Saturday 25 May 2013

Vita-E Complex

KENAPA VITA-E COMPLEX SHAKLEE ?

VITA-E SANGAT BEST, MEMANG PUAS HATI !!

Itu adalah pengakuan yang sangat jujur dari saya.. sekarang ni belum pun habis sebotol vitamin E tapi saya dah rasa kebaikan vitamin ni.. saya mula mengambil vitamin ni kerana 1 sebab.. muka saya sangat berminyak.. sebelum ni dah jenuh cuci muka dengan macam-macam pencuci tapi masih tak jalan.. masih berminyak dan paling tak best muka asyik berkilau dan berkilat je.. segan pun ada lagi-lagi masa jumpa orang kat luar.. 

Saya terfikir kalau dah cara mencuci muka tak berjaya.. apa kata saya rawat dari dalam je.. saya mula buat keputusan nak dapatkan Vita-E Complex Shaklee ni lepas tau yang vitamin ni bukan sahaja elok untuk kulit malahan banyak lagi manfaat yang lain.. bagus la macam tu.. sape tak nak kecantikan dan kesihatan dalam satu vitamin kan.. 

Lepas saya amalkan sebiji sehari.. kulit muka yang asalnya berminyak jadi lain.. mula-mula tu saya ingatkan tak de hasil sebab muka saya masih basah.. tapi bila sentuh-sentuh 'basah' cara lain.. rupanya dah tak berminyak tapi kulit muka jadi lembap.. pori-pori pun mula mengecil.. suka sangat  。◕‿◕。 


INFO VITAMIN E SHAKLEE

Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan sumber asli. Ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia atau tiruan.

Vitamin ini terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate. Ini membuktikan ianya dari sumber semulajadi (untuk info, satu huruf 'l' atau 'dl' menunjukkan ia sumber kimia atau tiruan).

Vitamin ini mengandungi 400iu, lengkap dengan Selenium (as selenium yeast) bagi memastikan penyerapan pada tubuh dengan lebih sempurna.

Vitamin ini mengandungi ekstrak biji anggur yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol. Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik daripada vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C.






JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA VITA-E COMPLEX INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045


Alfalfa

Alfalfa sudah dikenali sejak berzaman di negara-negara Barat sebagai galactagogue. Alfalfa dikenali sebagai tumbuhan yang dapat membantu menambahkan pengeluaran susu badan. Walau bagaimanapun, Alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia mempunyai 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan wanita, lelaki dan juga warga emas.

Apakah Alfalfa yang sebenarnya?

Alfalfa merupakan RAJA SEGALA TUMBUHAN dan RAJA SEGALA HERBA. Alfalfa merupakan sejenis legume yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang mempunyai paling banyak alkali. Alkali ini dapat membantu mengimbangi asid bisa di dalam badan.

Alfalfa Ini bertindak sebagai anti bakteria, anti radang, antivirus dan antiseptik dalam perubatan. Ia berupaya untuk membuang toksin di dalam badan secara semula jadi dengan bertindak sebagai julap lembut. Khasiat Alfalfa ini boleh didapati daripada daun, pucuk dan benih tumbuhan ini sendiri. Semua bahagian dapat dimanfaatkan dengan baik sekali. Bagus kan..

Disebabkan Alfalfa mempunyai banyak kebaikan, pada tahun 1950-an, Dr. Shaklee telah merumuskan suatu Formula Shaklee Signature iaitu ALFALFA COMPLEX yang mana ia banyak memberi maanfaat kepada jutaan manusia. 



Alfalfa ni boleh diambil oleh para lelaki dan suami.. bukan sahaja untuk wanita ye (✿◠‿◠)

JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA ALFALFA INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 019-9864611



Sunday 19 May 2013

Cerita Saya dan Shaklee





SELAMAT I BERKESAN I SEMULA JADI



BAGAIMANA SAYA MULA MENGENALI SHAKLEE ?

Sebenarnya dah lama saya mengenali Shaklee ni.. sejak tahun 1992 lagi.. masa tu saya masih dalam darjah 6.. mak dan ayah ada amalkan makan vitamin-vitamin Shaklee.. saya pun ada amalkan tapi dah lupa nama apa.. sejujurnya ini lah produk kesihatan pertama yang saya ingat sbb masa tu banyak botol-botol Shaklee tersusun dekat kabinet dapur.. 


TERUS AMALKAN SHAKLEE ?

Saya berhenti amalkan bila dah ke matrikulasi, bila dah masuk universiti, tinggal di rumah sewa masa bujang dulu.. kononnya badan sihat, tak perlu lah makan vitamin dan supplement camni.. dah kawin pun saya tak makan gak..


BILA PULA START CONSUME SUPPLEMENT SHAKLEE NI ?

Haaa.. bila badan dan mula sakit.. abis sakit-sakit lutut, pergelangan tangan, pinggang, tulang pinggul dan belakang.. haaa.. muda-muda lagi dah sakit-sakit badan kan.. jangan tak tau sekarang ni nak sakit tak tunggu tua, orang muda pun boleh sakit.. lagi-lagi macam saya ni ada ambil perancang memang kesan dia tak elok kat jisim ketumpatan tulang.. masa tu la saya mencari-cari supplement yang sesuai untuk sakit sendi.. masa tu kalau ada pilihan saya nak cari supplement yang semulajadi.. cukup-cukup la yang sintetik sebab hormon perancang saya ambil pun dah sintetik.. tak rela dah sintetik-sintetik ni..

dengan menggunakan jasa Encik Google maka terjumpa la info pasal Shaklee yang semulajadi ni.. saya tertarik nak mencuba ADVANCED JOINT HEALTH TABLET SHAKLEE.. ms tu saya try juga OSTEMATRIX dan OMEGA GUARD.. kesemua ni kan best friend.. baru beberapa hari amalkan memang puas hati sebab sangat berkesan.. bila rasa makin baik dan ok.. saya rasa nak share dgn orang ramai pasal kebaikannya.. boleh kan camtu.. 

BEST KE GUNA SHAKLEE ?

Setakat ini saya sangat berpuas hati dan rasa best sangat.. insyaAllah akan sentiasa berpuas hati.. 

Suami juga berpuas hati.. suami saya setiap hari amalkan makan 1-2 biji VITA-LEA.. alhamdulillah kesihatannya makin baik.. badan makin bertenaga..

Mak pula ada call dari kampung tanyakan apa nama vitamin yang saya tinggalkan untuk dia.. sebabnya lepas amik vitamin tu lutut mak dah kurang sakit.. saya bagitau tu vitamin untuk sendi.. mak nak beli lagi.. tersenyum saya.. dah lama saya perhati setiap kali sembahyang mak susah nk bangun berdiri selepas sujud.. mesti tahan badan guna tangan.. bila mak kata vitamin Ira (nama saya kat rumah) bagi ok sangat.. rasa lega.. ye la dah lama mak sakit lutut.. lepas makan AJHT makin ok.. saya sebagai anak memang senang hati sangat bila tau..

Di samping tu, mak juga ada tanya vitamin untuk turunkan paras kolesterol.. saya bagitau OMEGA GUARD.. bukan setakat kolesterol, insyaAllah boleh bantu turunkan tekanan darah tinggi dan asid urik mak.. beberapa hari lepas mak call bagitau mak dah pergi beli vitamin Shaklee tu kat branch Kota Bharu.. mak guna no ID saya, dapat lah harga ahli.. sekarang mak tengah mulakan Shaklee balik sebab dah lama tinggalkan.. doa saya semoga supplement Shaklee ni serasi dan bagi perubahan yang positif pada kesihatan mak..

Bila orang yang saya sayang dapat kebaikan dari Shaklee, saya senang hati.. sekarang saya bergelar Shaklee Independent Distributor.. insyaAllah saya akan berkongsi lagi kebaikan-kebaikan Shaklee dan info-info mengenai produk Shaklee.. bukan ke sharing is caring kan

Saya Adalah Pengedar Shaklee Yang Sah




Saya adalah pengedar sah Shaklee dan saya membuat penghantaran supplement Shaklee ke seluruh Malaysia, iaitu dari Perlis sampai la ke Sabah. Sekiranya anda perlukan SUPPLEMENT HALAL yang SEMULAJADI, SELAMAT & BERKESAN bagi: 

  • PENYUSUAN BAYI
  • IBU MENGANDUNG
  • IBU BERPANTANG
  • KESUBURAN
  • KECANTIKAN
  • MASALAH BERAT BADAN
  • ANAK KURANG MAKAN
  • MASALAH KULIT DAN SEBAGAINYA 

Anda boleh la menghubungi saya melalui salah satu cara di bawah ini:
 
 PM DI FACEBOOK SAYA : ATIRAH KHALIM  
 PM DI FANPAGE SAYA : Cinta Vitamin Semula Jadi   
 EMAIL : atira_akh@yahoo.com
 SMS / WHATSAPP : 019-9864611

    Untuk penghantaran supplement Shaklee ke seluruh Malaysia saya akan menggunakan perkhidmatan GDEX.

    Caranya ialah, sebaik sahaja anda membuat pembayaran (bank in/ transfer) untuk pembelian supplement Shaklee, proses pengeposan akan dilakukan.

    Paling penting anda perlu la mengisi dengan betul dan tepat perkara di bawah bagi memastikan penghantaran selamat sampai ke tangan anda:

    • NAMA              
    • ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN           
    • NO TELEFON 

    Sekiranya anda tinggal berhampiran cawangan Shaklee dan ingin mendapatkan supplement Shaklee dengan kadar segera, anda boleh la terus ke mana-mana cawangan Shaklee dan..

     ANDA BOLEH MENGGUNAKAN NO ID SAYA [934399] UNTUK MENDAPATKAN HARGA DISKAUN 15-20%

    Best kan.. Seterusnya anda boleh la maklumkan pada saya untuk konsultasi produk pula..
    InsyaAllah saya akan memberikan konsultasi terbaik untuk anda


     
     

    Friday 17 May 2013

    makan-makan mother's day

    ahad malam hari tu.. kuar cari barang-barang rumah.. cadangnya nak makan malam kat luar la.. mula-mula tu ingat nak makan kat food court yang sebelah Giant Kuala Terengganu ni je.. senang banyak pilihan.. ntah camna tiba-tiba je tekak tukar selera lak.. rasa nak makan pizza lak.. so gi pizza la malam tu.. sebenarnya tajuk atas tu makan-makan mother's day tak de kena-mengena pun.. kami makan malam biasa je malam tu..

    dah lama sebenarnya tak makan kat pizza.. 3 tahun lebih !! last sekali masa celebrate birthday tahun 2009.. masa tengah pregnantkan budak alisya sofea ni.. oooii lama betul.. selalu take away je.. makan kat rumah lagi santai.. lagi-lagi ada budak alisya sofea.. susah skit dia nak makan sopan-sopan.. haru biru jadinya.. huhu.. jom layan gambar malam tu.. 

     alisya tak leh dok diam, asyik nak bergerak je.. faris lak style apa bergambar camtu.. huhu..


    mama peluk ketat-ketat baru la alisya senyap..


    best ke pizza tu faris ??


    pekena ais krim pulak..


    nak makan ais krim sendiri.. 


    soup perisa strawberi-coklat.. aiskrim lak perisa mushroom soup.. ni semua kije alisya.. :)

    Saturday 11 May 2013

    ilman & sofea

    ini lah 2 orang budak yang bernama ilman & sofea.. 

    nama abang: engku faris ilman
    nama adik: engku alisya sofea


    suka betul main pasir kat pantai 


    berehat selepas jogging

    haha.. berhelmet dalam rumah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...