Friday 28 February 2014

Merawat migrain dengan supplement Shaklee

Anda pasti pernah mengalami sakit kepala kan..
Sakit kepala ni adalah gejala biasa dan boleh menyerang sesiapa sahaja bila-bila masa..

Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori: 
  • Sakit kepala kerana sinus
  • Sakit kepala kerana tekanan
  • Sakit kepala kerana migrain



Sakit kepala sinus biasanya disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.

Sakit kepala tekanan biasanya disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Sakit kepala migrain adalah yang paling popular. Dikatakan antara penyebab migrain ialah:
  • Kekurangan zat dan nutrisi
  • Faktor keturunan
  • Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • Terlalu banyak mengambil kafein
  • Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat


Supplement Shaklee yang dapat membantu untuk atasi masalah migrain atau sakit kepala ini adalah:



OSTEMATRIX

Terdiri dari kalsium, magnesium dan vitamin D. Kalsium yang dapat meringankan stress, memperbaiki jantung berdebar, memperbaiki depresi, mood swing dan sakit kepala. Magnesium pula dapat membantu sistem saraf, pengecutan otot dan saraf, menstabilkan denyutan tidak sekata yang sering di hadapi oleh penghidap migrain.

B-COMPLEX

Mengandungi vitamin B2 dan B6 yang terbukti dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain. Pengambilan vitamin ini juga dapat mengurangkan stress, stroke dan depresi.


Di samping itu juga, anda juga boleh berikhtiar sembuhkan migrain dengan rawatan secara Islam..


Semoga dengan bantuan supplement ditambahkan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bebanan migrain yang anda tanggung akan cepat sembuh, InsyaAllah..

Atirah Khalim
Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Tuesday 25 February 2014

Maksud label pada buah-buahan

hari ni saya nak berkongsi satu info.. 
untuk panduan kita semua..
info ni berkaitan dengan label yang ada nombor-nombor tertentu dan juga kod bar
yang biasa kita tengok dilekatkan pada buah-buahan seperti epal, pisang dan lain-lain lagi..
tahukah anda apa maksud nombor-nombor tersebut?



1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU, itu bermakna produk itu ditanam secara konvensional atau tradisional iaitu dengan penggunaan racun serangga. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011. 

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8″, ini bermakna produk itu adalah produk GMO. Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9″, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

  PLU - Price Look Up

Untuk lebih difahami, boleh tengok gambar kat bawah ni..

mana satu pilihan anda ?
kalau saya, saya pilih yang tengah tu, yang organik..

jadi, bila dah tau maksud nombor kat label tu, sila la rajin-rajin belek dan tengok nombor yang ada pada buah-buah yang kita nak beli tu..
seboleh-bolehnya pilih la yang organik, lebih selamat untuk seisi keluarga..


kalau la ada buah yang dah dilabel terus 'organic' lagi senang kan..
terus je ambil, tak susah-susah nak ingat kod nombor lagi..

Sunday 23 February 2014

Apa maksud NON-GMO & GMO ??

APA MAKSUD NON-GMO ?


Secara jujurnya saya tak pernah nak ambil tahu apa benda berkaitan Non-GMO ini.. 
Tapi lepas saya join Shaklee, baru la saya familiar dengan maksud Non-GMO.. baru la mula mencari maklumat berhubung Non-GMO.. maklum la produk Shaklee ini dijamin Non-GMO !!

Ok untuk lebih difahami.. 
Maksud Non-GMO ialah bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN.

Contoh bahan kimia itu adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan yang bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lagi-lagi kalau makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan segera. 

Contohnya : kacang soya yang telah dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan-bahan dan cara pemprosesannya. Jika ia dari kacang soya yang tidak organik (menggunakan baja kimia, prestisid dan sebagainya) ianya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi NITRAT. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER !! 
Kacang soya GMO ini lebih murah untuk dihasilkannya dan berisiko tinggi kepada kesihatan pengguna kerana ianya mengandungi toksin yang tinggi.


APA PULA MAKSUD GMO ?

GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).

Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.


 
kalau terjumpa jagung macam ni suatu hari nanti, mahunya pengsan !! ohhhh tidak !!


Di dalam proses Genetic Engineering ini, jurutera genetik sentiasa menemui kesan-kesan sampingan yang tidak diingini. Antaranya ialah, Tumbuhan GM:
  • Menghasilkan toksin
  • Bertindakbalas dengan keadaan cuaca secara berbeza
  • Mengandungi sama ada terlalu banyak atau pun terlalu sedikit nutrien
  • Menjadi berpenyakit atau rosak dan kemudiannya mati 

mungkinkah satu hari nanti akan ada buah epal-limau-hijau macam ni ??


Kajian terhadap pemberian makanan GMO kepada binatang mendapati :
  • Ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
  • Kerosakan sistem imunisasi
  • Otak, hati dan testikel yang lebih kecil
  • Kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
  • Bentuk sel nukleus yang ganjil
  • Lain-lain anomali yang tidak dapat diterangkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

nota kaki : ESP, Energizing Soy Protein dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO..
Sudah pastinya ESP antara produk kacang soya terbaik di pasaran di mana ESP selamat dan sesuai diambil untuk diet seharian, ibu hamil, ibu menyusu, untuk menurunkan berat badan dan untuk kecantikan kulit..




Friday 21 February 2014

Urin menjadi kuning kerana B-Complex?

Ada kawan yang bertanya..
kenapa air kencing berwarna kuning lepas consume vitamin B-Complex?? Normal ke tak ni??



Buat kawan saya tu, jangan la risau ye.. tiada apa yg bahaya..

Itu adalah perkara normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut air di mana molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing..
Jika badan kekurangan air, urin anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi..
Jadi selepas mengambil B-Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak.. 
InsyaAllah warna urin akan menjadi normal kembali..

Apa pula riboflavin dan apa pula kaitannya dengan urin yang berwarna kuning?
Untuk info, riboflavin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam vitamin B-Complex..
Jom kita tengok maksud riboflavin dari Wikipedia untuk lebih difahami..

The name "riboflavin" comes from "ribose" (the sugar whose reduced form, ribitol, forms part of its structure) and "flavin", the ring-moiety which imparts the yellow color to the oxidized molecule (from Latin flavus, "yellow"). The reduced form, which occurs in metabolism along with the oxidized form, is colorless.*


Namun adalah bagus untuk kita mengenal warna urin dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome



Vitamin B-Complex yang sangat la kuning warnanya..

Di bawah ini adalah carta warna urin, nanti boleh la padankan dengan warna urin sendiri untuk lebih tau adakah badan kita mengalami dehidrasi atau pun tak ye..

 warna urin anda yang mana? oppss itu kan rahsia ( ^ₒ^)

Apa-apa pun lepas consume vitamin B-Complex ni urin anda akan bertambah warna kuning, jadi amat dinasihatkan minum air yang banyak ye.. nanti tak ada la terkejut dengan warna urin sendiri (^__^)




Thursday 20 February 2014

Penapis air SHAKLEE (Get Clean Water Pitcher)

hari ni saya nak bercerita mengenai satu lagi produk Shaklee..
bukan vitamin, bukan supplement, bukan juga makanan tambahan..

tapi mengenai satu jenis JAG !! 
haaa.. tapi bukan JAG ajaib ye.. 
yang saya nak bercerita ni pasal JAG PENAPIS AIR SHAKLEE !!

ini la rupanya..

nama diberi : Get Clean Water Pitcher Shaklee

nampak macam jag biasa kan?
tetapi jag ni istimewa.. ia mampu menuras/menapis air sehingga 303 liter air (80 gelen), hebat bukan? 
ia mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011

istimewanya jag ini kerana ia:
tidak memerlukan sebarang pemasangan kepada kuasa elektrik
air tidak perlu dimasak 
boleh dibawa ke mana-mana
tidak berat, ringan je.. jadi anda tidak perlu la nak isi air dalam botol2 air kalau nak travel.. just bawa je jag ni.. boleh tuang terus ke dalam gelas dan nikmati air yg bersih dan sedap!!


MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER

Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat
Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%
Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula (jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang) 
Jag ini berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan


MENANDINGI JENAMA TERKEMUKA YANG LAIN !!

Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan iaitu dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka
Sistem Penuras Jag Air berblok ➞ Karbon Isian Semula yang pertama


PILIHAN BIJAK BUAT ANDA !!

Hanya beberapa sen bagi seliter air
Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras & tidak memerlukan kuasa elektrik
Ringan & mudah dibawa
Menjimatkan kos & tidak perlu dimasak


KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT ➡  “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain

Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air
Get Clean® Water juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association ~ WQA) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain


PILIHAN BIJAK Menjimatkan Kos

Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.


HANDAL Lebih banyak air bersih pada setiap masa

Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.


MESRA ALAM
Memelihara alam sekitar

Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Jika anda berminat untuk mendapatkan AIR YANG SIHAT & SELAMAT setiap hari, jom dapatkan dari saya..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611



Sunday 16 February 2014

Vitamin yang saya ambil setiap hari..

saya adalah pengedar produk Shaklee..
sudah pasti saya pernah ditanya.. vitamin apa yang saya ambil setiap hari..
maklum la kan dah namanya pengedar, selalu je ada antara customer dan kawan2 yang tanya kan soalan macam tu pada saya..

ok untuk pengetahuan semua, saya ni tak ada la setiap hari ambil semua vitamin atau makanan tambahan ni.. saya ambil yang tertentu sahaja, yang saya perlu sahaja..
ok bermula dari pagi.. selalunya selepas breakfast saya akan ambil:
  • 1 biji vitamin B Complex (sebabnya saya ni kadang2 cepat stress jadi vitamin B ni sangat membantu)
  • 1 biji vitamin C (vitamin ni memang wajib ambil, untuk kesihatan dan untuk kulit)
  • 1 biji vitamin E atau CoQ Health Plus (untuk kulit juga & untuk peredaran darah)

 ~ vitamin C, vitamin B Complex & vitamin E ~


lebih kurang pukul 9 pagi camtu, masa tengah kemas2 rumah, saya selalu ambil 2 biji Ostematrix.. yang ni memang saya tak boleh tinggal.. saya ni alah laktosa jadi memang tak de nya nak minum2 susu macam orang lain.. karang kan ada la yang terguling2 merana perut memulas2 nanti..
so saya memang mewajibkan diri saya untuk ambil kalsium dari jenis tablet setiap hari.. pilihan saya mesti la Ostematrix.. memang best Oste ni.. menjadi betul dengan saya.. haaaa kalau nak tau Oste ni adalah produk pertama saya beli dari Shaklee..

sambung cerita, kalau hari tu saya sakit2 lutut saya akan top-up dengan 1 atau 2 biji AJHT (Advanced Joint Health Tablet).. kalau tak, Ostematrix dah cukup bagi saya.. semenjak ambil AJHT ni, alhamdulillah ok je sakit2 lutut saya ni.. sebab tu la AJHT ni sangat jimat sebab tak perlu ambil selalu..

selalunya kalau pagi dah ambil CoQ Health Plus, saya dah tak ambil VitaLea sebab CoQ tu dah bagi tenaga pada saya.. tapi kalau tak ambil lagi, contohnya kalau pagi ambil vitamin E, baru la saya ambil VitaLea.. suami saya pulak suka betul VitaLea ni.. dia kata senang sebab vitamin ni all in one, maklum la multivitamin & multimineral kan.. semua zat ada kat dalam VitaLea.. VitaLea ni vitamin yang wajib suami saya ambil setiap hari..

selepas makan tengah hari saya ambil:
  • 3 biji Lecithin (kata nak kuruskan..)
  • kalau ada Omega Guard saya akan ambil 1 biji setiap selepas waktu makan utama, sekarang Omega Guard abis kat rumah.. order nanti2 ye (^__^)
  • orang tanya kenapa saya tak ambil Alfalfa, ye la kan dah kata nak kurus.. saya sebenarnya antara golongan yang dinasihatkan tidak mengambil Alfalfa sebab ada masalah auto-immune.. sedih kan.. tapi tak pe, tak leh Alfalfa banyak lagi supplement lain yang boleh cover kan..

selepas makan malam pula saya ambil:
  • 3 biji Lecithin
  • 1 biji GLA

sebelum tidur pula saya ambil:
  • 2 biji Ostematrix.. sesetengah orang ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur, saya pula senang ambil 2 biji, bukan apa masa ni saya dah kurang minum air so kesian pulak kat kidney saya nak proses kalau saya ambil banyak vitamin sekaligus.. kalau orang yang memang suka minum banyak air sebelum tidur, mungkin sesuai untuk dia ambil banyak.. tapi saya tak mampu.. nanti kerap pulak bangun ke toilet sebab tangki asyik penuh je.. hihi ( ^ₒ^ )

itu la lebih kurang vitamin/supplement yang saya ambil setiap hari.. ada juga yang waktu2 tertentu je baru saya ambil..
macam Zinc Complex, saya cuma ambil waktu tertentu je.. hihi masa rambut berguguran ke lantai baru sibuk nak ambil.. suami saya pulak suka betul ambil Zinc masa ada ulser kat dalam mulut, cepat elok katanya.. kalau nak tau, cuba la ye..
macam Peppermint-Ginger Plus pulak saya selalu ambil masa gastrik atau kembung perut..

opppsss.. saya ni seorang yang tak suka makanan tambahan jenis minum&bancuh sebab tu tak ada ESP, Cinch Shake atau Collagen Powder dalam senarai saya.. lain orang, lain selera dan caranya kan..
saya cuma mampu tengok je anak2 & suami minum Meal Shakes, bau dia memang sedap perasa vanila tapi saya memang tak lepas bab2 minuman camni.. hah horlicks pun saya tak minum.. camna tu.. hihi ( ^ₒ^ )

saya ni suka vitamin jenis telan je.. mujur jugak la saiz vitamin Shaklee ni tak besar gedabak & tak berbau.. kalau tak, jenuh jugak nak menelannya..

kalau macam Vivix saya tak ada masalah, senang je nak telan.. lagipun 1 sudu teh je.. siap boleh jilat2 pulak sudu tu lepas guna.. walaupun Vivix ni masam2 manis gitu, saya suka rasanya..

ok itu saje la setakat ni vitamin/supplement atau makanan tambahan yang selalu saya ambil..
oh lupa.. saya plan nak dapatkan Performance Drink terdekat ni.. nanti nak order online la..
sekarang ni musim panas kan.. nak kena ada minuman camni kat rumah..
elok juga nak bekalkan kat faris masa ke kelas kafa..

ok la itu sahaja senarai yang saya ada setakat ni..
mungkin akan semakin bertambah senarai vitamin2 ni nanti.. kita tengok nanti (>‿◠)✌

~ supplement anti-oksida dalam peti kat rumah ~

** nota kaki : sape2 yang nak dapatkan produk Shaklee boleh bagitau saya ye.. saya boleh dapatkan untuk anda.. atau sape2 yang berminat nak daftar ahli pun boleh juga.. nanti anda akan ada ID sendiri & boleh shopping barangan Shaklee hanya dari rumah, online je.. sambil2 tu bonus pun masuk juga jika penuhi syaratnya.. senangkan (✿◠‿◠)



Friday 14 February 2014

kami gi jalan-jalan putrajaya

ASSALAMUALAIKUM..

dah banyak hari terasa nak berkongsi cerita ni..
masa cuti tahun baru cina hari tu kami sekeluarga ke kuala lumpur..
kami ke gombak utk hadiri majlis kahwin anak buah suami..
dan jalan2 ke bangi dan ke putrajaya..

lama betul kami tak jalan2 jauh macam ni..
anggap jauh la ye sebab 6 jam jugak perjalanan dari kuala terengganu ke kuala lumpur..
tahun lepas kami langsung tak ke mana2 sebabnya suami sakit..
dia ada rawatan kimoterapi selama 6 bulan..

bila je suami ajak ke kuala lumpur hari tu.. soalan pertama saya tanyakan dia..
" mampu ke drive jauh2? larat ke? "
maklum la suami yang kena drive.. jadi kena la pastikan dia betul2 sihat kan..
bila dia cukup yakin dia dah sihat.. so saya pun setuju la..
kebetulan pulak akhir2 ni rindu benar dengan bumi bangi..
lama jugak saya tinggal di bangi dulu.. dari matrik di KYPM Bangi sesi 1998/99..
sambung ijazah di UKM hingga tahun 2002..
sambung pulak master dan berkonvo tahun 2005 (masa tu ulang alik siapkan tesis dari kulim-bangi)..
banyak tahun kan dok bangi..
suami pun sama, dia dari ijazah sampai kerja sampai la sambung master dok bangi..
mana tak rindu kan bertahun2 kami pernah jadi warga bangi..

hari kami bertolak tu alhamdulillah suami sangat cergas bertenaga.. nak tau apa rahsia dia?
sebelum bertolak dia amik vitamin kesukaan dia la, VitaLea..
vitamin yang selalu dia amik masa tempoh kimoterapi dia dulu..
sebelum dia kenal VitaLea dia selalu letih2, tak larat, tak bermaya, tak berselera makan..
semuanya kesan dari kimoterapi.. 
bila saya kenalkan dia dengan VitaLea.. alhamdulillah cukup serasi dengan dia..
VitaLea ni pemberi tenaga segera pada dia.. kebetulan pulak bulan ni promo VitaLea (^◡^ )

berbalik pada cerita kami tadi.. kami tak la berjalan sakan..
cuma hadiri majlis, ke bangi nak jengok2 UKM..
pastu ke putrajaya, tempat dating kami dulu2.. ahakss..

kat putrajaya kami bermalam di Hotel Everly bersebelahan Alamanda..
best jugak hotel tu.. hotel baru sangat lagi.. puas hati la.. harga agak murah untuk hotel macam tu..
paling best bantalnya banyakkk.. paling saya suka sebab tak perlu bawak sejadah & iron..
dan tak perlu bawak 'cedok' untuk 'urusan' anak2 di toilet.. hihi..
makanan pun ok, banyak pilihan.. dan kalau tak nak makan kat hotel, turun je gi Alamanda..
dekat sangat2.. tapi tak la serapat Hotel Legend dengan The Mall..
masa stay sana dulu faris paling suka, turun hotel masuk mall..
yang Everly ni kena jalan jugak la asalkan tak hujan ok la..

kami ada la jalan2 pusing putrajaya hari tu.. faris la ajak nak jalan2..
malam tu makan kat Alamanda je.. sempat menyinggah MPH..
kalau nak tau suami saya ni ulat buku.. dari masa couple lagi dia selalu ajak masuk kedai buku..
MPH, Kinokuniya, Popular.. semua kedai buku dia nak masuk..
kira dating kat sana la.. sekarang anak2 pun dah terikut perangai papa..
sempat jugak beli 5 buah buku.. sampai2 hotel je terus ngadap buku..
bagus la kalau maintain je sikap tu sampai ke besar ye anak2 mama (✿◠‿◠)

jom la layan gambar masa gi jalan2 tu..

 kat kenduri.. tengah tunggu mama gi amik makanan..

bilik kami kat tingkat 7 Hotel Everly.. 

tunggu papa gi park keta, kami posing dulu..

jalan kaki je dari hotel gi Alamanda.. dekat sangat2..

dah jumpa buku yang berkenan..

faris offer nak amik gambar mama & papa.. sedikit senget tapi ok la kan..

sebelum breakfast sempat baca buku..

alisya kali pertama sampai sini

setahun lepas papa sakit.. sekarang makin sihat, alhamdulillah.. siap larat dukung budak besar ni lagi..

alhamdulillah selamat semuanya perjalanan kami..
bulan depan kami nak gi jalan2 kat utara pulak..
insyaAllah nak menyinggah kat satu tempat yg pernah ada di hati kami..
chewah.. berkias berjiwang pulak..
kat mana tu? clue: kami pernah tinggal & pernah kerja kat situ..
kat mana tu? tungguuuuuu (>‿◠)✌
 



Thursday 13 February 2014

Cinch Energy Tea Mix

Pasti ada yang belum pernah dengar pasal CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee..
Pasti ramai yang tidak tahu kan yang Shaklee pun ada produk berasaskan TEA ini...

Apa kandungan dalam minuman ini yang menjadikan ia sangat istimewa?
Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 
   
1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori sehingga 4 kali ganda

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detoksifikasi yang kuat

5) RED TEA
* salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah dikenali sebagai polifenol
* polifenol berupaya membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
* polifenol juga merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

  Apakah kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX ini?
 
CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk..

 Nak dapatkan TEA yang bersifat anti-oksidan yang membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh dan membekalkan tenaga berpanjangan?
 Nak dapatkan TEA yang dapat membantu proses penurunan berat badan?

 Jom hubungi saya..
Pengedar Shaklee Anda,

Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Tuesday 11 February 2014

Kekal cergas dengan Set Mighty 3 Gems

Set Mighty 3 Gems ni sebenarnya sangat popular semasa bulan Ramadhan..
Maklum la masa kita berpuasa, badan selalu je cepat letih dan cepat lapar..
Tahun ni bulan Ramadhan awal ye sekitar akhir bulan Jun..
Pastinya sekarang ni ramai kawan-kawan pompuan yang sibuk menggantikan puasa..
Tak kurang pula ada yang berpuasa sunat..

So amat sesuai la untuk anda mendapatkan Set Mighty 3 Gems kerana set ini dapat membantu membekalkan nutrien untuk tubuh anda di samping membantu anda bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi dalam cuaca yang agak panas sekarang..

Set Mighty 3 Gems yang terdiri dari:

Meal Shakes (perasa French Vanilla)
Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) 
Performance Drink atau PD (perasa oren)


Set ini amatlah sesuai untuk BERSAHUR DAN JUGA BERBUKA PUASA.. kalau yang terlambat bangun sahur tu jangan risau, ambil je Set Mighty 3 Gems ini, memadai untuk anda berpuasa sepanjang hari!! 
Insya Allah..

Di samping itu juga, Set Mighty 3 Gems juga sesuai untuk dijadikan SARAPAN pada sesiapa yang inginkan sarapan yang ringkas dan cepat dibuat.. ia mampu membantu anda bertenaga sepanjang hari, membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan dan juga memelihara kesihatan secara menyeluruh..

 Set Mighty 3 Gems ini sesuai untuk seisi keluarga.. dari anak-anak hinggalah kepada mak ayah datuk nenek pun boleh minum juga.. bagi ibu-ibu yang pregnant dan tengah menyusukan bayi juga digalakkan ambil set ini bagi membantu memberi tenaga dan mengekalkan air dalam badan..

Anda ingin KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI ? 
 Anda ingin mendapatkan SET MIGHTY 3 GEMS ?
Jom hubungi saya,

Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611

Monday 10 February 2014

Supplement Shaklee Untuk Tiroid

APA ITU TIROID?

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

KENALI TIROID


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3)

Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa  fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya:
  • mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
  • membantu mengawal suhu tubuh badan
  • mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein
  • kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT TIROID

  • Perempuan 
  • Mempunyai sejarah keluarga (genetik) 
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain 
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda
  • Orang yang kuat merokok

JENIS PENYAKIT TIROID

Ada 2 jenis sakit tiroid yang utama : 

1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

hyperthyroidism / thyrotoxicosis berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. 

Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

  Antara tanda org yang menghidapi tiroid jenis hyperthyroidism / thyrotoxicosis:

  Bengkak di leher
  Cirit-birit
Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar debar
  Gementar dan gelisah, terketar ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
  Angin yang tidak menentu
  Kejang Otot
Osteoporosis
Pengeluaran peluh yang banyak
  Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas, sukar tidur
  Tekanan darah naik
Turun berat badan walau selera naik
Lemah 


2.Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Antara tanda org yang menghidapi tiroid jenis hypothyroidism:

Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman
Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
Kemurungan atau kegelisahan
Cepat berasa letih
Faktor genetik
Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
Masalah sembelit yang teruk 
Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis


BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU


Untuk Hyperthyroidism (terlebih hormon tiroid)


1) ESP
- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi TIDAK SESUAI untuk pesakit hypothyroidisme (kurang hormon tiroid) 


Untuk Hypothyroidism (kurang hormon tiroid)


1)  VITA-LEA IRON FORMULA
multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hypothyroidism iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypothyroidism)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)



 
2) VITA-E COMPLEX
kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hypothyroidism ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hypothyroidism mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement-supplement untuk masalah TIROID, anda boleh la menghubungi saya ye,

Pengedar Shaklee Anda

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...