Saturday, 14 December 2013

Makanan Berasid vs Makanan Beralkali

KITA ADALAH APA YANG KITA MAKAN..
ANDA ADALAH APA YANG ANDA MAKAN..

Ungkapan ini sering kita dengar kan, tapi sejauh mana kita praktikkan untuk kesihatan tubuh badan kita sendiri?
Dan tahukah kita bahawa apa yang kita makan itu sama ada membantu kita melawan sesuatu penyakit atau tanpa disedari sebenarnya kita sedang mengundang penyakit..




Pastinya kita semua tahu, bahawa makanan yang kita makan akan meninggalkan kesan sama ada baik atau buruk pada kesihatan kita. Makanan kita boleh dibahagikan kepada makanan beralkali dan berasid. 




Kebanyakan pakar pemakanan mengesyorkan kita untuk mengambil 80% makanan beralkali dan 20% makanan berasid dalam diet seharian kita. Namun, sebaliknya yang berlaku pada hari ini, kebanyakan daripada kita mengambil 80% makanan berasid dan hanya 20% makanan beralkali. 




Gambar di atas menunjukkan carta pH dalam makanan. 
  • Skala 1-6 menunjukkan skala makanan berasid.
  • Skala 7 adalah makanan yang neutral ataupun semulajadi.
  • Skala 8-14 menunjukkan skala makanan yang beralkali.  

Kita digalakkan untuk mengambil makanan yang berskala 7 dan ke atas kerana makanan yang beralkali akan memberi kita lebih banyak manfaat dari segi kesihatan, kecergasan tubuh badan dan kecerdasan minda. 

Apabila kita terlalu kerap mengambil makanan yang berasid, badan akan menjadi kurang sihat dan kita akan mudah terdedah dengan pelbagai risiko penyakit yang kronik seperti kanser, sakit jantung dan darah tinggi. Selain itu, badan juga akan menjadi kurang cekap dalam menyerap vitamin dan mineral pada makanan yang dimakan dan proses membaiki sel-sel rosak dalam badan akan semakin berkurangan.

 


Sekarang, kita pastinya sudah boleh membuat pilihan yang bijak dalam memilih makanan yang beralkali dan makanan berasid. Banyakkan meminum air masak ataupun air mineral semulajadi kerana ia boleh membantu menjaga kesihatan. 

Di samping itu juga kita amat digalakkan untuk mengambil makanan tambahan sebagai pelengkap nutrisi harian. Jom amalkan SHAKLEE kerana pastinya ia SELAMAT & SEMULAJADI. 

Mulai saat ini, pilihlah makanan yang berkhasiat dan supplement yang berkualiti untuk diri anda dan keluarga anda untuk menjamin masa depan yang bahagia. Anda adalah apa yang anda makan.

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045019-9864611




Thursday, 12 December 2013

Vitamin untuk masalah jeragat

JERAGAT? 
Rasanya semua orang tidak sukakan jeragat. Walaupun ianya tidak berbahaya tetapi ia mampu mengganggu penampilan diri dan membuatkan kulit wajah kita nampak kusam dan kurang bersih.


Kulit berjeragat


Apa yang menyebabkan adanya jeragat ni? Salah satunya adalah kerana faktor umur, faktor pemakanan, kerap terdedah kepada cahaya matahari dan ada yang disebabkan oleh reaksi alahan kepada ubat-ubatan. Selain itu, jeragat juga timbul sewaktu hamil. Ini kerana berlakunya banyak perubahan hormon sewaktu hamil.

Sesiapa sahaja pasti merasa resah jika kulit wajah mula berjeragat. Setiap orang tidak kira lelaki atau wanita pasti ingin sentiasa kelihatan CANTIK dan ingin memiliki kulit yang GEBU seperti kulit bayi. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan kulit bebas jeragat? 


Sumber Majalah RAPI


Menurut info dari Majalah RAPI, pengambilan vitamin boleh membantu mengurangkan masalah jeragat. Jom kita tengok vitamin apa yang boleh membantu:
 
  • Vitamin C - Penting dalam pembentukan kolagen. Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

  • Vitamin E - Terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat. 

  • Protein - Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jeragat). Tompokan hitam pada kulit akibat jeragat sangat sukar dihilangkan jika tidak mendapat cukup protein yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk mendapatkan kulit yang cantik, kita perlu mendapatkan makanan sumber protein yang baik.

Nak dapatkan vitamin untuk masalah jeragat ini? 
Tentulah shaklee ada jawapannya. Anda boleh mengambil Sustained Release Vita-C dan Vita-E Complex daripada produk Shaklee manakala untuk protein, ESP adalah produk yang paling tepat kerana ianya protein soya non-gmo. 



Jika anda berminat untuk mendapatkan vitamin yang HALAL, SEMULA JADI & SELAMAT ini, anda bolehlah hubungi saya ye..

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 019-9864611



Tuesday, 10 December 2013

Kurus dengan Set Bajet - Lecithin & Alfalfa

Ramai yang memasang impian nak kuruskan badan. Tapi kebanyakan produk kurus di pasaran agak mahal harganya. Lalu, impian nak kurus tu hilang begitu saja.

Jangan la putus asa ye. Di Shaklee kami ada Set Bajet Kurus. In shaa Allah set ini akan menepati bajet anda. Walaupun dalam kategori bajet, result dia memang superb. Set bajet ini amat sesuai untuk lelaki & wanita, termasuk la untuk ibu menyusu.

Dalam Set Bajet Kurus ni, ada 2 supplement iaitu Lecithin dan Alfalfa. Bagaimana ia bertindak?

Lecithin bertindak sebagai fat emulsifier iaitu pemecah lemak yang baik. Pengambilan lecithin secara konsisten setiap hari dalam kuantiti yang dicadangkan mampu membantu mengelak masalah obesiti dan mempercepatkan kesan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang sempurna.

Alfalfa pula bertindak sebagai agen detox yang akan mengangkut lemak-lemak yang telah dipecahkan untuk disingkirkan daripada badan. Selain itu, alfalfa juga membantu pelawasan yang turut mempunyai peranan penting dalam misi menurunkan berat badan.
Alfalfa juga bertindak sebagai milk booster untuk ibu menyusu.


Bagi yang berminat miliki set bajet ini, boleh hubungi saya segera untuk dapatkan harga istimewa di bawah RM100 ye (^__^)

Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 011-12181045



Monday, 9 December 2013

Kenali Omega 3

Selalu je orang bercakap mengenai Omega 3.. tapi tahukah anda apa itu Omega 3 ?
Jom saya kongsikan sedikit info ye..

Apakah Omega 3?

Omega 3 adalah sejenis asid lemak tidak tepu. Ia terdapat dalam pelbagai makanan seperti ikan, bijiran dan tumbuh-tumbuhan. Omega 3 dipanggil 'asid lemak perlu' kerana ia tidak dapat dihasilkan oleh badan dan 'perlu' diperolehi daripada makanan harian.

Jenis-jenis Omega 3

Terdapat 3 jenis asid lemak Omega 3:
  • Eicosapentaenoic acid (EPA): EPA didapati terutama di dalam ikan dan minyak ikan.
  • Docosahexanoic Acid (DHA): DHA sangat penting pada tubuh kita dan juga didapati terutamanya dalam ikan.
  • Alpha-Linolenic Acid (ALA): ALA didapati terutamanya dalam kekacang, minyak sayuran dan sayur berdaun hijau. Ia akan ditukarkan kepada EPA dan seterusnya kepada DHA di dalam badan kita.




Manfaat Omega 3

  • mengurangkan risiko kanser
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengurangkan risiko simpton kemurungan
  • mengurangkan risiko sakit sendi
  • melancarkan peredaran darah
  • mencegah stroke
  • mengawal masalah obesiti
  • mengekalkan tekanan darah normal
  • meningkatkan daya ingatan dan mencegah Alzheimer
  • mengurangkan keradangan
  • mengurangkan kadar lemak yang tidak sihat di dalam badan
  • meningkatkan fokus anak dalam pembelajaran
  • meningkatkan sistem imun anak
  • baik untuk sistem saraf otak dan penglihatan bayi dalam kandungan

Sumber Pemakanan Asid Lemak Omega 3

  • ikan laut dalam seperti salmon, tenggiri, halibut, sardin dan tuna
  • biji gandum atau bijirin
  • minyak kanola
  • kacang soya dan minyak kacang soya
  • biji labu
  • minyak kacang
  • minyak biji perilla
  • rumpai laut
  • udang krill

Sumber Tambahan Omega 3

  • kapsul minyak ikan
  • minyang udang krill
  • minyak bijirin
  • rumpai laut yang diperoleh DHA tambahan 

Jika anda berminat untuk mendapatkan Omega 3 dari Shaklee, anda boleh hubungi saya ye,

Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045


Sunday, 8 December 2013

selamat pagi ahad

assalamualaikum & selamat pagi..

buat kawan-kawan yang tinggal di kelantan, terengganu dan kedah.. saya nak ucapkan selamat bekerja ye hari ni..
buat kawan-kawan lain pula, selamat beristirehat ye..

kawan-kawan yang bercuti tu.. mesti macam-macam aktiviti nak buat hari ni kan..
apa-apa pun pastikan aktiviti tu aktiviti yang menyihatkan badan dan minda..
buat yang positif positif je ye.. no no no no yang negatif tau..

paling penting aktiviti yang merapatkan hubungan keluarga kan..
lagi-lagi musim cuti sekolah ni.. ambil peluang ni beramah mesra dengan anak-anak tersayang (✿◠‿◠)

errr.. semua dah bangun ke ? 



Friday, 6 December 2013

Promo Disember ~ Omega Guard


Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, bulan Disember ni adalah bulan promo Omega Guard..
Kalau nak tau, masa bulan promo ni la ada sesuatu yang special bila kita beli Omega Guard..

Tahu tak apa yang kawan-kawan akan dapat bila BELI 6 Omega Guard pada bulan Disember ini ?
  1. Dapat PERCUMA 1 BOTOL OMEGA GUARD bernilai RM136
  2. Dapat KEAHLIAN PERCUMA SHAKLEE bernilai RM65
  3. Dapat CASHBACK RM30++ terus ke akaun anda bulan depan
Kalau nak tau JUMLAH PENJIMATAN ADALAH RM200++ !!
Banyak tu.. hebat kan !!

Apa pula manfaat Omega Guard ni ?


❥ Omega untuk KURUSKAN BADAN
❥ Omega untuk JANTUNG
❥ Omega untuk DARAH TINGGI
❥ Omega untuk STROKE
❥ Omega untuk TULANG & SENDI
❥ Omega untuk PESAKIT GOUT
❥ Omega untuk PESAKIT BUASIR
❥ Omega untuk ANAK SIHAT & PINTAR
❥ Omega untuk IBU HAMIL

Omega untuk SEMUA ~ DARI BAYI DALAM KANDUNGAN, KANAK-KANAK, REMAJA, DEWASA & ORANG TUA ~ 


Kalau nak tau lebih lanjut lagi.. boleh klik di sini ye, Omega Guard

Jangan tunggu lama-lama lagi, jom rebut peluang cepat-cepat !!


Harga JIMAT, keahlian Shaklee FREE, barang DAPAT, yang paling penting tubuh badan SIHAT !!


Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045


Wednesday, 4 December 2013

Mak & the geng ~ ahli jong kalut

Sesaje nak bercerita..
Minggu lepas selama seminggu saya berada di kampung di kota bharu..
Ada kenduri kahwin sepupu lelaki saya..
Rumah dia betul-betul depan rumah saya..
Saya tak ada tugas pun nak buat.. maklum la semuanya diserahkan pada pihak catering..

Jadi saya ni cuma jadi tukang makan la..
Best sangat sebab bila-bila masa je boleh gi makan kan.. dah depan rumah kan..
Lagi-lagi musim hujan.. perut lapar memanjang..

Mak pula ditugaskan jadi AJK ~ ahli jong kalut !!
Hahaha.. kat kelate ahli jong kalut ni maknanya cuma buat-buat sibuk je.. tak buat benda penting pun..
Jom tengok mak and the geng.. semuanya bukan orang lain pun, sedara mara je..


Mak & Alisya


 
Mak and the geng ~ AJK


Yang ni gambar semasa nak ke rumah pengantin perempuan
Mak, saya, anak-anak & makcik

Punya la bergambar kan sampai lupa nak amik gambar pengantin.. hehe ( ^__^ )


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...