex, urin akan berwarna lebih pekat. Itu normal dan bukan kesan sampingan.

5. Pengambilan vitamin sintetik (dalam botol ada silica gel) untuk jangka panjang telah dibuktikan melalui penyelidikan memberi lebih kesan buruk kepada buah pinggang berbanding kebaikan. Untuk info, Shaklee adalah 100% semulajadi! Kerana itu anda tidak akan terjumpa silica gel dalam botol Shaklee. Untuk memahami apa itu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik, boleh la klik DI SINI.

MAKA DENGAN ITU.. UNTUK DAPATKAN KESIHATAN OPTIMUM.. PERKARA DI ATAS SEWAJARNYA DIELAKKAN! 

Apa-apa pun anda seharusnya mendapatkan konsultasi dari pengedar dengan sebaiknya sebelum membeli. 

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim 
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi 
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 019-9864611

                     

Thursday 16 January 2014

cerita petang isnin

petang isnin lepas kami sekeluarga keluar gi jogging dekat tasik sebelah stadium negeri teganu..
niat asal nak gi jogging..
tapi sampai-sampai kat tasik.. ada pulak sorg pakcik ni jual aiskrim naik motorsikal..
rezeki pakcik tu la.. kami terbeli pulak aiskrim.. aiskrim cone untuk anak-anak, aiskrim roti untuk mamanya..
papa? papa bagus.. dia teruskan niat dia, memang datang tasik untuk berjogging..
nampaknya mama & anak-anak gi tasik petang tu semata-mata nak makan aiskrim..
so niat dah tersasar.. pergi untuk bakar kalori, nak bakar lemak.. tapi dah tertambah pulak kalori tu.. hehe..
jom layan gambar sikit..

warm up

regang-regangkan tubuh badan

1.. 2.. 3..

beriya betul faris warm up

akhirnya.. tak jogging pun, gi makan aiskrim pulak..

best-best aiskrim ni..


Tuesday 14 January 2014

Pelbagaikan resipi ESP

Hari ni saya nak share dengan kawan-kawan resipi untuk ESP..
Ini adalah contoh-contoh ye, mana la tau kan ada yang berminat dan terpikat nanti, boleh la cuba kan..

1)  1 sudu bancuhan ESP + Air Suam

ingat!! jangan bancuh dengan air panas ye, bancuh dengan air suam/masak je.. kalau bancuh biasa macam ni, akan dapat rasa keaslian ESP

2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk 
(sama ada susu kotak atau susu tepung)
3) 1 sudu bancuhan ESP + Milo
4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren

5) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma 
(kurma tu direndamkan dulu dan boleh potong saja kecil-kecil ataupun blend)

6) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena 

7) 1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 

8) 1 sudu bancuhan ESP + air bandung

9) 1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend 
(boleh pilih buah kegemaran anda)




 10) 1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
 
11) 1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss

12) 1 sudu bancuhan ESP + Meal Shakes/ Performance Drink/ Cinch Shake




Tips ESP

  • Jangan bancuh dengan air panas, minuman berkafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
  • Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/shake bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.

Haaa.. dah tau kan resipi ESP ni.. boleh la bertukar-tukar resipi setiap hari.. ada kelainan mesti makin best kan.. tidak la nanti bosan dengan satu rasa je kan :)



Monday 13 January 2014

Kenapa rezeki susah nak masuk?

Pernah tak kita tertanya kenapa rezeki kita susah nak masuk, tak macam orang lain..
 Di bawah ini ada disenaraikan antara sebabnya dan mungkin kita tidak sedar kita telah melakukannya..
Muhasabah diri kita, jika sebelum ni kita silap, kita ubah ke arah yang lebih baik..
Moga-moga nanti kita akan dipermudahkan rezeki olehNYA..

  Antara Sebab Rezeki Susah Masuk

:: Gemar mengungkit-ungkit pemberian.

:: Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini.

:: Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit (RM1).

:: Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik.

:: Riak bila bersedekah.


:: Banyak berbuat maksiat / kemungkaran.


:: Tidak / kurang bersedekah.


:: Tidak bersyukur / banyak mengeluh.



Doa Murah Rezeki




Amalan Untuk Murahkan Rezeki





Sunday 12 January 2014

Set untuk kanak-kanak

Setiap ibu bapa pastinya menginginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat, cergas dan cerdas..
Mereka inginkan anak-anak mereka membesar bagaikan JUARA..
Sebagai ibu bapa yang prihatin, mereka pastinya mahukan anak-anak mereka mendapat khasiat makanan yang seimbang dan lengkap dengan segala zat yang penting..

Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam-macam lagi...


Di sini ada sedikit info mengenai SET VITAMIN ANAK

Meal Shakes
  • Minuman berprotein yang sedap, perasa vanila dan tanpa laktosa ~ boleh diminum begitu sahaja atau dicampurkan dengan susu atau minuman kegemaran
  • Menyediakan nutrisi yang lengkap ~ terkandung 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu
  • Membekal nutrisi kepada sel tubuh ~ dapat membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain
  • Membantu tumbesaran ~ mengandungi asid folik, biotin serta kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar
  • Anti-oksida ~ mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan, mengurangkan risiko selsema atau sakit dan melambatkan penuaan
  • Detoksifikasi ~ kaya dengan serat larut untuk membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Mengandungi fiber untuk mengatasi masalah sembelit
  • Membantu mengurangkan ekzema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa


Omega Guard 

  • Mengandungi minyak ikan
  • Meningkatkan imunisasi tubuh
  • Mengurangkan radang dan asma
  • Hormon EPA (asid eicosapentaenoic) & DHA (asid docosahexaenoic) membantu daya ingatan
  • Meningkatkan memori & IQ
  • Sistem peredaran darah yang teratur  

    Jika anda berminat nak dapatkan SET VITAMIN ANAK untuk anak-anak tersayang, anda boleh la hubungi saya ye..

    Atirah Khalim 
    FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi 
    Email : atira_akh@yahoo.com
    SMS/ Whatsapp : 011-12181045
                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...