Sunday 29 September 2013

makan malam kat cik siti

minggu lepas saya balik ke kota bharu.. rumah famili.. saya ni nama je isteri orang tapi still nak manja-manja dan selalu rindu-rinduan kat mak dan ayah.. sunyi je balik kali ni sebab adik-beradik tak de kat rumah.. adik yang tinggal dengan mak tu pulak kije memanjang.. dah namanya doktor.. penat jugak jadi doktor ni kan.. kadang-kadang oncall, 24 jam la adik kat hospital.. balik hari tu pun boleh kira berapa kali je jumpa dia.. sebab tu la mak dan ayah rasa sunyi je.. so nak kurangkan rasa sunyi mak dan ayah, saya balik la.. confirm riuh rumah dengan suara budak 2 orang ni.. terubat la rindu kat cucu kan..

petang jumaat tu tak tau nak gi mana.. so ajak la mak kuar makan.. kira dinner la ye sbb dah 6.30 petang masa tu.. kat rumah mak, kami selalu dinner awal.. paling lewat sebelum pukul 8 malam.. ada ajak ayah tapi malam tu ayah ada hal..

faris awal-awal tu nak gi restoran wau.. tapi lepas mama dia buat muka 10sen pujuk nak makan chicken chop kat restoran selera cik siti.. dia ikut je.. lama sangat tak makan chicken chop.. akhir-akhir ni kalau keluar asyik makan masakan panas je.. nak jugak la tukar selera kan.. jom layan gambar sikit.. 

 
 mama & alisya.. kesian kat dia mata kena gigit semut..


 alisya cakap apa tu dengan mama.. dia ni pelat.. tak semua orang paham bahasa dia..


papa & alisya


sambil menunggu makanan sampai.. macam-macam ragam faris.. nenek tengok je..


bulatnya mata faris..
habis ke makan chicken chop dan pulut pauh tuuu ??


faris nak tengok kartun kat belakang tu.. dah berubah mood sebab mama suruh habiskan makanan dulu..

kalau bawak anak-anak kuar makan ni.. tak boleh nak harap la mama diorang ni boleh makan dengan tenang dan nikmatnya.. nak suapkan alisya lagi.. nak kena pegang gelas dia lagi sebab jap-jap sekali dia nak minum air.. makan sebelah tangan je mana best kan.. nak kena melayan faris lagi sebab dia ni kalau dah berubah mood kena pandai pujuk baru ok.. kalau tak masam je la mukanya.. tak seronokkan tengok anak masam je.. 

balik-balik rumah malam tu semua orang puas hati, kenyang.. tapi mama siap beli roti lagi.. huhu.. lapar bertandang lagi.. alasannya makan sambil-sambil urus anak kan, tak kenyang.. sila abaikan alasan mama dah nak gemuk.. lupakan alasan tu ~◕ ‿ ~




Saturday 28 September 2013

Chewable Vita-C Plus

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita. Terdapat banyak faktor dalam kehidupan seharian kita yang boleh mnyebabkan penyusutan Vitamin C di dalam badan. Antaranya adalah seperti merokok, menghidu asap rokok, stress, pengambilan pil penahan sakit dan banyak lagi.

Badan kita mampu untuk melakukan banyak perkara tetapi badan tidak dapat menghasilkan dan menyimpan Vitamin C. Vitamin C dari Shaklee ini iaitu Chewable Vita-C Plus, kini telah ditingkatkan formulasinya dengan tambahan Bioflavonoids dan Rose Hips untuk membantu meningkatkan lagi fungsi Vitamin C dan mengelakkan pengoksidaan Vitamin C di dalam badan. Ia kini menjadi antara supplement Vitamin C paling lengkap di pasaran.
 


Manfaat Utama Vitamin C

Membentuk kolagen 
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu untuk menghalang pembentukan kedutan dan menghindari otot dari menjadi lembik.

Memperbaiki simptom pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab kepada gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

Meningkatkan sistem imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan perlindungan dari alergi hidung, kulit dan asthma. Juga mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan simptom selsema.

Memerangi kanser
Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel.

Mencantikkan kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat membantu kulit menjadi lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi.

Memperbaiki insomnia
Vitamin C membantu mengubati insomnia dan stress masalah berkaitan mental seperti keresahan.

Mengekalkan kolesterol sihat
Vitamin C mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindari arteriosclerosis, thrombosis, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Lain-lain Keistimewaan Chewable Vita-C Plus
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
  • Membantu menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
  • Manfaat Vitamin C sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda
  • 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
  • Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
  • Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasa
  • Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan 

 JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA CHEWABLE VITA-C PLUS INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045019-9864611


Tuesday 24 September 2013

Vita-Lea Iron Formula

VITA-LEA ~ Supplement Pertama & Tertua di dunia !!

Vita-Lea Iron Formula Shaklee merupakan multivitamin dan mineral pertama yang dicipta di dunia. Pada asalnya ia dikenali sebagai 'Vitalized-Minerals' dan kemudiannya disingkatkan kepada 'Vita-min'. Perkataan vitamin yang disebut pada masa kini sebenarnya berasal dari Shaklee.

 Vitalized-Minerals merupakan vitamin pertama di dunia


Vitalized-Minerals atau pun Vitamin ini pertama kali dicipta pada tahun 1915 dalam bentuk cecair. Dan kini 90 tahun selepas itu, peningkatan teknologi telah merubahnya kepada bentuk tablet dan dikenali sebagai Vita-Lea. 

  • Setiap tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk spirulina dan mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayur-sayuran dan buah-buahan. 
  • Vita-Lea mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. 
  • Vita-Lea merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. 
  • Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
  • Vita-Lea juga dilengkapi dengan iron atau besi yang penting untuk pembentukan darah dan sel.
   
Manfaat Utama Vita-Lea

Ujian klinikal membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika syarikat sebagai THE BEST MULTIVITAMIN dalam Public Interest pada tahun 2000. Antara manfaat yang diberikan oleh Vita-Lea adalah:
  • Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenaga untuk kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja harian.
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan vegetarian dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif - Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen Penting Pada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Siapa perlukan Vita-Lea ?
 
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita hamil, menyusukan anak dan dalam pantang
  • Wanita hamil atau sesiapa sahaja yang mangalami masalah Hb rendah
  • Lelaki dan perempuan tanpa mengira peringkat umur



  JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA VITA-LEA INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045
 
 


Sunday 22 September 2013

Advanced Joint Health Tablet (AJHT)

Advanced Joint Health Tablet atau dikenali sebagai AJHT ni adalah antara supplement kesayangan saya.. AJHT ni biasanya dipanggil vitamin sendi.. vitamin ni elok sangat untuk sesiapa sahaja yang ada masalah sendi seperti sendi selalu bunyi berkeriut, sendi terasa sakit-sakit masa bergerak, sendi terasa ngilu semacam je, sakit-sakit sendi macam sakit kat lutut, siku dan pinggang.. elok la amalkan AJHT ni.. insyaAllah cepat kesan yang kita dapat.. macam saya lepas 3 hari amalkan, alhamdulillah sakit-sakit kat lutut, pergelangan tangan, tulang pinggul, pinggang dan belakang dah baik.. syukur sangat diketemukan dengan vitamin yang hebat macam ni..

Jadi apa lagi.. jom kita selongkar cerita tentang AJHT ni..

Advanced Joint Health Tablet merupakan satu formula yang menggabungkan bahan-bahan yang amat berkesan bagi menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat.

Terdapat 3 bahan utama dlm AJHT yang bermanfaat untuk sendi-sendi: 

  • Ekstrak Boswellia : asid boswelik merupakan anti radang semulajadi dan mampu menyokong keselesaan sendi
  • Ekstrak Jagung : sumber pekat dengan glukosamin merupakan komponen penting untuk pembinaan tulang rawan dan bendalir sinovia. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan kesan kusyen
  • Vitamin C, Zink, Tembaga & Mangan : memelihara tisu penyambung yang sihat dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan tisu penyambung agar lebih anjal & kuat


AJHT adalah 100% dari sumber tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral


KEISTIMEWAAN AJHT
  • 100% bebas kerang-kerangan
  • 100% vegetarian
  • 100% bebas kondroitin (bebas kondroitin bermaksud AJHT ini dapat meningkatkan penyerapan glukosamin dengan lebih baik, manakala bagi supplement yang mengandungi kondroitin seperti dalam kebanyakan produk lain hanya menghalang penyerapan glukosamin)

10 MANFAAT AJHT

1. Menyokong ketidakselesaan sendi
2. Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
4. Melancarkan pergerakan harian
5. Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
6. Anti radang semulajadi
7. Dihasilkan daripada 100% sumber tumbuh-tumbuhan pastinya ia asli dan semulajadi
8. Memberi kekuatan pada struktur sendi
9. Bertindak sebagai kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamina (penting untuk pembinaan tulang rawan dan lendir untuk melicinkan sendi dalam tendon dan ligamen)
10. SANGAT-SANGAT BERKESAN.. UJIAN KLINIKAL MENUNJUKKAN KESAN POSITIF SELEPAS 5 HARI PENGAMBILAN



Perbezaan AJHT dengan produk lain



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA AJHT INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 019-9864611




Saturday 21 September 2013

Ragam anak-anak

budak-budak ni kalau kuar shopping barang-barang rumah ada-ada je perangai yang diorang buat..

kali ni tengah papa sibuk mencari rak yang nak dibeli.. budak-budak ni ternampak la mainan dan basikal kecik dok kat lantai.. selalunya ada kat rak.. kali ni mungkin ada orang dah bawak mainan dan basikal tu letak kat lantai.. apa lagiiii.. dah tak dengar dah cakap mama.. terus berlari nak naik.. siap mintak nak bergambar.. hehe layan je la..


 alisya mintak nak beli benda ni.. merayu-rayu..


alisya padan-padan je naik basikal ni.. berat dia dah terlebih mana boleh naik yang kecik macam ni..


faris lak biasa la muka je lebih.. suka la wat mimik pelik-pelik..

kalau ikutkan budak-budak ni semua mainan ke basikal ke asal nampak kat mata semua nak beli.. huhu.. dengan faris boleh la cakap elok-elok.. dengan alisya lak mana nak faham.. tapi mujur la diorang dengar kata.. tak nak ajar beli beli beli je.. kena la bertegas jugak kan.. so malam tu diorang cuma bergambar.. nehi nehi nehi beli ye :)



Sunday 15 September 2013

Omega Guard

Kalau sebut Omega Guard mungkin ramai yang tidak tahu kan.. tapi kalau sebut minyak ikan mesti ramai yang angkat tangan nak jawab, tahu ! tahu ! tahu ! ^◕‿◕^
Omega Guard ni sebenarnya adalah kapsul minyak ikan dari Shaklee..

Jom kita berkenalan dengan Omega Guard ini dahulu..

Omega Guard adalah minyak ikan yang tulen dan terbaik di dunia. Ia diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Ia dihasilkan melalui suatu poses penyulingan proprietari tiga molekul yang paling tulen dan semulajadi, ia memberi manfaat asid lemak dan pada masa yang sama ia megeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum.

Omega Guard ini diperbuat dari ikan dan bukannya dari hati ikan yang memberi kesan toksik. Ia adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Satu hidangan Omega Guard (3 kapsul) membekalkan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. 

Apakah manfaat Omega Guard ? 

Melindungi jantung
Mencegah salur darah dari tersumbat 
Mencegah pembekuan darah dalam badan
Melancarkan peredaran darah
Mengawal paras kolesterol dalam badan 
Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL
Memelihara dari penyakit stroke, kencing manis, gout, tulang dan sendi
Mengekalkan tekanan darah normal
Mengurangkan ketegangan di leher atau sakit kepala   
Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
Berfungsi membakar lemak dan meningkatkan metabolisme
Mengawal masalah obesiti
Mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS
Merawat masalah alahan kulit seperti ekzema, radang dan sebagainya
Baik untuk wanita hamil kerana DHA dan EPA dari omega ini sangat penting untuk pembentukan otak dan mata bayi
Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
Membantu menentang kanser paru-paru, kanser payudara, kanser prostat dan kanser kolon
Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
Memelihara fungsi-fungsi sendi

Kelebihan Omega Guard Shaklee



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA OMEGA GUARD INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045




Friday 13 September 2013

Ostematrix

Kalsium oh Kalsium !!

Kalsium amat penting bagi saya.. setiap hari saya wajib mengambil supplement kalsium.. saya ni alah laktosa.. jadi saya memang tak boleh la nak minum susu macam orang lain.. kalau paksa minum juga mahu berguling-guling sakit perut.. kalau tahap teruk, siap tak leh tarik nafas lagi sebab angin penuh satu badan..

Saya pernah mencuba banyak supplement kalsium dan bagi saya OSTEMATRIX ADALAH YANG TERBAIK.. kenapa saya kata macam tu?

Sebabnya Ostematrix ni..
baik untuk sakit lutut dan sakit belakang saya.. 
baik untuk masalah kejang-kejang kaki saya.. 
baik untuk perut saya sebabnya Ostematrix ni alkali, saya pun selalu jadikan Ostematrix ni ubat gastrik saya.. tengah-tengah asid perut keluar dan pedih perut, ambil Ostematrix terasa selesa je perut.. 
baik untuk sistem pelawasan badan saya..
dan yang paling saya suka, kalau ambil sebelum tidur, maka lena la saya malam tu dan senang nak bangun pagi esoknya.. 
sebab tu la saya suka sangat Ostematrix ni.. kalau nak tau nama manja Ostematrix ni saya panggil Oste je (>‿◠)✌

Ostematrix adalah pelengkap kalsium di mana ia bukan sahaja membekalkan kalsium, malahan juga magnesium dan vitamin D untuk kadar penyerapan yang lebih baik di dalam tubuh badan kita.
OSTEMATRIX ADALAH LEBIH DARIPADA SEKADAR KALSIUM



Siapakah yang perlu mengambil kalsium ?

Mereka yang sering mengalami sakit-sakit tulang dan sendi seperti sakit belakang, sakit pinggang, sakit lutut 
❥ Mereka yang sering keletihan dan kelesuan
❥ Mereka yang sering kekejangan otot dan kebas-kebas anggota badan
❥ Mereka yang alah laktosa
❥ Mereka yang sering sembelit
❥ Ibu mengandung
❥ Ibu yang menyusukan bayi
❥ Warga emas
Wanita yang mengalami masalah PMS (sakit semasa datang bulan)



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA OSTEMATRIX INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045




Tuesday 10 September 2013

Shaklee Collagen Powder

Sebut sahaja kolagen mesti semua akan terfikir akan manfaat kolagen dari segi kecantikan.. memang tidak dinafikan kesemua wanita dan kebanyakan lelaki sangat mengimpikan wajah yang menarik.. kalau boleh nak secantik artis bollywood dan sehandsome artis hollywood.. tipu la kalau tak ada orang yang nak cantikkan.. bagi sesiapa yang tengah berkira-kira untuk menggunakan kolagen, boleh la mencuba kolagen dari Shaklee ni.. yang pastinya anda tidak perlu ragu-ragu akan tahap keselamatan kolagen ini kerana setiap produk dari Shaklee memang dijamin selamat dan berkesan, paling penting ia dari sumber semulajadi dan bukannya sintetik..

Di sini saya senaraikan sedikit info mengenai Collagen Powder dari Shaklee ini..

Shaklee Collagen Powder merupakan supplement kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen iaitu kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.

Shaklee Collagen Powder bermolekul sangat ringan iaitu kira-kira 1,000 Dalton* (berat molekul diukur dlm unit Dalton). Ia dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.




Shaklee Collagen Powder mengandungi 7 bahan utama iaitu ekstrak biji benih Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus Acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.




 Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan untuk:

Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA SHAKLEE COLLAGEN POWDER INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045019-9864611




Thursday 5 September 2013

Solat Sunat Tahajjud

Terasa tergerak hati ingin berkongsi cara-cara menunaikan solat sunat tahajjud.. pastinya kita semua selalu mendengar orang-orang bercerita pasal solat yang dilakukan masa bangun tengah-tengah malam ni kan.. banyak betul kelebihan solat ni..

Buat ibu-ibu rasanya sangat senang untuk tunaikan solat sunat ni.. alang-alang terjaga untuk buatkan susu anak atau menyusu anak atau pun terjaga sebab anak menangis pampers dah nak kena tukar.. apa kata ambil kesempatan ni ambil wuduk dan solat.. senang je kan.. cuma nak buat dengan tak nak buat la kan sebab malam-malam kalau dah tidur ni memang liat la sikit kan.. mata berat je.. tapi kena la cuba dulu.. saya pernah dengar dari orang yang amalkan solat sunat tahajjud ni.. memang mula-mula rasa susah.. kemudian bila dah amalkan.. terasa ketenangan dalam jiwa.. terus jatuh cinta.. terus jadi cinta tahajjud..

Untuk panduan saya sendiri dan kawan-kawan semua.. di sini saya kongsikan apa itu solat sunat tahajjud..

Apa itu solat sunat tahajjud ?

  • Solat ini adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam.
  • Dari segi bahasa, solat sunat tahajjud ini ialah meninggalkan tidur.
  • Manakala dari segi syarak pula, solat ini dilakukan selepas terjaga dari tidur pada waktu tengah malam.
  • Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. 

~ Solat Sunat Tahajjud ~

Bilakah waktu yang sesuai untuk menunaikan solat sunat tahajjud ?

  • Dilakukan selepas solat isyak sehingga terbit fajar. 
  • Waktu yang afdal adalah 1/3 malam yang terakhir. 

Cara menunaikan solat sunat tahajjud

1.  Lafaz niat


  Maksud : Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

2.  Solat tahajjud tiada had rakaatnya, ia mengikut kemampuan dan kesanggupan. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat dengan setiap dua rakaat satu salam.

3.  Pada rakaat pertama, baca:
Surah Al-fatihah & Al-Kafirun atau mana-mana surah

4.  Pada rakkat kedua, baca:
Surah Al-fatihah & Al-Ikhlas atau mana-mana surah

5.  Membaca doa tahajjud selepas salam



Kelebihan solat sunat tahajjud

●  Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
●  Doa dimakbulkan Allah.
●  Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
●  Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
●  Memperoleh pertolongan dan rahmat dari Allah SWT.
●  Diberi kemudahan dan rezeki yang berpanjangan dari Allah SWT.
●  Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
●  Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
●  Memperolehi ketenangan jiwa.
●  Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratul-Mustaqim.




Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam. - See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html#sthash.DVrcRX8y.dpuf
Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam. - See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html#sthash.DVrcRX8y.dpuf
Di segi bahasa solat sunat tahajjud ialah meninggalkan tidur.
Di segi syarak pula ialah sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam. - See more at: http://adibsite.blogspot.com/2013/06/cara-panduan-solat-sunat-tahajjud.html#sthash.DVrcRX8y.dpuf

Tuesday 3 September 2013

Nutriferon

 Apakah itu Nutriferon ?

Nutriferon merupakan supplement yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Nutriferon penting bagi sistem tubuh badan kerana ia boleh menguatkan sistem imun. 

NutriFeron adalah suatu supplement yang hebat dan efektif. Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Nutriferon Shaklee



Apakah fungsi utama Nutriferon ?

Mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari
~ ia merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk tindakan: T-sel, B-sel dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor
~ interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kimoterapi.

Melindungi dari influenza
~ ia mengimbangi tindakbalas kepada alahan persekitaran dan pencemaran udara, berkesan melindungi daripada ancaman virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alahan, inflamasi dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan 
~ membantu mengatasi kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan dan gaya hidup yang aktif.

Melambatkan penuaan
~ formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. Oleh itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.

Mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B dan C
~ keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus dapat mengurangkan infeksi dan mengurangkan ketidakselesaan pesakit-pesakit Hepatitis B dan C seperti masalah kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain.

Mempertingkatkan sistem tubuh menghadapi menopous
~ membantu masalah yang timbul semasa menopous seperti darah tinggi, kolesterol tinggi, kitaran darah dan pelbagai masalah lain supaya menjadi lebih baik dan terkawal. 

Mempertingkatkan PMS
~ terbukti secara klinikal dapat mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.  




Bagaimana Nutriferon bertindak ?

Nutriferon bertindak dalam 2 cara iaitu:
➤ mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif dan cepat
➤ menggerakkan 'pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan

" Nutriferon adalah satu Formula Ekslusif dan dipaten oleh Shaklee dan tidak dijual dikedai-kedai biasa. Ianya hanya boleh didapati melalui Shaklee. "


JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA NUTRIFERON INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 019-9864611







Monday 2 September 2013

Peppermint-Ginger Plus


Peppermint-Ginger Plus dihasilkan dari kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur. Ia diperbuat dari bahan semulajadi dan bukannya dari bahan sintetik. Secara klinikalnya, ia sangat membantu dalam merawat dan mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.

Kandungan bahan herbanya terdiri daripada:

Pudina (Peppermint)


 ✿ membantu dalam proses penghadaman
✿ membantu dalam mengurangkan mabuk laut atau darat atau morning sickness
✿ membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih ulu hati, cirit-birit
✿ membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi seperti muntah, hilang selera makan
✿ merangsang pengeluaran peluh ~ mengurangkan risiko demam akibat selsema
✿ membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus


Halia (Ginger)


✿ merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan
✿ melegakan sakit perut
✿ mengurangkan sakit senggugut
✿ membantu mengurangkan loya atau mual disebabkan oleh morning sickness
✿ mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan


Adas (Fennal Seed)


✿ membantu menghilangkan kembung perut
✿ melegakan kesakitan perut
✿ membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus


Cekur Manis (Anise Seed)


melegakan masalah pencernaan 
mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan
membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan




Siapa yang disarankan untuk mengambil Peppermint-Ginger Plus?

Mereka yang badan penuh angin
Mereka yang sering muntah-muntah dan loya terutamanya wanita mengandung yang mengalami morning sickness
Mereka yang ingin menjaga kebersihan usus dan penghadaman
Mereka yang sering mengalami mabuk laut atau darat
Mereka yang sering alami perut kembung dan gastrik


JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA PEPPERMINT-GINGER
 PLUS INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...