Saturday 30 November 2013

Vivix ~ Bantu Lambatkan Penuaan Wajah

Hari ini saya nak kongsikan petikan dari Harian Metro bertarikh 22 Januari 2010 mengenai Vivix..



Itu adalah antara artikel yang saya ambil dari sumber akhbar harian. Tak perlu kata apa-apa, memang sudah jelas VIVIX adalah minuman/cecair botani semulajadi yang terbaik dan selamat untuk kita semua.


Jika berminat untuk mendapatkan Vivix dengan harga istimewa, boleh hubungi saya ye:

Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045



Wednesday 27 November 2013

Testimoni Vivix

Vivix bukan sekadar tonik anti-penuaan tetapi juga sangat baik untuk kesihatan dan memberi pelbagai manfaat bagi mereka yang menghidap kanser, stroke, diabetes, gout dll. Vivix mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan daripada berlaku dengan pantas.

Vivix sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan secara menyeluruh. Vivix sesuai untuk dewasa, warga tua dan mereka yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk pil. Manakala kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusukan bayi tidak dibenarkan mengambil Vivix.

Di bawah ini saya sertakan beberapa testimoni pengguna yang telah menggunakan Vivix.

Testimoni 1: Pesakit kanser. Ini adalah ikhtiar untuk anda, jangan berputus asa

Mr. Law Chu Hian, 8 tahun dulu merupakan pesakit kanser, beliau juga merupakan belas pengacara ntv7. Untuk pengetahuan semua, sekarang umur beliau sudah mencecah 50 tahun. Lihat, disamping membantu beliau sembuh dari penyakit kanser, Vivix juga membantu beliau kelihatan lebih muda dari umur sebenar.


Testimoni 2: Pesakit diabetes



Testimoni 3: Pesakit stroke



Testimoni 4: Pesakit kencing manis, darah tinggi, sakit lutut dan asma



Testimoni 5: Untuk kecantikan



Apa-apa pun, sekiranya diri sendiri atau ahli keluarga jatuh sakit, jangan sesekali berputus asas. Paling penting kita berusaha, berdoa dan bertawakkal. In shaa Allah semoga Vivix akan membantu memberikan perubahan yang baik.

Jika berminat untuk mendapatkan Vivix dengan harga istimewa, boleh hubungi saya ye:

Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045




Tuesday 26 November 2013

hasil kerja anak

Dah lama tak bercerita pasal 2 orang budak ni..

faris ilman & alisya sofea


mama mintak tolong tengok kan adik sebab mama nak jawab call, tengok la setianya abang jaga adik..

kalau nak tau, 2 beradik ni masa diorang baik, dah macam kembar.. semuanya nak sama.. adik la yang lebih-lebih sebab dia dah tak de orang lain nak buat contoh.. segala-galanya adalah abang dia.. faris ni macam idola alisya la.. mama selalu ingatkan faris supaya selalu jaga alisya.. buat masa ni alisya la sorang-sorang adik dia.. jadi dia kena la sayangkan alisya lebih.. mama kena selalu ingatkan faris ni sebab kadang-kadang faris terlalu lebihkan kawan-kawan dari adik.. kesian nanti kat alisya..

satu hari, faris ada ajak mama gi beli kertas lawa.. katanya nak buat sesuatu.. jadi mama ikut je la.. hasilnya macam ni la..


hasil kerja abang bukan main lagi.. memuji je.. mama pandai masak la.. mama cantik la.. mama baik la.. mama hebat la.. maklum la orang dah darjah 1 kan.. dah pandai nak buat ayat, dah pandai nak deco-deco skit.. ok la hasilnya.. cantik tersusun je..

adik pulak tak nak kalah.. lepas je dia siap 'mewarna' dengan kreatif sekali.. dia bawak lukisan tu pada mama.. dengan bangganya dia cakap.. "ta wat cantikkk.." maknanya sya buat cantik.. suka puji diri sendiri budak tecik ni.. dia ni pelat, suka dengar dia sembang.. kadang-kadang dalam sepuluh ayat, cuma satu ayat je mama faham.. hehe..

lepas melukis dan mewarna tu, 2 beradik ni minta mama peluk dan cium.. muahhhh.. memang mama selalu je peluk cium faris dan alisya ni.. kena sama rata ye.. kalau peluk faris lama, alisya minta lama juga.. kalau cium alisya kat pipi dan dahi, faris minta cium kat pipi dan dahi.. kalau lain sikit je memang tarik muka la salah sorang..  katanya mama tak sayang.. jadi semua kena rata la..

ni baru 2 beradik.. kalau orang lain yang ada 3, 4, 5, 6 beradik.. bayangkan macam mana nak sama ratakan semua ni kan (^_^)


Monday 25 November 2013

Masker vitamin C

Vitamin C ni memang tak boleh dipisahkan dengan wanita..
Vitamin C sinonim dengan wanita..
Vitamin C juga sinonim dengan kecantikan dan juga kesihatan..

Sebab itu la ada wanita yang sanggup membelanjakan sejumlah wang ringgit semata-mata untuk cantik dengan mendapatkan suntikan vitamin C..
Kenapa mesti bayar lebih jika anda mampu meminimumkan penggunaan wang ringgit anda..

Vitamin C Shaklee ni, selain dari dimakan.. boleh juga dibuat masker !
Jom try masker vitamin C dan rasai sendiri perbezaan pada kulit wajah anda..


Tapi nak buat masker ni ada syarat tau..
Syaratnya mestilah menggunakan VITA-C PLUS SHAKLEE..
Ini kerana ianya semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan.
Selamat mencuba !!


Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 019-9864611


Sunday 24 November 2013

Penafian



Penafian / Disclaimer

Penafian blog ilmansofea.blogspot.com berhubung informasi mengenai produk kesihatan Shaklee.

  • Saya bukan ahli farmasi atau doktor. Segala informasi di blog ini bukan bertujuan untuk dijadikan sumber rawatan kesihatan dan bukan bertujuan untuk menggantikan rawatan doktor. Segala informasi hanya bertujuan untuk berkongsi maklumat umum atau sebagai sumber pendidikan sahaja.
  • Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan yang serius, sila rujuk terlebih dahulu pada doktor anda untuk mendapatkan nasihat dari segi ilmu perubatan. Harus diingat, nasihat doktor yang merawat anda hendaklah diutamakan kerana doktor anda lebih mengetahui latar belakang dan mempunyai rekod kesihatan anda yang menyeluruh.
  • Saya tidak menyediakan sebarang tuntutan ganti rugi, warranty atau assurance di atas pengambilan vitamin yang dicadangkan. Cadangan pemakanan vitamin adalah untuk memaksimumkan penyerapan serta fungsi vitamin tersebut.
  • Produk Shaklee adalah makanan tambahan kepada diet seharian dan tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Produk ini merupakan alternatif kepada anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan khasiat yang lengkap, hasil dari kajian yang mendalam.

Terima Kasih.




Vitamin C semulajadi

Bila baca tajuk kat atas.. ada yang bertanya.. 
Kenapa tulis VITAMIN C SEMULAJADI ?
Ada beza ke vitamin-vitamin C ni ?
Bukan ke semua vitamin C sama sahaja ?

Sebenarnya tidak ramai yang tahu di pasaran kita terdapat variasi vitamin C..
Dan ada antaranya adalah vitamin C semulajadi dan tidak kurang juga vitamin C sintetik..
Tahukah anda bahawa Vitamin C sintetik tidak mempunyai bioflavonoids.. ianya cuma semata-mata asid askorbik sahaja, bermakna ia tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar..
Vitamin C sintetik juga mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama.. ini bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, dalam masa yang sama ia juga menghasilkan radikal bebas! Takutkan..

DAN..... TAHUKAH ANDA BAHAWA VITAMIN C SHAKLEE MENGANDUNGI BIOFLAVONOIDS!!

Apa Bioflavonoids ?

pigmen tumbuhan-tumbuhan yang banyak dijumpai di dalam buah-buahan sitrus
ia membantu dalam penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C itu sendiri daripada oksidasi.
Manfaat utama Vitamin C keluaran Shaklee:
Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 


Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, kulit kasar dan ruam.


Meningkatkan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.


Memerangi Kanser
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.


Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.


Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan Kolesterol Sihat 
Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.
Jadi, sekiranya anda mahukan Vitamin C yang terbaik dan benar-benar bermanfaat untuk anda, maka bertukar lah kepada Vita-C Plus Shaklee! Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Sememangnya ia semulajadi..
Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee !!
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 019-9864611
 

Friday 22 November 2013

Silica Gel



Saya adalah pengamal vitamin dari sebelum saya kenali Shaklee lagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya melihat paket kecil silica gel di dalam botol vitamin. Apa yang saya faham, silica gel ini diletakkan dalam sesuatu produk untuk menyerap lembapan udara bagi memastikan produk tersebut berada dalam keadaan baik serta menjaga kualitinya. Ia bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. Selain di dalam botol vitamin, silica gel juga boleh dilihat dalam kotak kasut, beg tangan, barangan kulit dan juga dalam barangan letrik.

Berbalik kepada silica gel di dalam botol vitamin, saya menganggap dalam setiap botol vitamin mesti ada silica gel. Botol vitamin dan silica gel agak sinonim. Sehinggalah saya mengenali Shaklee. Saya tertanya kenapa tiada silica gel di dalam botol vitamin Shaklee. Para pengguna Shaklee yang lain juga pasti tertanya-tanya kan.. 


Kenapa vitamin Shaklee tidak memerlukan silica gel?

Jawapannya mudah sahaja kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Dihasilkan tanpa pewarna, perisa dan bahan pengawet. Oleh itu, silica gel tidak diperlukan untuk menyerap kelembapan dalam udara yang selalunya terdapat dalam vitamin sintetik.

Bila anda mendapat botol vitamin Shaklee anda, anda akan jumpa penyataan ini di bahagian keterangan:

“No artificial colours, flavours, sweeteners, or preservatives added”


Apa yang tidak boleh ada dalam produk yang baik?

  • pewarna - artificial colours, mengapa perlu ada pewarna dan apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
  • perasa - artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
  • pemanis sintetik - mengapa perlu pemanis sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi penggunaan pemanis sintetik dalam makanan kesihatan yang tujuan asalnya untuk mengoptimumkan kesihatan?
  • vitamin E - penting untuk kita tahu mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak memberi kesan yang betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana "l" atau “dl” pada label menunjukkan ia adalah vitamin sintetik manakala label “d” menunjukkan vitamin semulajadi. Kebanyakan pengeluar menggunakan bahan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
  • silica gel - silica gel adalah antara bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan atau vitamin. Ini kerana apabila adanya kehadiran silica gel, vitamin itu adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.

Semua vitamin Shaklee (kecuali produk kanak-kanak iaitu Chewable Vita-C Plus) tidak disertakan dengan silica gel. Ini kerana semua vitamin keluaran Shaklee adalah semulajadi. Ramai tidak mahu membeli vitamin semulajadi dengan alasan harganya mahal. Namun kita perlu sedar harga vitamin semulajadi sebenarnya mampu milik dan tidak membebankan pengguna. 

Kesihatan yang baik adalah pelaburan yang menguntungkan. Shaklee adalah asli, tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan silica gel. Jika anda berkemampuan apa salahnya beli yang lebih baik? Pilihan di tangan anda.

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee !!
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045


** Produk kanak-kanak iaitu Chewable Vitamin C mengandungi silica gel. Ini kerana sekiranya kanak-kanak mengambil sendiri vitamin mereka, dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah dan memberi kesan pada vitamin tersebut.



Thursday 21 November 2013

Status Halal Shaklee

Assalamualaikum,

Untuk sesiapa yang tertanya-tanya mengenai status HALAL produk Shaklee, di sini saya lampirkan Sijil Halal Shaklee  yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk-produk Shaklee.



** Produk yang dipasarkan di Malaysia ada disenaraikan dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. 
**  Untuk info: TIDAK SEMUA produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia

ISA (Islamic Service Of America) adalah sebuah badan pengeluar sijil halal yang termuka di dunia, "Islamic Services of America, a leading US Halal certification body recognised globally, including Malaysia, estimates that the US market for halal foods will continue to grow at a rate of 25 to 30 per cent over the next five to seven years."

ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh klik di sini website My Halal

Di sini ada juga saya lampirkan bukti di mana ISA diiktiraf oleh JAKIM.


Kesimpulannya, produk-produk Shaklee dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil halal yang dikeluarkan oleh ISA dan ISA sememangnya diiktiraf oleh JAKIM. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tidak perlu ragu-ragu lagi, gunakannya tanpa was-was. 

Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee !!

Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045



Wednesday 20 November 2013

Set Optimum Health

Seringkali kita dengar orang berkata.. " badan saya sihat, tiada masalah kesihatan.. tak perlu la saya ambil supplement.."
Memang betul, tapi sekiranya kita dapat jaga kesihatan dari awal, lagi baik.. kan lebih baik mencegah dari merawat.

Ramai juga yang ingin menjaga kesihatan tapi tidak tahu hendak mulakan dengan vitamin apa..
Di sini saya nak kongsikan sedikit info tentang SET ASAS SHAKLEE ataupun SET OPTIMUM HEALTH. Set ini dicadangkan buat sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan tubuh badan secara asas.

Set Optimum Health ini terdiri daripada Vita-Lea, B-Complex dan Vita-C. 

Vita-Lea

Vita-Lea adalah merupakan makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif. Diformulasikan khusus dgn 28 vitamen dan mineral dan merupakan antara vitamin penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Dengan penggunaan harian, Vita-Lea mampu membantu: 
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh  
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata  
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi 
  • Memberikan perlindungan menetang kerosakan radikal bebas.

B-Complex 

B-Complec mengandungi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh kita bagi menggantikan nutrisi Vitamin B yang hilang untuk membantu menguatkan jantung, peparu dan organ-organ penting yg lain. Di samping itu ia juga membantu pembentukan sel darah merah dan terlibat dalam penghasilan tenaga. B-Complex adalah vitamin untuk pembentukan sistem saraf dan berguna untuk kemurungan dan anti-stress.

Vita-C

Vita-C merupakan satu antioksidan yang kuat yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, membentuk kolagen, membina kekuatan sel serta menjaga kesihatan mata, gigi, tulang, otot dan salur darah.


Siapa yang sesuai amalkan SET OPTIMUM HEALTH ?
  • Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu hamil, ibu menyusu, warga tua dan pelajar)
  • Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
  • Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
  • Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
  • Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih
  • Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
  • Sesuai untuk ibu hamil yang hemoglobinnya rendah. Vita-Lea mengadungi zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah
 

Jika anda ingin memulakan hari anda bersama SET OPTIMUM HEALTH SHAKLEE ini..

 Hubungi saya:
ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM  
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi  
SMS / WHATSAPP : 011-12181045




Tuesday 19 November 2013

Set Buasir

Ramai sebenarnya di kalangan kita yang pernah mengalami buasir. Kebanyakannya malu nak mengaku atau nak berjumpa doktor bila terkena buasir. Akhirnya mereka hanya berdiam diri dan menanggung sakit. 
APA ITU BUASIR ?
Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. 
Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Secara ringkasnya buasir boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
  • Tahap 1 : Berdarah setiap kali buang air besar, tetapi tidak bengkak atau rasa sakit. Buasir dalaman biasanya kecil, salur darah yang bengkak berada pada dinding saluran dubur. Ia boleh menjadi besar sehingga terkeluar dari dubur. 
  • Tahap 2 : Bengkak di luar dubur tetapi boleh masuk sendiri (ke dalam dubur) selepas buang air besar. 
  • Tahap 3 : Bengkak di luar dubur dan tidak boleh masuk sendiri, perlu ditolak dengan jari.
  • Tahap 4 : Bengkak yang sentiasa berada di luar dubur.

Gejala paling biasa bagi buasir dalaman atau luaran ialah:

  • Pendarahan ketika buang air besar. Darah ini berwarna merah terang.
  • Rasa sakit ketika membersihkan atau mencuci kawasan dubur.
  • Wujud sebarang ketidak­normalan atau bintil pada dubur.  
  • Sakit dan gatal semasa atau selepas buang air besar. 

Pencegahan

Tiada kaedah khusus untuk mencegah buasir tetapi amalan gaya hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada mengalami masalah ini. Antara cara yang disarankan ialah:

  • Ubah gaya pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber serat iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Adalah lebih baik sekiranya dapat makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. 
  • Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari. Ia bertujuan melembutkan najis supaya ia senang keluar. Pengambilan serat perlu diselaraskan dengan air. 
  • Pelajari cara betul untuk buang air.  
  • Bersenam kerana ia juga boleh bantu mudahkan ke tandas. Senaman mudah seperti berjalan cepat selama 30 minit sehari sudah memadai.
  • Jangan abaikan 'panggilan' untuk buang air besar.  
  • Jangan paksa diri untuk buang air besar.   

    Untuk membantu meringankan dan merawat sembelit dan buasir, anda boleh mencuba SET BUASIR dari SHAKLEE..

    Ostematrix
    ✽✽✽✽✽✽

    ❥ Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR
    ❥ Memberi keselesaan sekiranya mengalami luka di bahagian dubur

    Omega Guard
    ✽✽✽✽✽✽✽

    ❥ Membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak
    ❥ Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir biasanya akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit

    Zinc Complex
    ✽✽✽✽✽✽✽

    ❥ Membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat
    ❥ Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit

     
    Ingin merawat sembelit dan buasir ??


    Hubungi saya:
    ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
    FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
    SMS / WHATSAPP : 011-12181045

Sunday 17 November 2013

Set Gastrik

GASTRIK

Saya dan gastrik, sangat sinonim.. macam kawan baik je gastrik ni.. sentiasa hadir dalam hidup ini..
Gastrik ni ramai yang anggap masalah biasa.. 
"ala.. sakit perut biasa je tu.. pergi makan cepat-cepat.. lepas tu baik la perut tu.."

Sebenarnya tidak semudah itu nak merawat gastrik.. bila asid perut makin bertambah, makanan yang diambil mungkin akan membuatkan sakit itu bertambah teruk.. 

APA ITU GASTRIK ?

Gastrik atau nama perubatannya, gastrisis, merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa). Gastrik ini turut juga digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi, termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 

Lazimnya, inflamasi berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

** Tidak semua kesakitan di bahagian perut disebabkan oleh gastrik, oleh itu pesakit perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menganggap sakit di bahagian perut itu adalah gastrik.




SIMPTOM GASTRIK

  • Sakit pada bahagian atas perut. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas atau minuman berkarbonat
  • Mual dan loya
  • Muntah
  • Kerap sendawa
  • Hilang selera dan perut terasa sebu
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan walaupun makan sedikit
  • Hilang berat badan
  • Pedih ulu hati


PUNCA GASTRIK

  • Merokok
  • Minum minuman berkafein, bergas dan beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Tabiat pemakanan tidak mengikut waktu
  • Tekanan
  • Bahan-bahan kimia seperti non-Steroid Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs)


CARA MENGATASI GASTRIK

  1. Makan secara bijak. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 
  2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  4. Sesetengah buah-buahan juga patut dielakkan oleh pesakit gastrik seperti buah-buahan citrus seperti oren dan lemon dan buah-buahan 'watery fruit' seperti tembikai, tembikai susu dan anggur. 
  5. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Tidur selepas makan hanya mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah-masalah kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
  6. Elakkan minuman berkafein, bergas dan beralkohol.
  7. Berhenti merokok. Asap rokok memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok akan menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  8. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.
  9. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  10. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik.

SHAKLEE & GASTRIK

Untuk membantu merawat gastrik, anda boleh mengamalkan supplement-supplement ini..

ESP (Energizing Soy Protein)
 

 ~ Merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut.

~ Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu dalam membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Ostematrix
 

 ~ Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

~ Bagi sesiapa yang menghadapi masalah alah laktosa pastinya akan semakin sakit perut bila mengambil makanan atau minuman berasaskan tenusu, jadi anda boleh mengambil Ostematrix sebagai makanan tambahan anda.



Peppermint Ginger Plus

~ Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

~ Tablet ini juga boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan air panas untuk dijadikan minuman herba semulajadi.




Ingin merawat gastrik dengan Shaklee ?? 

Hubungi saya:
ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...