saya adalah pengedar produk Shaklee..
sudah pasti saya pernah ditanya.. vitamin apa yang saya ambil setiap hari..
maklum la kan dah namanya pengedar, selalu je ada antara customer dan kawan2 yang tanya kan soalan macam tu pada saya..
ok untuk pengetahuan semua, saya ni tak ada la setiap hari ambil semua vitamin atau makanan tambahan ni.. saya ambil yang tertentu sahaja, yang saya perlu sahaja..
ok bermula dari pagi.. selalunya selepas breakfast saya akan ambil:
- 1 biji vitamin B Complex (sebabnya saya ni kadang2 cepat stress jadi vitamin B ni sangat membantu)
- 1 biji vitamin C (vitamin ni memang wajib ambil, untuk kesihatan dan untuk kulit)
- 1 biji vitamin E atau CoQ Health Plus (untuk kulit juga & untuk peredaran darah)
~ vitamin C, vitamin B Complex & vitamin E ~
lebih kurang pukul 9 pagi camtu, masa tengah kemas2 rumah, saya selalu ambil 2 biji Ostematrix.. yang ni memang saya tak boleh tinggal.. saya ni alah laktosa jadi memang tak de nya nak minum2 susu macam orang lain.. karang kan ada la yang terguling2 merana perut memulas2 nanti..
so saya memang mewajibkan diri saya untuk ambil kalsium dari jenis tablet setiap hari.. pilihan saya mesti la Ostematrix.. memang best Oste ni.. menjadi betul dengan saya.. haaaa kalau nak tau Oste ni adalah produk pertama saya beli dari Shaklee..
sambung cerita, kalau hari tu saya sakit2 lutut saya akan top-up dengan 1 atau 2 biji AJHT (Advanced Joint Health Tablet).. kalau tak, Ostematrix dah cukup bagi saya.. semenjak ambil AJHT ni, alhamdulillah ok je sakit2 lutut saya ni.. sebab tu la AJHT ni sangat jimat sebab tak perlu ambil selalu..
selalunya kalau pagi dah ambil CoQ Health Plus, saya dah tak ambil VitaLea sebab CoQ tu dah bagi tenaga pada saya.. tapi kalau tak ambil lagi, contohnya kalau pagi ambil vitamin E, baru la saya ambil VitaLea.. suami saya pulak suka betul VitaLea ni.. dia kata senang sebab vitamin ni all in one, maklum la multivitamin & multimineral kan.. semua zat ada kat dalam VitaLea.. VitaLea ni vitamin yang wajib suami saya ambil setiap hari..
selepas makan tengah hari saya ambil:
- 3 biji Lecithin (kata nak kuruskan..)
- kalau ada Omega Guard saya akan ambil 1 biji setiap selepas waktu makan utama, sekarang Omega Guard abis kat rumah.. order nanti2 ye (^__^)
- orang tanya kenapa saya tak ambil Alfalfa, ye la kan dah kata nak kurus.. saya sebenarnya antara golongan yang dinasihatkan tidak mengambil Alfalfa sebab ada masalah auto-immune.. sedih kan.. tapi tak pe, tak leh Alfalfa banyak lagi supplement lain yang boleh cover kan..
selepas makan malam pula saya ambil:
- 3 biji Lecithin
- 1 biji GLA
sebelum tidur pula saya ambil:
- 2 biji Ostematrix.. sesetengah orang ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur, saya pula senang ambil 2 biji, bukan apa masa ni saya dah kurang minum air so kesian pulak kat kidney saya nak proses kalau saya ambil banyak vitamin sekaligus.. kalau orang yang memang suka minum banyak air sebelum tidur, mungkin sesuai untuk dia ambil banyak.. tapi saya tak mampu.. nanti kerap pulak bangun ke toilet sebab tangki asyik penuh je.. hihi ( ^ₒ^ )
itu la lebih kurang vitamin/supplement yang saya ambil setiap hari.. ada juga yang waktu2 tertentu je baru saya ambil..
macam Zinc Complex, saya cuma ambil waktu tertentu je.. hihi masa rambut berguguran ke lantai baru sibuk nak ambil.. suami saya pulak suka betul ambil Zinc masa ada ulser kat dalam mulut, cepat elok katanya.. kalau nak tau, cuba la ye..
macam Peppermint-Ginger Plus pulak saya selalu ambil masa gastrik atau kembung perut..
opppsss.. saya ni seorang yang tak suka makanan tambahan jenis minum&bancuh sebab tu tak ada ESP, Cinch Shake atau Collagen Powder dalam senarai saya.. lain orang, lain selera dan caranya kan..
saya cuma mampu tengok je anak2 & suami minum Meal Shakes, bau dia memang sedap perasa vanila tapi saya memang tak lepas bab2 minuman camni.. hah horlicks pun saya tak minum.. camna tu.. hihi ( ^ₒ^ )
saya ni suka vitamin jenis telan je.. mujur jugak la saiz vitamin Shaklee ni tak besar gedabak & tak berbau.. kalau tak, jenuh jugak nak menelannya..
kalau macam Vivix saya tak ada masalah, senang je nak telan.. lagipun 1 sudu teh je.. siap boleh jilat2 pulak sudu tu lepas guna.. walaupun Vivix ni masam2 manis gitu, saya suka rasanya..
ok itu saje la setakat ni vitamin/supplement atau makanan tambahan yang selalu saya ambil..
oh lupa.. saya plan nak dapatkan Performance Drink terdekat ni.. nanti nak order online la..
sekarang ni musim panas kan.. nak kena ada minuman camni kat rumah..
elok juga nak bekalkan kat faris masa ke kelas kafa..
ok la itu sahaja senarai yang saya ada setakat ni..
oh lupa.. saya plan nak dapatkan Performance Drink terdekat ni.. nanti nak order online la..
sekarang ni musim panas kan.. nak kena ada minuman camni kat rumah..
elok juga nak bekalkan kat faris masa ke kelas kafa..
ok la itu sahaja senarai yang saya ada setakat ni..
mungkin akan semakin bertambah senarai vitamin2 ni nanti.. kita tengok nanti (>‿◠)✌
~ supplement anti-oksida dalam peti kat rumah ~
** nota kaki : sape2 yang nak dapatkan produk Shaklee boleh bagitau saya ye.. saya boleh dapatkan untuk anda.. atau sape2 yang berminat nak daftar ahli pun boleh juga.. nanti anda akan ada ID sendiri & boleh shopping barangan Shaklee hanya dari rumah, online je.. sambil2 tu bonus pun masuk juga jika penuhi syaratnya.. senangkan (✿◠‿◠)
No comments:
Post a Comment