Sunday, 16 February 2014

Vitamin yang saya ambil setiap hari..

saya adalah pengedar produk Shaklee..
sudah pasti saya pernah ditanya.. vitamin apa yang saya ambil setiap hari..
maklum la kan dah namanya pengedar, selalu je ada antara customer dan kawan2 yang tanya kan soalan macam tu pada saya..

ok untuk pengetahuan semua, saya ni tak ada la setiap hari ambil semua vitamin atau makanan tambahan ni.. saya ambil yang tertentu sahaja, yang saya perlu sahaja..
ok bermula dari pagi.. selalunya selepas breakfast saya akan ambil:
  • 1 biji vitamin B Complex (sebabnya saya ni kadang2 cepat stress jadi vitamin B ni sangat membantu)
  • 1 biji vitamin C (vitamin ni memang wajib ambil, untuk kesihatan dan untuk kulit)
  • 1 biji vitamin E atau CoQ Health Plus (untuk kulit juga & untuk peredaran darah)

 ~ vitamin C, vitamin B Complex & vitamin E ~


lebih kurang pukul 9 pagi camtu, masa tengah kemas2 rumah, saya selalu ambil 2 biji Ostematrix.. yang ni memang saya tak boleh tinggal.. saya ni alah laktosa jadi memang tak de nya nak minum2 susu macam orang lain.. karang kan ada la yang terguling2 merana perut memulas2 nanti..
so saya memang mewajibkan diri saya untuk ambil kalsium dari jenis tablet setiap hari.. pilihan saya mesti la Ostematrix.. memang best Oste ni.. menjadi betul dengan saya.. haaaa kalau nak tau Oste ni adalah produk pertama saya beli dari Shaklee..

sambung cerita, kalau hari tu saya sakit2 lutut saya akan top-up dengan 1 atau 2 biji AJHT (Advanced Joint Health Tablet).. kalau tak, Ostematrix dah cukup bagi saya.. semenjak ambil AJHT ni, alhamdulillah ok je sakit2 lutut saya ni.. sebab tu la AJHT ni sangat jimat sebab tak perlu ambil selalu..

selalunya kalau pagi dah ambil CoQ Health Plus, saya dah tak ambil VitaLea sebab CoQ tu dah bagi tenaga pada saya.. tapi kalau tak ambil lagi, contohnya kalau pagi ambil vitamin E, baru la saya ambil VitaLea.. suami saya pulak suka betul VitaLea ni.. dia kata senang sebab vitamin ni all in one, maklum la multivitamin & multimineral kan.. semua zat ada kat dalam VitaLea.. VitaLea ni vitamin yang wajib suami saya ambil setiap hari..

selepas makan tengah hari saya ambil:
  • 3 biji Lecithin (kata nak kuruskan..)
  • kalau ada Omega Guard saya akan ambil 1 biji setiap selepas waktu makan utama, sekarang Omega Guard abis kat rumah.. order nanti2 ye (^__^)
  • orang tanya kenapa saya tak ambil Alfalfa, ye la kan dah kata nak kurus.. saya sebenarnya antara golongan yang dinasihatkan tidak mengambil Alfalfa sebab ada masalah auto-immune.. sedih kan.. tapi tak pe, tak leh Alfalfa banyak lagi supplement lain yang boleh cover kan..

selepas makan malam pula saya ambil:
  • 3 biji Lecithin
  • 1 biji GLA

sebelum tidur pula saya ambil:
  • 2 biji Ostematrix.. sesetengah orang ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur, saya pula senang ambil 2 biji, bukan apa masa ni saya dah kurang minum air so kesian pulak kat kidney saya nak proses kalau saya ambil banyak vitamin sekaligus.. kalau orang yang memang suka minum banyak air sebelum tidur, mungkin sesuai untuk dia ambil banyak.. tapi saya tak mampu.. nanti kerap pulak bangun ke toilet sebab tangki asyik penuh je.. hihi ( ^ₒ^ )

itu la lebih kurang vitamin/supplement yang saya ambil setiap hari.. ada juga yang waktu2 tertentu je baru saya ambil..
macam Zinc Complex, saya cuma ambil waktu tertentu je.. hihi masa rambut berguguran ke lantai baru sibuk nak ambil.. suami saya pulak suka betul ambil Zinc masa ada ulser kat dalam mulut, cepat elok katanya.. kalau nak tau, cuba la ye..
macam Peppermint-Ginger Plus pulak saya selalu ambil masa gastrik atau kembung perut..

opppsss.. saya ni seorang yang tak suka makanan tambahan jenis minum&bancuh sebab tu tak ada ESP, Cinch Shake atau Collagen Powder dalam senarai saya.. lain orang, lain selera dan caranya kan..
saya cuma mampu tengok je anak2 & suami minum Meal Shakes, bau dia memang sedap perasa vanila tapi saya memang tak lepas bab2 minuman camni.. hah horlicks pun saya tak minum.. camna tu.. hihi ( ^ₒ^ )

saya ni suka vitamin jenis telan je.. mujur jugak la saiz vitamin Shaklee ni tak besar gedabak & tak berbau.. kalau tak, jenuh jugak nak menelannya..

kalau macam Vivix saya tak ada masalah, senang je nak telan.. lagipun 1 sudu teh je.. siap boleh jilat2 pulak sudu tu lepas guna.. walaupun Vivix ni masam2 manis gitu, saya suka rasanya..

ok itu saje la setakat ni vitamin/supplement atau makanan tambahan yang selalu saya ambil..
oh lupa.. saya plan nak dapatkan Performance Drink terdekat ni.. nanti nak order online la..
sekarang ni musim panas kan.. nak kena ada minuman camni kat rumah..
elok juga nak bekalkan kat faris masa ke kelas kafa..

ok la itu sahaja senarai yang saya ada setakat ni..
mungkin akan semakin bertambah senarai vitamin2 ni nanti.. kita tengok nanti (>‿◠)✌

~ supplement anti-oksida dalam peti kat rumah ~

** nota kaki : sape2 yang nak dapatkan produk Shaklee boleh bagitau saya ye.. saya boleh dapatkan untuk anda.. atau sape2 yang berminat nak daftar ahli pun boleh juga.. nanti anda akan ada ID sendiri & boleh shopping barangan Shaklee hanya dari rumah, online je.. sambil2 tu bonus pun masuk juga jika penuhi syaratnya.. senangkan (✿◠‿◠)



Friday, 14 February 2014

kami gi jalan-jalan putrajaya

ASSALAMUALAIKUM..

dah banyak hari terasa nak berkongsi cerita ni..
masa cuti tahun baru cina hari tu kami sekeluarga ke kuala lumpur..
kami ke gombak utk hadiri majlis kahwin anak buah suami..
dan jalan2 ke bangi dan ke putrajaya..

lama betul kami tak jalan2 jauh macam ni..
anggap jauh la ye sebab 6 jam jugak perjalanan dari kuala terengganu ke kuala lumpur..
tahun lepas kami langsung tak ke mana2 sebabnya suami sakit..
dia ada rawatan kimoterapi selama 6 bulan..

bila je suami ajak ke kuala lumpur hari tu.. soalan pertama saya tanyakan dia..
" mampu ke drive jauh2? larat ke? "
maklum la suami yang kena drive.. jadi kena la pastikan dia betul2 sihat kan..
bila dia cukup yakin dia dah sihat.. so saya pun setuju la..
kebetulan pulak akhir2 ni rindu benar dengan bumi bangi..
lama jugak saya tinggal di bangi dulu.. dari matrik di KYPM Bangi sesi 1998/99..
sambung ijazah di UKM hingga tahun 2002..
sambung pulak master dan berkonvo tahun 2005 (masa tu ulang alik siapkan tesis dari kulim-bangi)..
banyak tahun kan dok bangi..
suami pun sama, dia dari ijazah sampai kerja sampai la sambung master dok bangi..
mana tak rindu kan bertahun2 kami pernah jadi warga bangi..

hari kami bertolak tu alhamdulillah suami sangat cergas bertenaga.. nak tau apa rahsia dia?
sebelum bertolak dia amik vitamin kesukaan dia la, VitaLea..
vitamin yang selalu dia amik masa tempoh kimoterapi dia dulu..
sebelum dia kenal VitaLea dia selalu letih2, tak larat, tak bermaya, tak berselera makan..
semuanya kesan dari kimoterapi.. 
bila saya kenalkan dia dengan VitaLea.. alhamdulillah cukup serasi dengan dia..
VitaLea ni pemberi tenaga segera pada dia.. kebetulan pulak bulan ni promo VitaLea (^◡^ )

berbalik pada cerita kami tadi.. kami tak la berjalan sakan..
cuma hadiri majlis, ke bangi nak jengok2 UKM..
pastu ke putrajaya, tempat dating kami dulu2.. ahakss..

kat putrajaya kami bermalam di Hotel Everly bersebelahan Alamanda..
best jugak hotel tu.. hotel baru sangat lagi.. puas hati la.. harga agak murah untuk hotel macam tu..
paling best bantalnya banyakkk.. paling saya suka sebab tak perlu bawak sejadah & iron..
dan tak perlu bawak 'cedok' untuk 'urusan' anak2 di toilet.. hihi..
makanan pun ok, banyak pilihan.. dan kalau tak nak makan kat hotel, turun je gi Alamanda..
dekat sangat2.. tapi tak la serapat Hotel Legend dengan The Mall..
masa stay sana dulu faris paling suka, turun hotel masuk mall..
yang Everly ni kena jalan jugak la asalkan tak hujan ok la..

kami ada la jalan2 pusing putrajaya hari tu.. faris la ajak nak jalan2..
malam tu makan kat Alamanda je.. sempat menyinggah MPH..
kalau nak tau suami saya ni ulat buku.. dari masa couple lagi dia selalu ajak masuk kedai buku..
MPH, Kinokuniya, Popular.. semua kedai buku dia nak masuk..
kira dating kat sana la.. sekarang anak2 pun dah terikut perangai papa..
sempat jugak beli 5 buah buku.. sampai2 hotel je terus ngadap buku..
bagus la kalau maintain je sikap tu sampai ke besar ye anak2 mama (✿◠‿◠)

jom la layan gambar masa gi jalan2 tu..

 kat kenduri.. tengah tunggu mama gi amik makanan..

bilik kami kat tingkat 7 Hotel Everly.. 

tunggu papa gi park keta, kami posing dulu..

jalan kaki je dari hotel gi Alamanda.. dekat sangat2..

dah jumpa buku yang berkenan..

faris offer nak amik gambar mama & papa.. sedikit senget tapi ok la kan..

sebelum breakfast sempat baca buku..

alisya kali pertama sampai sini

setahun lepas papa sakit.. sekarang makin sihat, alhamdulillah.. siap larat dukung budak besar ni lagi..

alhamdulillah selamat semuanya perjalanan kami..
bulan depan kami nak gi jalan2 kat utara pulak..
insyaAllah nak menyinggah kat satu tempat yg pernah ada di hati kami..
chewah.. berkias berjiwang pulak..
kat mana tu? clue: kami pernah tinggal & pernah kerja kat situ..
kat mana tu? tungguuuuuu (>‿◠)✌
 



Thursday, 13 February 2014

Cinch Energy Tea Mix

Pasti ada yang belum pernah dengar pasal CINCH ENERGY TEA MIX Shaklee..
Pasti ramai yang tidak tahu kan yang Shaklee pun ada produk berasaskan TEA ini...

Apa kandungan dalam minuman ini yang menjadikan ia sangat istimewa?
Antara ekstrak utama yang ada dalam CINCH ENERGY TEA MIX 
   
1) MATCHA GREEN TEA
* antioksida yang sangat tinggi
* energy booster
* metabolisme booster
* bakar kalori sehingga 4 kali ganda

2) TAURINA
* menggalakkan metabolisme
* lebih bertenaga
* larutkan lemak
* membantu menghasilkan otot tanpa lemak

3) WHITE TEA
* membakar lemak-lemak berlebihan
* menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
* meningkatkan metabolisme
* juga dikenali sebagai teh hijau bayi dan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

4) ROOIBOS RED TEA
* melarutkan lemak
* meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
* agen detoksifikasi yang kuat

5) RED TEA
* salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah dikenali sebagai polifenol
* polifenol berupaya membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
* polifenol juga merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegah kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak

  Apakah kebaikan CINCH ENERGY TEA MIX ini?
 
CINCH ENERGY TEA MIX datang dalam sachet yang mudah bagi setiap satu hidangan dan boleh diminum secara panas atau sejuk..

 Nak dapatkan TEA yang bersifat anti-oksidan yang membantu meningkatkan tahap metabolisme tubuh dan membekalkan tenaga berpanjangan?
 Nak dapatkan TEA yang dapat membantu proses penurunan berat badan?

 Jom hubungi saya..
Pengedar Shaklee Anda,

Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Tuesday, 11 February 2014

Kekal cergas dengan Set Mighty 3 Gems

Set Mighty 3 Gems ni sebenarnya sangat popular semasa bulan Ramadhan..
Maklum la masa kita berpuasa, badan selalu je cepat letih dan cepat lapar..
Tahun ni bulan Ramadhan awal ye sekitar akhir bulan Jun..
Pastinya sekarang ni ramai kawan-kawan pompuan yang sibuk menggantikan puasa..
Tak kurang pula ada yang berpuasa sunat..

So amat sesuai la untuk anda mendapatkan Set Mighty 3 Gems kerana set ini dapat membantu membekalkan nutrien untuk tubuh anda di samping membantu anda bertenaga sepanjang hari lebih-lebih lagi dalam cuaca yang agak panas sekarang..

Set Mighty 3 Gems yang terdiri dari:

Meal Shakes (perasa French Vanilla)
Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) 
Performance Drink atau PD (perasa oren)


Set ini amatlah sesuai untuk BERSAHUR DAN JUGA BERBUKA PUASA.. kalau yang terlambat bangun sahur tu jangan risau, ambil je Set Mighty 3 Gems ini, memadai untuk anda berpuasa sepanjang hari!! 
Insya Allah..

Di samping itu juga, Set Mighty 3 Gems juga sesuai untuk dijadikan SARAPAN pada sesiapa yang inginkan sarapan yang ringkas dan cepat dibuat.. ia mampu membantu anda bertenaga sepanjang hari, membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan dan juga memelihara kesihatan secara menyeluruh..

 Set Mighty 3 Gems ini sesuai untuk seisi keluarga.. dari anak-anak hinggalah kepada mak ayah datuk nenek pun boleh minum juga.. bagi ibu-ibu yang pregnant dan tengah menyusukan bayi juga digalakkan ambil set ini bagi membantu memberi tenaga dan mengekalkan air dalam badan..

Anda ingin KEKAL BERTENAGA SEPANJANG HARI ? 
 Anda ingin mendapatkan SET MIGHTY 3 GEMS ?
Jom hubungi saya,

Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611

Monday, 10 February 2014

Supplement Shaklee Untuk Tiroid

APA ITU TIROID?

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

KENALI TIROID


Kelenjar tiroid ialah organ endokrin yang terletak di leher manusia. Ianya berbentuk seperti rama-rama. Fungsinya ialah untuk mengeluarkan hormon tiroid. Antara hormon yang terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3)

Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa  fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya:
  • mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak
  • membantu mengawal suhu tubuh badan
  • mempengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein
  • kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenis hormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah

SIAPAKAH YANG BERISIKO MENDAPAT TIROID

  • Perempuan 
  • Mempunyai sejarah keluarga (genetik) 
  • Mengidap sakit pituitari atau endokrin yang lain 
  • Usia lebih dari 60 tahun. Boleh juga berlaku pada org yang lebih muda
  • Orang yang kuat merokok

JENIS PENYAKIT TIROID

Ada 2 jenis sakit tiroid yang utama : 

1.Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

hyperthyroidism / thyrotoxicosis berlaku disebabkan hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. 

Antara penyebab penyakit ini ialah :
  • Grave's disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Selalunya pesakit tiroid akan akan mengeluarkan hormon yang berlebihan pada setiap sel tiroidnya
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Selalunya keadaan ini boleh menjadi elok sendiri
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan

  Antara tanda org yang menghidapi tiroid jenis hyperthyroidism / thyrotoxicosis:

  Bengkak di leher
  Cirit-birit
Degupan Jantung bertambah, sentiasa berdebar debar
  Gementar dan gelisah, terketar ketar
Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  Kesuburan turun
Penumpuan kurang
Mata menjadi besar (bulging)
  Angin yang tidak menentu
  Kejang Otot
Osteoporosis
Pengeluaran peluh yang banyak
  Suhu badan naik, tak tahan panas
Rambut tidak kuat
Sukar bernafas, sukar tidur
  Tekanan darah naik
Turun berat badan walau selera naik
Lemah 


2.Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.

Antara tanda org yang menghidapi tiroid jenis hypothyroidism:

Kesukaran untuk menurunkan berat badan. Walau melakukan berbagai jenis senaman
Penambahan berat badan. Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
Kemurungan atau kegelisahan
Cepat berasa letih
Faktor genetik
Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
Masalah sembelit yang teruk 
Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus. Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
Sakit otot dan sendi. Masalah capal dan tendonitis


BAGAIMANA VITAMIN SHAKLEE DAPAT MEMBANTU


Untuk Hyperthyroidism (terlebih hormon tiroid)


1) ESP
- mengandungi protein soya yang mempunyai unsur-unsur estrogen
- kajian mendapati estrogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid seterusnya mengurangkan paras hormon tiroid dalam badan
- ini berguna untuk pesakit yang mengalami hypertiroidisme iaitu terlebih hormon tiroid

** boleh menyebabkan kurang rembesan hormon tiroid jadi TIDAK SESUAI untuk pesakit hypothyroidisme (kurang hormon tiroid) 


Untuk Hypothyroidism (kurang hormon tiroid)


1)  VITA-LEA IRON FORMULA
multivitamin yang mengandungi semua vitamin yang baik untuk pesakit hypothyroidism iaitu iodine, vitamin A, D, E, B2, B3, B6, zink
- sumber iodine (kekurangan iodine adalah satu satu punca terjadinya hypothyroidism)
- vitamin A, D menambah keberkesanan T3 (hormon tiroid yang aktif)
- vitamin B2, B3, B6 berfungsi dalam penghasilan hormon tiroid
- zink diperlukan dalam proses penghasilan tiroksin @ T4 (hormon tiroid tak aktif) dalam kelenjar tiroid dan proses penukaran T4 kepada T3 (hormon tiroid aktif @ tironin)



 
2) VITA-E COMPLEX
kelebihan vitamin E Shaklee ialah ia mengandungi 10mg Selenium semulajadi
- Selenium diperlukan untuk penukaran kepada T3 dan juga mengurangkan antibodi kepada tiroid (salah satu penyebab hypothyroidism ialah autoimmune atau kehadiran antibodi terhadap sel tiroid dalam badan)
- vitamin E bersifat anti-oksidan (juga vitamin A dan C) yang melawan radikal-radikal bebas (kajian menunjukkan pesakit hypothyroidism mempunyai tahap antioksidan yang rendah)


Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement-supplement untuk masalah TIROID, anda boleh la menghubungi saya ye,

Pengedar Shaklee Anda

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611





Thursday, 6 February 2014

Set Tambah Berat Badan

Ada antara kita yang berbadan besar dan berhajat nak kuruskan badan..
Ada juga antara kita yang berbadan kurus dan berhajat nak naikkan berat badan..
Biasanya kita selalu dengar promosi produk-produk untuk kuruskan badan..
Tapi kali ni saya nak berkongsi dengan anda produk dari Shaklee yang boleh menambahkan berat badan..

Ada beberapa produk yang dicadangkan pengambilannya untuk menambahkan berat badan ialah Meal Shakes, Vita-Lea dan B-Complex..


Meal Shakes
  • Fungsi utamanya adalah untuk merangsang selera makan. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa yang tidak lalu makan
  • Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral
  • Kaya dengan protein dan bebas laktosa (tiada alahan susu lembu)
  • Anti oksida berfungsi memusnahkan radikal bebas penyebab kanser
  • Membantu tumbesaran dengan zat diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran
  • Mengembalikan seri wajah kerana mengandungi vitamin B yang lengkap dan zat besi
  • Menyahtoksin dan membuang racun dari badan dengan kandungan serat larut
  • Rasa vanila yang sedap

Vita-Lea
  • Vita-Lea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah
  • Pengambilan Vita-Lea banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadika kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening
  • Vita-Lea merupakan supplement penting untuk diet seharian

B-Complex
  • Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan, mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardivaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan
  • Memainkan peranan penting dalam pembentukan sel darah merah yang sihat

Jika anda berminat untuk mendapatkan supplement-supplement SET TAMBAH BERAT BADAN ini, anda boleh la menghubungi saya ye,

Pengedar Shaklee Anda

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Tuesday, 4 February 2014

Promo Februari ~ Vita-Lea


Semua mesti dah tau kan, promo bulan Februari 2014 ini adalah VITALEA.. 
VITALEA merupakan multivitamin & multimineral..
VITALEA juga merupakan vitamin pertama dan tertua di dunia..
Kalau nak tau lebih lanjut info mengenai VITALEA ni boleh intai-intai di sini ye..

Anda seorang yang:
Ada masalah tak mampu nak makan banyak vitamin setiap hari..
Ada masalah selalu terlupa nak makan vitamin..
Ada masalah kewangan tak mencukupi untuk membeli pelbagai vitamin..
Nak sihat dan bertenaga setiap masa..
Nak mula amalkan vitamin tapi tak tau nak ambil vitamin mana..

JANGAN RISAU kerana VITALEA adalah jawapan kepada permasalahan anda tu..

Ini kerana kandungan 1 biji VITALEA sehari sahaja sudah cukup untuk membekalkan segala zat dan khasiat yang lengkap untuk anda..


Antara khasiat yang diperolehi sekiranya anda mengambil Vitalea Shaklee ini ialah :
  • Meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental.
  • Menyokong jangka hayat hati, usus, jantung dan buah pinggang.
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi.
  • Menyediakan asas nutrisi dan membantu dalam stimulasi metabolisme.
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Untuk ketahui pelbagai keistimewaan lain VITALEA ini, anda boleh klik sini..

Anda berminat nak dapatkan VITALEA?
Jom hubungi saya,

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim 

FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi 
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 019-9864611




                     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...