Wednesday 28 August 2013

Zinc Complex

Kali pertama saya ambil tahu mengenai supplement bernama zinc ni masa muda remaja dulu la.. masa tu ada masalah rambut gugur.. dengan semangatnya ke farmasi nak beli supplement untuk rambut gugur.. sampai-sampai je ada farmasis ni suggest zinc kat saya.. belek-belek botol pastu kuar tanpa beli.. haha.. rasa tak berbaloi lak zinc yang mahal tu untuk rambut gugur je.. hehe zinc kat farmasi tu jenama lain ye bukan Shaklee.. hehe.. zinc Shaklee murah sangat.. masa tu saya ingat zinc cuma untuk rambut gugur.. mana nak tau fungsi yang lain.. 

Sekarang ni baru la tau zinc ni memang banyak kelebihannya. Sedikit info mengenai zinc:
  • Zinc merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita
  • Zinc merangsang tindakan enzim-enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita
  • Zinc juga berperanan dalam pembentukan genetik iaitu pada DNA 
  • Zinc Complex Shaklee dirumus dari zinc glukonat semulajadi dan bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita
  • Zinc sesuai untuk pengambilan jangka masa panjang
  • Zinc berkesan untuk mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh kita
  • Zinc merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein
  • Zinc dapat membantu menyembuhkan luka dan penting untuk deria rasa dan bau
  • Untuk orang laki pula, zinc penting untuk kesihatan sperma dan kesuburan

Tahukah anda yang badan kita ni tidak menghasilkan zinc.. 
Jadi kita perlu la mendapatkan zinc dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.. 


KESAN KEKURANGAN ZINC

Ia menyebabkan:
pertumbuhan perlahan pada bayi dan kanak-kanak
perkembangan seksual yang lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
rambut gugur
cirit-birit
hilang selera atau nafsu makan
kehilangan berat badan
masalah dengan penyembuhan luka
ketidaknormalan pada kemampuan mengecap rasa dan mencium bau




 JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA ZINC COMPLEX INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 019-9864611



Tuesday 27 August 2013

Lecithin

Lecithin digelar 'pengemulsi semulajadi' kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak. Secara ringkasnya lecithin akan menyebabkan lemak terapung di dalam darah. Ini akan mengelakkan lemak daripada melekat pada dinding membran.
Kebanyakan dari kita menganggap fungsi lecithin hanyalah terbatas kepada membakar lemak sahaja. Sebenarnya banyak lagi fungsi lecithin ni, di antaranya ialah:

~ membersih dan melicinkan saluran darah
~ mengawal pengumpulan platlet darah
~ menggalakkan metabolisme lemak
~ mencairkan lemak dan menurunkan paras kolesterol
~ dikenali sebagai makanan saraf dan otak serta mampu mengelakkan penyakit nyanyuk atau Alzheimer 
~ mampu mencergas mencerdaskan otak
~ menggalakkan penyerapan vitamin ADEK
~ mengawal kehilangan air oleh kulit
~ menjaga kesihatan membran sel

Lagi fungsi lecithin ada disenaraikan seperti di bawah:



Lecithin sebenarnya tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. 
Jadi dari sumber mana untuk kita dapatkan lecithin?

Jawapannya, lecithin ini boleh diperolehi melalui kuning telur, jagung, kacang soya dan lain-lain. Kacang soya merupakan sumber lecithin yang paling kaya dan bebas kolestrol. Dan paling menariknya, LECITHIN SHAKLEE berasaskan kacang soya.

JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA LECITHIN INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045019-9864611


Monday 19 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

hari ni dah masuk hari ke-12 syawal.. rasanya belum terlambat kan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua muslimin dan muslimat semua.. 

tahun ni kami sekeluarga berhari raya di kampung saya di kota bharu.. tahun ni kesemua adik-beradik saya berkumpul bersama kat rumah mak ayah.. kiranya famili kami tak la ramai sangat sebab cuma saya dan adik kedua je yang dah kahwin.. 4 adik yang lain masih membujang.. tapi bila semua berkumpul.. sangat-sangat meriah la sebab adik-adik pandai buat lawak.. gelak aje kijenya..

beraya kat kota bharu ni malam-malam memang bingit dengan bunyi mercun.. dam dum dam dum.. langit pun cerah bila bunga api pecah kat atas tu.. lawa sangat.. tapi tak sempat nak snap gambar pun sebab sibuk tolong mak masak malam raya..

menu kat rumah kami pagi raya tak lain tak bukan.. nasi arab.. sedap tu air tangan mak.. lauknya mak sesuaikan dengan tekak orang kelate la.. ada kerutuk daging, gulai serati, dalca yang penuh dengan sayur dan perut lembu, ikan rebus goreng, acar timun yang segar dan sambal lada tomato.. 

~ lauk-pauk pagi raya ~


pagi raya tahun ni.. sedara-mara datang sekaligus.. haha.. dengan rumah mak ayah yang saiznya comel ni.. tetamu lak ramai.. kena la amik giliran untuk menjamu selera.. riuh betul rumah masa tu..

~ suasana pagi raya ~

tahun ni buat pertama kali kitorang tak sempat nak bergambar bersama satu famili besar.. asal nak bergambar je ada yang tak cukup.. anak buah tak sihat jadi sedikit meragam.. adik lak yang doktor terlalu penat sebab malam raya dia bertugas dan banyak accident so tak sempat rehat.. pagi raya sempat beraya kejap je pastu masa nak bergambar dia dah tertidur.. huhu.. tapi ada jugak la gambar yang kitorang amik untuk kenangan.. jom layan gambar..

~ keluarga saya ~
~ faris & alisya & ayah mie & ayah su kir ~
~ faris & alisya & pakcik-pakcik yang masih bujang ~
~ adik & keluarga ~

~ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN ~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...