Sunday, 13 April 2014

jiwa kacau ~

assalamualaikum..

hari ni saya tak nak bercerita mengenai shaklee atau pasal cerita yang menarik..
di hati di jiwa saya sekarang kurang tenang.. sedikit kacau..
beberapa hari ini ada saje masalah yang berlaku..
saya cuba untuk bertenang..
Allah menguji saya buat masa ini..
Allah datangkan seorang kawan yang men'cuit' jiwa saya yang sebelum ini sentiasa tenang..
dia datang dan men'cuit' jiwa saya dengan cara yang saya tak senang..
mempertikaikan semua yang saya buat..
menyalahkan saya tanpa sebab..
sungguh hati dan jiwa saya diganggu dengan insan berhati kering..
maafkan saya mengganggu kawan2 pembaca dengan sesuatu yang tak menarik ini..
saya cuma mahu menarik nafas dalam2..
ingin meleraikan semua yang kusut..
semoga ketenangan jiwa hadir di esok hari..
insyaAllah :)

 hati akan tenang bila sentiasa ingatkan Allah kan :)


rasa tenang je tengok gambar ni.. 
** jumpa kat internet tapi nak share jugak sebab masa kita tak tenang ni.. sesekali terjumpa gambar menenangkan jiwa ni harus la share kan :)



Friday, 11 April 2014

boleh kurus ke dengan shaklee ??

semua orang inginkan tubuh badan yang cantik..
mereka inginkan tubuh yang kurus, mereka tak nak gemuk..
seelok-eloknya nakkan berat badan yang ideal..
kalau nak tau ideal ke tak, kena la kira BMI kan..
secara umumnya BMI yang normal adalah sekitar 19-23kg/m2..

ada yang inginkan badan yang kurus dan langsing kerana mahu dipandang cantik..
ada juga yang ingin turunkan berat badan kerana ingin sihat..
mereka ingin elakkan penyakit jantung, kencing manis dan macam-macam komplikasi lagi..
tak kira la apa sebab anda, target untuk kurus harus la dicapai..

di shaklee kami ada jawapan untuk mereka yang berhajat untuk kurus ini..
dari set yang asas hinggalah set yang lengkap untuk turunkan berat badan..

SET KURUS ASAS
1. lecithin
2. alfalfa

 

SET KURUS LENGKAP **
1. lecithin
2. omega guard
3. alfalfa
4. herblax
5. ESP
6. cinch shake

wow !! boleh tahan banyak kan..
confirm boleh kurus ke ??

insyaAllah pasti boleh dengan mematuhi syarat-syarat berikut:
makan vitamin ikut dos dan aturan
minum air secukupnya
senaman yang berterusan sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali sebanyak 3 kali seminggu
kurangkan pengambilan high calories diet
kurangkan pengambilan makanan manis
banyakkan high fiber diet
dapatkan rehat yang cukup
mengatur makanan ikut jadual (sedikit tetapi kerap)

insyaAllah, pasti boleh !! :)

ramai dah berjaya disebabkan mereka berdisiplin dan bersungguh-sungguh..
tak boleh mengharapkan supplement semata-mata tanpa usaha dari diri anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat..

kalau tanya saya, bolehkah kurus dengan shaklee ??
YA, BOLEH !! PASTI BOLEH !!

** notakaki: supplement set kurus lengkap tu tak semestinya amik kesemuanya..
boleh hubungi saya dan kita bincang-bincang mana yang sesuai dengan diri anda dan kewangan anda :)

kalau berminat boleh hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611

COD : sekitar UMT, Unisza, Gong Badak, Batu 6 dan sekitarnya..
kalau yang jauh-jauh, saya hantar melalui pos ye :)




Wednesday, 9 April 2014

Masker ESP Shaklee

ESP Shaklee ni bukan sahaja bagus untuk diminum..
ia juga sangat bagus untuk dijadikan masker..
cuma tepek-tepek je kat muka, hasilnya memang umppphh la..
lembut-lembut kulit kat muka nanti.. suka kan..
orang pompuan ni memang suka sangat kan kalau bab cantik-cantik ni..
orang laki pun kalau nak wat masker ESP sangat-sangat la dialu-alukan..

jom kita tengok cara nak buat masker ESP ni..
tak de la main tepek powder ESP tu kat muka.. tak melekat la jawabnya..
kalau nak bancuh dengan air putih pun ok cuma kurang la hasilnya..
nak hasil yang bagus, kita boleh guna yogurt..
tentulah yang perisa asli ye.. tak pernah lagi try yang strawberi..
hihi kalau yang tu tengah-tengah bermasker mahunya semut pun ikut sama.. hihi..

ok cara-cara bermasker ni amat la senang..
sape-sape pun boleh buat, silap-silap anak kecik pun boleh buat..

ini cara-cara nak buat masker ESP ye..
  •  gunakan secawan yogurt perisa asli sebagai base masker
  •  tambahkan sesudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga rata
  •  ratakan di kawasan seluruh muka kecuali di kawasan mata
  •  biarkan 10-15 minit sehingga kering
  •  akhir sekali bilas bersih.. senangkan..


 
manfaat protein ESP pada kulit wajah..
  • menghilangkan kesan jeragat 
  • menghilangkan noda hitam bekas jerawat 
  • mengatasi wajah yang berminyak 
  • mengatasi kulit kering 
  • melembapkan dan menghaluskan kulit 
  • mengecilkan pori-pori 
  • mencerahkan wajah 

manfaat yogurt sebagai base masker..
  • membantu melembapkan kulit dan melicinkan kulit
  • melegakan untuk kulit terbakar

 jom kita tengok testimoni pula..
 

untuk anak-anak yang sedang membesar pun elok kalau mama dia rajin nak tolong buatkan..


sebenarnya masker ni bukan sahaja elok dipakai di muka..
ada satu lagi tempat yang elok tau..
segan la pulak.. ni untuk orang pompuan je ye..
anda boleh sapukan masker ni di sekeliling cik p***dara..
nanti dapat la hasil yang mengagumkan dan tegang.. opppsss.. hihi nanti cuba la ye..

ok pada sesiapa yang berminat nak dapatkan ESP, boleh dapatkan dari saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 019-9864611




Monday, 7 April 2014

Mengapa perlu detoks?

hari ini saya 'terserempak' dengan keratan majalah ini..
tajuknya menarik iaitu "sebab utama PERUT BUNCIT"


saya pasti sesiapa pun akan berminat nak ambil tahu kan apa sebabnya?
ok kat sini dia bagitau berat badan naik disebabkan bahan buangan yang terkumpul di dalam usus besar..

difikir-fikir secara logiknya untuk mengatasi masalah ini salah satu caranya dengan buangkan aje bahan buangan tu..
buat apa nak simpan lama-lama kan, nanti ia akan mengganggu penyerapan zat dan nutrient lain pulak..
supplement yang diambil akan kurang berkesan dek bahan buangan yang bertimbun-timbun ini..
jadi elok la buang dulu bahan buangan tu..
kasi clear semuanya baru la apa-apa supplement yg kita ambil boleh diserap secara optimum..


nampak macam mudah je tapi bagi sesetengah orang, proses pembuangan atau detoksifikasi ni agak sukar..
ada orang yang tak mampu membuang secara semula jadi dari tubuh mereka, jadi mereka memerlukan bantuan supplement untuk memudahkan proses detoks ini..

apakah supplement yang dicadangkan untuk detoks ini?

                                                                        HerbLax
                                                                  Alfalfa Complex 



jika anda yang berminat untuk mendapatkan 2 supplement ini, jangan segan-segan utk hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
E-mail : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611


Sunday, 6 April 2014

Keistimewaan Ostematrix

Hari ni saya nak bercerita mengenai Ostematrix..
Maklum la April ni kan bulan Ostematrix..
Mungkin ada yang belum tahu apa itu Ostematrix..
Ostematrix sebenarnya adalah pil kalsium dari Shaklee..

Kalau ditanya pada saya, apa pil kalsium terbaik di pasaran?
Pastinya jawapan saya adalah Ostematrix..
Jawapan ini bukan disebabkan saya ahli Shaklee tapi sebab saya dah merasa segala kebaikan dari Ostematrix ini..
Sangat berbeza dengan pil-pil kalsium yang pernah saya ambil sebelum ni..
Kalau pil kalsium lain, ia semata-mata memenuhi keperluan kalsium harian saya..
Tapi Ostematrix memberi lebih dari itu, sebab itu la tagline Ostematrix ni ~ Lebih Daripada Sekadar Kalsium..
Kalau nak faham, kena la baca perkongsian saya mengenai Ostematrix ni..




KENAPA OSTEMATRIX PIL KALSIUM TERBAIK?

  • Ini kerana Ostematrix Shaklee formulanya unik. 
  • Ia mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D, boron, mangan, kuprum dan zinc.
  • Semua nutrien di atas sangat perlu dalam suatu tablet kalsium bagi memastikan penyerapannya 99% dalam badan kita dan menghalang endapan sesetengah mineral. 
  • Kebanyakkan kalsium di pasaran tidak menepati kandungan di atas, kerana itulah bila anda mengambil Ostematrix Shaklee, anda akan dapat merasa kesan yang sangat cepat dan menakjubkan!  

APAKAH KANDUNGAN OSTEMATRIX?

  • 1000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Ostematrix merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan. Untuk kesan terbaik, anda disarankan untuk ambil 4 biji sehari beserta makanan.



APA KELEBIHAN OSTEMATRIX?  
  • Ostematrix dilengkapi dengan unsur kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium sahaja tidak mencukupi.
  • Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi  magnesium, vitamin D, boron, mangan, kuprum dan zinc.
  • Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.


SIAPA YANG PERLUKAN OSTEMATRIX?

  • Mereka yang mengalami sakit pinggang, sakit belakang, sakit lutut dan sendi.
  • Mereka yang sering mengalami kebas kaki / tangan terutamanya pada waktu malam.
  • Mereka yang sering kejang-kejang kaki.
  • Mereka yang ada masalah sembelit atau pembuangan kurang lancar.
  • Wanita yang mengamalkan perancang keluarga seperti Depo Provera dan Implanon yang diketahui kesan dari kaedah ini boleh mengurangkan ketumpatan jisim tulang.
  • Ibu-ibu mengandung terutamanya yang sering mengalami kebas dan kekejangan kaki.
  • Ibu-ibu menyusu yang sememangnya memerlukan jumlah kalsium yang tinggi. 
  • Mereka yang sering keletihan dan kerap outstation, di mana kalsium membantu mengurangkan keletihan. 
  • Mereka yang tidak suka minum susu atau alah laktosa.
  • Penghidap gastrik.
 

APAKAH MANFAAT OSTEMATRIX?

  • Menguatkan tulang, kuku, gigi dan sistem saraf. 
  • Ia juga boleh membantu merawat tulang retak, kuku rapuh, eczema, kekejangan dan gusi berdarah. 
  • Membantu mengatasi kekejangan dan kebas-kebas. Pengambilan Ostematrix sebelum tidur dapat membantu mengurangkan kebas-kebas, kejang, sakit sendi dan juga artristis. 
  • Mengurangkan stress, di mana Ostematrix membantu mengimbangi tekanan darah, menenangkan saraf, menggalakkan tidur lena dan membantu mood swing serta sakit kepala. 
  • Mengurangkan masalah haid. Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak, ia akan meringankan sakit semasa waktu haid dan membantu pembuangan air kecil. 
  • Membantu mengurangkan hiperaktiviti perut dan masalah gastrik. 
  • Membantu atlet sukan, membekalkan kalsium dan mineral penting dalam tubuh. Justeru, pergerakan dan aktiviti lasak dapat dilakukan dengan selesa dan mudah.

Jom dapatkan Ostematrix anda hari ini!


Pengedar Shaklee Anda,
E-mail : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611


 

Friday, 4 April 2014

mandi-manda kat pantai cendering

hari ni hari jumaat, hari cuti di terengganu..
dah lama kami sekeluarga tak ke pantai..
petang tadi saya ajak la suami gi pantai..
nak bagi anak2 mandi pantai..
rasanya tahun 2009 dulu kot kali terakhir faris mandi pantai..
lepas tu dah tak pernah basahkan badan dengan air laut, setakat kuis2 ombak je..
alisya pulak tak pernah lagi mandi pantai sampai2 umur dia 3 tahun ni..

tapi saya tak bagitau anak pun pasal nak mandi ni, saya siapkan beg baju tanpa anak2 sedar..
saya cuma bagitau gi pantai semata2 nak main pasir je..
hihi.. saje nak tengok reaksi anak macam mana..

sampai2 kat pantai.. faris hepi betul dapat main pasir..
saya tanya " faris tak nak main air ke? "
faris jawab " mama kata main pasir je, lagipun faris tak bawak baju "
saya bagitau " gi la mandi, mama bawak baju lebih.."
faris punya la hepi.. terus berlari ke pantai sambil menjerit " timaaaaa kasiiihhhh mama.."
suka betul tengok dia, tengah seronok pun sempat ucap tima kasih :)

alisya pulak mula2 takut.. maklum la sekali sekala kakinya sentuh air laut sebelum ni..
haha bila sekali dah jatuh dalam air, mungkin dah rasa seronok kot..
hilang terus takutnya.. jadi terlebih berani pulak dah.. naik risau mama dia..
saya mintak suami awasi betul2 anak2 mandi..
saya pulak dok bagi arahan je, " jangan gi jauh !! jangan gi tengah !! "
maklum la saya ni aquaphobia.. huhuhu takut air..
sebab ada experience hampir lemas masa kecik2 dulu..

tadi pun mula2 kaki kena ombak rasa dah pening skit..
rasa macam nak jatuh ke air.. pelik betul la kalau dah takut air, macam2 rasa keluar..

tak nak cite panjang2.. jom intai2 gambar kat pantai petang tadi..
ooohh lupa nak bagitau pantai ni lokasi dia kat cendering..
mmmm tak tau nama pantai tapi kita panggil pantai cendering la lagi senang..
pantainya landai.. sesuai la kalau anak2 kecik nak mandi tu..
ombak pun ala2 manja je (^__^)

acara pertama mesti la main pasir


terjumpa umang-umang yang masih hidup


 cantik pulak posingnya


 mama setakat bergambar je, mandinya idak la ye..


 berenang puas2 la ni


 suka tengok alisya masa ni


papa betul2 awasi anak2 mandi, dapat A+
sebenarnya papa pun tumpang sekaki tu (^_^)




Tuesday, 1 April 2014

Saya Suka Ostematrix Saya :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah bulan April ni bulan promo Ostematrix..
So seperti biasa, jika anda beli 6 botol Oste (nama manja Ostematrix ye), anda akan dapat percuma 1 botol Oste lagi..
1 botol Oste ni bertahan untuk 1 bulan kiranya anda ambil 4 biji sehari..
Kalau ambil kurang, maka lambat la abisnya kan..
Tapi dinasihatkan untuk ambil 4 biji sehari supaya memenuhi keperluan kalsium anda setiap hari..

Cara makannya pula disyorkan untuk ambil 2 biji siang hari dan 2 biji malam hari..
Ada juga yang ambil 4 biji sekaligus sebelum tidur..
Tak salah cuma kalau ambil cara tu pastikan minum air putih banyak ye..
Ingat minum banyak tau sebab tak nak la bebankan buah pinggang kita nanti..
Kita tengah tidur, buah pinggang pulak tengah bekerja nak proses, cian pulak kat buah pinggang kita tu..
Tubuh kita, kena la pandai-pandai jaga ye.. 

Ok, pada saya Oste ni memang sangat best..
Oste ni adalah supplement pertama saya beli lepas jadi ahli Shaklee..
Sebab awal-awal dulu pun saya memang mencari-cari supplement yang semula jadi..
Tak mau yang sintetik, nak yang selamat je..

So bila Shaklee ada kalsium yang bernama Ostematrix ni, cepat-cepat saya beli..
Alhamdulillah puas hati sangat-sangat.. best betul..
Masa tu saya menderita sakit belakang.. saya ada terbaca ini mungkin disebabkan effect suntikan depo provera dan implanon yang saya guna.. depo tu dari tahun 2006-2009 dan implanon pula dari tahun 2011-2013..
Dari bacaan semua ni boleh sebabkan kehilangan ketumpatan jisim tulang..
Sakit, sakit dan sakit.. belakang badan asyik sakit..

Tapi alhamdulillah lepas ambil Ostematrix sangat-sangat membantu..
Antara lain yang best dengan Oste ni kalau ambil sebelum tidur, selalunya tidur malam memang lena..
Bangun pagi esoknya rasa bertenaga, mata membulat je..
Antara lain, urusan dalam toilet pun lancar je, lawas je..

Bestkan Oste ni.. sebab tu la bagi saya Oste ni bukan sekadar kalsium je tau..
Lain benar dengan pil-pil kalsium lain yang pernah saya ambil..
Saya ni alah laktosa, so cara ambil supplement seperti Oste ni memang pilihan saya untuk dapatkan sumber kalisum..
Dah memang tak leh minum susu kan..
Memang best Oste ni lagi-lagi bagi orang gastrik macam saya..
Perut selalu berasid, bila ambil Oste memang lega kerana Oste ni bersifat alkali..
Oste boleh neutralkan balik keasidan perut saya..

Fuuhhh panjang lebar, senang cerita Ostematrix ni memang pilihan kalsium terbaik saya..
Baik untuk saya, baik untuk tulang dan sendi, baik untuk perut, baik juga untuk tekak sebab saiz Oste ni kecik je, senang telan.. hihi.. kan best tu..

So sape-sape yang nak merasa juga apa yang bestnya Ostematrix ni, jom la hubungi saya..
InsyaAllah tak menyesal, malahan berpuas hati..
Orang kata tak cuba tak tau, dah cuba jatuh cinta la nanti..
Bulan ni beli 6 botol Ostematrix dapat 1 botol free.. best kan..
Tahan untuk 7 bulan :)




Pengedar Shaklee Anda,
E-mail : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...