Tuesday 31 December 2013

cerita semalam..

tengah2 malam baru saya menjengok ke sini..
hari ni asyik buat 1 kije ni je.. asyik sangat sampai lupa benda lain..
cer teka kije apa yang dok ralit sangat tu..? 

hehe.. kije membalut buku sekolah faris ilman je pun..
tapi nak menyudahkan 8 buku teks dan 7 buku aktiviti tu punya la mencabar..
mencabar dek gangguan budak alisya sofea ni..
masa mama dia nak balut buku, dia pun kalut la nak mintak tape tape..
abis semua tempat dia lekatkan dengan cellotape..
jenuh pulak mama dia nak gi tarik balik tape tape yang melekat ntah mana2 tu.. 

akhirnya sempat siap balut semua buku masa alisya tido..


nak gi daftar faris.. dia pakai baju biasa je.. budak darjah 1 je yang pakai baju sekolah..


ni cerita semalam, 30hb saya gi daftar faris kat sekolah..
2014 ni dia dah masuk darjah 2..
diam tak diam bila anak dah makin besar, baru terasa diri ni dah makin tua..
sebelum ni bukan tak terasa tapi kali ni ramai kawan yang daftarkan anak darjah 1,
tapi anak saya dah darjah 2.. punya la baru nak terasa tua.. hehe..

tua pun tua la janji comel sokmo!! ehh tetiba lak..

kita ni beberapa minit lagi nak masuk ke tahun baru 2014.. 
dah sampai masa nak menutup buku 2013.. 
dan dah sampai masa nak buka buku baru 2014 pulak..

SELAMAT TAHUN BARU 2014 BUAT SEMUA !


Sunday 29 December 2013

Testimoni Omega Guard

Ramai yang berpuas hati dengan Omega Guard ni..
Jom baca testimoni di bawah ni..

 



Friday 27 December 2013

7 Menu Makanan Mengikut Mood


 

Pernah tak rasa teringin sangat nak makan coklat masa anda tengah sedih?
Saya selalu je rasa macam tu.. tiap kali sedih mula la buka peti cari coklat.. selalunya saya rasa lega je bila dah dapat makan coklat tu.. tapi tak pernah terfikir apa-apa pun.. main makan je.. hehe..

Ni bila baca artikel dari Majalah RAPI pasal makanan sebenarnya boleh mempengaruhi mood kita, baru la teringat perkaitan sedih dan coklat tu.. rupanya betul la apa yang saya rasa sebelum ni..

Nak tau tak makanan apa yang mampu mempengaruhi mood kita? Jom baca apa saya kongsi kat bawah ni..

1. Anda sedang berduka

Jika anda sedang berduka, cubalah untuk mengambil makanan yang kaya dengan Omega 3. Tujuannya untuk meningkatkan mood dan mengatasi tekanan. Contohnya ikan, telur, daging merah dan sebagainya. Haaa.. kalau nak tau Omega 3 ni sumber paling baik adalah daripada minyak ikan. Omega Guard Shaklee ni adalah minyak ikan terbaik tau!!

 

2. Anda sedang takut

Takut dan tidak tenang. Ambillah makanan yang kaya dengan folat dan membantu mengatasi perasaan yang tidak tenang. Contoh makanan seperti avokado, sayuran berdaun hijau, asparagus, kekacang dan sebagainya.

 

3. Anda sedang marah

Jangan biarkan emosi marah anda menguasai diri. Lebih baik anda tenangkan diri dengan mengambil makanan yang kaya dengan zink. Contoh makanan seperti daging merah, produk tenusu, makanan laut, kekacang dan gandum. Anda juga boleh mengambil Zinc Complex Shaklee ye.

 

4. Anda sedang jatuh cinta

Hati anda sedang berbunga-bunga dan jatuh cinta. Beberapa makanan yang membuatkan anda semakin ceria adalah makanan yang mengandungi zink, arginine, selenium dan niacin. Contoh makanan seperti biji labu, tiram, coklat, daging kambing, avokado, ikan dan sebagainya. Sekali lagi anda boleh mengambil Zinc Complex dan juga vitamin E. Vitamin E ni adalah vitamin cinta, sangat baik untuk pasangan suami isteri.

 

5. Anda kurang keyakinan

Menurut penelitian di McGill University Monteral, anda boleh mengambil makanan yang kaya dengan tryptophan untuk mengatasi masalah kurang percaya pada diri. Ambillah makanan seperti daging ayam dan ikan (tuna dan salmon).

 

6. Anda sedang bersedih

Ketika dalam kesedihan, coklat boleh membantu mengatasi kesedihan dan mengembalikan mood anda. Coklat mengandungi bahan kimia yang meningkatkan mood dan membuatkan anda bahagia.

 

7. Anda sedang cemas

Saat ini adalah lebih baik anda tidak mengambil kopi. Gantikan dengan teh herba yang jauh memberi ketenangan, membuatkan anda rileks dan meredakan kegugupan.

 

Sekarang ni anda dah tau makanan apa yang diperlukan masa tengah sedih, takut, marah, berduka dan lain-lain lagi.. jadi senang la kan masa mood ala-ala ke arah negatif je cepat-cepat ambil makanan yang boleh ubah mood kita ke arah positif.. kalau nak tau betul ke tak semua ni, apa kata anda cuba sendiri ye.. GooD LucK !!


Wednesday 25 December 2013

Jom Pilih Shaklee !!

PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee..
Anda boleh la berkunjung ke kedai vitamin saya, Cinta Vitamin Semula Jadi 
Kedai vitamin ni dibuka 24 jam sehari, 365 hari setahun..

Anda dijemput untuk window shopping kat sana.. intai-intai kat sana..
Mana la tau kot-kot nanti hati dah berminat nak dapatkan produk Shaklee..
Boleh la terus pm saya di facebook saya atau di facebook Cinta Vitamin Semula Jadi..
Atau boleh juga SMS/Whatsapp ke 019-9864611

In shaa Allah saya akan bantu untuk dapatkan supplement untuk anda dengan harga istimewa..
Anda juga boleh hubungi saya untuk rundingan dan cadangan vitamin yang sesuai mengikut keperluan anda..
Penghantaran disediakan ke seluruh Malaysia & juga ke luar negara..



SIHAT & CANTIK DENGAN SHAKLEE..
JOM PILIH SHAKLEE !!



Tuesday 24 December 2013

Vitalea, multivitamin & multimineral terbaik

Pernah tak anda berada dalam situasi ini..
" arghhh malasnya nak makan banyak-banyak vitamin.."
" saya selalu terlupa nak makan vitamin ni, vitamin tu.." 
" ada ke vitamin semua dalam 1?.."

Haaa.. saya pun sebenarnya kadang-kadang tu ada jugak dok alami keadaan macam tu..
bila dah malas nak makan banyak vitamin campur dengan selalu lupa nak makan,
saya nak jalan senang.. hehe.. nak ambil je vitamin semua dalam 1.. 
apa lagi kan kalau bukan Vita-Lea..

Apa sebenarnya Vita-Lea ?
  • Vita-Lea merupakan KILLER PRODUCT OF SHAKLEE. Vita-Lea adalah multivitamin dan mutimineral yang dilengkapi dengan iron yang sangat penting untuk pembentukan darah dan sel.
  • Mengambil 2 biji Vita-Lea bersamaan dengan mengambil 40 jenis hidangan lauk. Ini bermakna, untuk mendapatkan zat yang sama banyak dalam 2 biji Vita-Lea, ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk.
  • Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yang sihat dan yang menjaga pemakanan seimbang.  Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan Vita-Lea.  Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin dan 7 galian utama yang banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Khasiat Utama Vita-Lea Shaklee
  • Sebagai penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
  • Sebagai pelengkap nutrisi. Kita sering kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anemia.
  • Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh. Ia menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
  • Melindungi organ seperti buah pinggang, jantung dan hati.

Fakta Nutrisi Di Dalam Vita-Lea Shaklee 

Vitamin A :
- Kesihatan mata, kulit, gusi, gigi dan rambut yang sihat. Vitamin A bersifat anti-oksida dan dapat membantu melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, menguatkan kerangka tulang, baik untuk sistem respiratori dan juga baik untuk sistem imun.


Vitamin B1 :
- Menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah.
 
Vitamin B2 :
- Menukarkan makanan kepada tenaga, membantu masalah anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut dan kekejangan.
 
Vitamin B3 :
- Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B5 :
- Meredakan tekanan, memberi kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka.
 

Vitamin B6 :
- Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia.

Vitamin B12 :
- Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, membantu meningkatkan selera makan, baik unutk tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun. 

Asid Folik : 
- Baik untuk kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.

Biotin :
- Membantu vitamin B-Complex berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.

Vitamin C :
- Bersifat anti-oksida dan membantu melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit, mempercepatkan penyembuhan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah. 
 
Vitamin D :
- Membantu kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.


Vitamin E :
- Bersifat anti-oksida dan membantu melawan kanser. Vitamin E sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah, mencegah darah beku, mencegah sakit jantung, katarak, atritis dan baik untuk sistem produktif lelaki. Selain itu Vitamin E cukup sinonim untuk kecantikan kulit seperti untuk mendapatkan kepejalan kulit, kulit berseri-seri, membantu mengatasi masalah muka berminyak dan mengurangkan kesan parut.


Kalsium : 
- Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut.

Fosforus :
- Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia.


Iodin :
- Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
 

Zat besi : 
- Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
 

Magnesium :
- Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman.

Kuprum :
- Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.
 
Zink :
- Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.




Untuk info lanjut boleh klik di sini, Vita-Lea.

Berminat untuk mendapatkan Vita-Lea ? Jom, hubungi saya..


Pengedar Shaklee Anda,  
Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045




Sunday 22 December 2013

Cantik dan Kurus dengan ESP

Wanita dan kecantikan memang sangat sinonim. Semua wanita mempunyai impian untuk memiliki wajah yang cantik berseri, kulit yang halus mulus, tubuh yang langsing serta badan yang sihat bertenaga.

Dengan mengamalkan ESP secara konsisten, sebenarnya mereka sudah mampu untuk memenuhi semua impian itu..

Apa istimewanya ESP Shaklee ni ??

  • ESP hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), di mana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini adalah untuk memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses. 
  • ESP mengandungi 22 asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk protein soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. 
  •  ESP diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.
  • ESP adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol, tanpa laktosa dan mudah diserap oleh badan.
  • ESP tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Apa manfaat ESP Shaklee ??

  ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
  ESP berupaya menghilangkan parut jerawat di muka. Parut terjadi akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
  ESP memberikan rasa kenyang yang lama dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih.
  ESP berupaya menganjalkan semula payudara yang kendur.
  ESP berupaya mengurangkan ekzema dan masalah kulit.
  Bagi ibu hamil, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum.
  Bagi ibu yang menyusukan bayi, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih banyak & merupakan milkbooster yang hebat.
  ESP juga membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY !

Di mana jika anda mengambil produk soya GMO, anda terdedah dengan TOKSIK, ALAHAN & risiko untuk dapat KANSER! 


Berminat untuk mendapatkan ESP Shaklee ?
Jom, hubungi saya..

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 019-9864611



Saturday 21 December 2013

Vitamin pertama saya

Kalau ditanya.. vitamin apa yang selalu mak ayah kita bagi pada kita masa kecil-kecil dulu..
Mesti ramai yang jawab vitamin C kan..
Saya sendiri pun vitamin pertama yang saya tau adalah vitamin C la..
Saya selalu je makan vitamin C masa kecil-kecil dulu..
Kata mak, tak nak bagi saya selsema dan jatuh sakit..

Rasanya kebanyakan dari kita ni kalau ditanya vitamin pertama yang kita tau dan makan, mesti jawab vitamin C jugak kan..
Jarang kita dengar orang jawab vitamin pertama mereka vitamin A atau B atau D atau E.. jauh sekali vitamin K.. hehe maklum la vitamin K kurang femes berbanding vitamin lain kan.. rasanya la..
Kalau tahu kewujudan vitamin K pun mungkin masa subjek biologi atau sains kan.. hehe..




Kalau student lak, lagi-lagi yang selalu buat cikgu pening kepala sebab peel yang pelik-pelik dan selalu tak buat kije rumah, sambil-sambil marahkan student tu cikgu mesti cakap..
"awak ni dah terlebih sangat vitamin M !!"
Haaa.. ni vitamin baru ni.. baru wujud je sedekad dua ni..
Untuk pengetahuan semua.. walaupun vitamin M ni sangat semulajadi tapi ia tiada di Shaklee ye..
Haaa.. vitamin M ni sebenarnya vitamin MALAS !!
Saya sendiri pun selalu je produce vitamin M ni..
Vitamin M ni bahaya, kalau terlebih memakan diri tau..
So sape-sape yang terlebih vitamin M ni perlu la melawan rasa skit..

Melalut pulak malam-malam ni..
Sebenarnya saya ni tengah terlebih vitamin M ni..
Ntah la sejak beberapa hari ni rasa semacam je..
Mungkin jugak gangguan hormon.. biasa la pompuan kan.. huhu..



Friday 20 December 2013

Set Kesihatan Jantung

Jantung merupakan organ terpenting dalam badan kita. Ia mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke semua sel dalam badan. Jantung adalah organ yang paling kuat bekerja dan tak pernah berhenti walaupun sesaat. Ia tidak pernah letih dan tak pernah berehat. Pernahkah terfikir, bagaimana kalau jantung kita rasa penat dan berhenti rehat seketika, apa agaknya yang terjadi?

Maknanya tak ada la kita tengah baca post ini sekarang!

Jantung ni sangat berjasa pada kita. Walaupun saiznya cuma sebesar penumbuk tangan kita tapi tugasnya berat setiap hari. 
  • Jantung dapat mengepam darah ke semua sel dalam masa kurang seminit.  
  • Dalam sehari, ia membabitkan perjalanan 7570 liter darah sejauh 96560 kilometer salur darah yang berada di semua organ dalam badan.  
  • Secara purata, jantung berdenyut pada kadar 70 denyutan seminit, menjadikan lebih 100,000 kali sehari dan 36 juta kali setahun.  
  • Jika seseorang itu berumur 70 tahun, jantungnya berdenyut sebanyak 2.5 bilion kali.



Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

Bercerita mengenai jantung, dianggarkan setiap tahun satu pertiga penduduk dunia atau kira-kira 17 juta orang mati kerana masalah jantung. Manakala di Malaysia, penyakit jantung merupakan pembunuh No.1 mendahului penyakit kanser!

Takutkan bila mendengarnya. Sebab itulah jantung harus dijaga dengan baik. Jantung akan mengalami gangguan dan tidak dapat berfungsi dengan baik apabila terdapat gangguan bekalan oksigen ke jantung. Antara tanda-tanda atau gejala penyakit jantung ialah:
  • sering keletihan terlampau
  • sakit-sakit dan terasa ngilu di bahagian jantung
  • mudah berpeluh (tangan atau tubuh) walau pun tanpa melakukan aktiviti
  • loya dan mual
  • sesak nafas
  • sukar tidur/insomnia
  • rasa cemas berlebihan

Majoriti pakar kesihatan mencadangkan gejala ini boleh dicegah dengan mengamalkan: 
  • gaya hidup sihat
  • diet seimbang
  • senaman secara teratur
  • tidak merokok
  • memiliki berat badan ideal
  • mengambil supplement yang berkualiti
 
Supplement untuk kesihatan jantung adalah: 


  • CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ianya kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. 
  • CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolestrol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. 
  • Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi pengambilan supplement CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting dalam tubuh. 


  • Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Dacosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA). 
  • Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolestrol baik), mengurangkan plak-plak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. 
  • Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. 
  • Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau supplement.


Berminat untuk mendapatkan Set Kesihatan Jantung dari Shaklee?
Jom hubungi saya..


Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045




Tuesday 17 December 2013

Mudahnya Menjemput Rezeki

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua..
Semoga setiap urusan kita pada hari ini dipermudahkan oleh Allah SWT.. In shaa Allah..
 

Kawan-kawan pernah tahu tak pasal 1 buku ni..
Tengah famous sekarang ni.. buku ni namanya ~ MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI



Saya ada membaca buku ini..
Sejak baca buku ini, saya dapat rasakan hati makin tenang, sentiasa berlapang dada dan sangat berserah diri pada Allah SWT..
Banyak lagi rasa positif dalam diri ni.. motivasi, kata-kata nasihat dan huraian yang senang faham dan straight to the point disamping contoh-contoh yang diutarakan, buatkan saya makin faham apa sebenarnya yang 'jiwa' saya benar-benar perlukan..

" Amalkan semua yang diajar dengan iman yang penuh yakin bahawa tiada yang dapat  memberikan kita rezeki melainkan Allah SWT.."
" Buat banyak-banyak apa yang Allah SWT suka, nescaya mudah-mudah saja Allah SWT beri apa yang kita suka.."
" Susahkan diri untuk buat apa yang Allah SWT suka, nescaya mudah-mudah saja Allah SWT beri apa yang kita suka.."
 


Di Shaklee, kami juga diajar untuk mempraktikkan ilmu-ilmu dan amalan rohani yang dikongsikan dari buku ini..
Jika ada yang berminat nak sertai Shaklee bersama saya, boleh hubungi saya ye..
In shaa Allah kita bersama-sama berusaha menjadi yang lebih baik & terbaik.. In shaa Allah..

Mudahnya Menjemput Rezeki,
Atirah Khalim, Shaklee Independent Distributor [934399]
Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Blog : http://ilmansofea.blogspot.com/
SMS/Whatsapp : 011-12181045019-9864611





Monday 16 December 2013

Cara makan Omega Guard bagi kanak-kanak

Omega Guard adalah salah satu daripada supplement yang disyorkan untuk anak-anak kita. Ibu bapa boleh mula memberikan Omega Guard kepada anak-anak seawal usia mereka setahun dengan dos minimum iaitu sebiji sehari tanpa perlu mengambilnya setiap hari. 

 

Kenapa ibu bapa perlu pilih Omega Guard?


Omega Guard adalah minyak ikan terbaik di dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang tersangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega 3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya. Sebab itulah Omega Guard digelar minyak ikan terbaik di dunia. 

Apakah kelebihan Omega Guard kepada anak-anak kita?

  1. Meningkatkan kesihatan dan sistem imun tubuh anak - sangat baik untuk anak yang sering selsema, demam & cerewet dalam pemakanan
  2. Meningkatkan kesihatan sistem kardiovascular
  3. DHA dan EPA membantu perkembangan minda anak
  4. Memberikan daya fokus yang tinggi dalam pembelajaran
  5. Meningkatkan tahap memori anak
  6. Membantu merawat ekzema 
  7. Disyorkan untuk kanak-kanak hyperactive dan autisme

Cara bagi anak makan Omega Guard?


Omega Guard Shaklee ni dalam bentuk softgel, cukup senang untuk anak-anak makan. Bila masuk ke dalam mulut, ia mudah cair. In shaa Allah tidak akan terjadi masalah anak tercekik.

  • Bagi anak-anak kecik yang masih belum pandai mengunyah, ibu bapa bolehlah cucukkan lubang atau boleh potong/pecahkan Omega Guard dan picitkan/letakkan di sudu dan kemudian suapkan ke dalam mulut anak. Ibu bapa juga boleh campurkan Omega Guard ke dalam makanan dan minuman anak.
  • Jika anak sudah pandai mengunyah, berikan sahaja anak kunyah sendiri, senang je kan. Namun begitu pengawasan dari ibu bapa masih diperlukan.


Sekarang, lebih kurang 2 minggu lagi sesi persekolahan tahun 2014 akan bermula..
Jom dapatkan Omega Guard buat persediaan anak-anak masuk tadika dan sekolah.. tak ketinggalan juga buat anak-anak remaja yang berada di IPT.. minyak ikan Omega Guard ni sangat baik untuk mereka juga..

Jom, tambahkan supplement minyak ikan ini dalam menu harian anak-anak & seisi keluarga.. 
Omega Guard boleh diambil seawal ibu ketika hamil untuk disalurkan khasiat pada bayi di dalam kandungan sampai lah pada atok nenek juga boleh ambil..
Jimat dan sangat berbaloi-baloi kan..


Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045019-9864611




Sunday 15 December 2013

Omega 3 untuk ibu hamil

Seperti yang kita semua sedia maklum, ibu hamil memerlukan vitamin tambahan bagi memastikan diri ibu dan bayi di dalam kandungan sentiasa dalam keadaan sihat.

Antara nutrisi penting yang perlu diambil ibu hamil ialah Omega 3. Omega 3 memainkan peranan yang besar dalam perkembangan dan pembesaran bayi di dalam kandungan. Omega 3 membantu:
  • membina sel otak bayi
  • membentuk retina mata bayi
  • membina sistem saraf bayi
  • mengurangkan risiko alahan pada bayi

Omega 3 juga baik buat ibu mengandung di mana ia membantu:
  • mengurangkan kebarangkalian mendapat pra-eclampsia
  • mengurangkan peluang mendapat kelahiran pra-matang
  •  mengurangkan risiko mendapat kemurungan selepas bersalin



DHA didapati di dalam Omega 3. DHA adalah asid lemak perlu yang dijumpai dalam badan kita terutama pada otak. DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum bayi dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA. Atas sebab ini, pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu hamil dan ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Jika berminat untuk mendapatkan Omega Guard, boleh hubungi saya ye..

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045019-9864611



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...