Saturday, 7 June 2014

anak-anak di pet's day

kisah minggu lepas.. tapi baru berpeluang bercerita..

petang sabtu lepas, kami sekeluarga ke pet's day kat halaman perpustakaan awam negeri terengganu..
sampai2 dah lewat sebab musim cuti kan.. kereta slow je kat atas jambatan sultan mahmud..
lagi pun kami memang keluar agak lewat.. pukul 4 baru masuk kereta nak bertolak.. hihi..

sampai2 kat sana, mujur la sempat jugak anak2 tengok binatang kat sana..
ada burung nuri, burung kakak tua, landak, kala jengking, arnab, ayam katik, iguana dan beberapa jenis reptilia yang saya agak geli-geleman nak gi tengok dekat2.. 
al maklum la penakut skit.. hihi..

paling hepi, mesti la faris.. beriya2 dia nak bergambar dengan ular albino tapi bila gi dekat je..
dia takut sebab ular tu besar.. takut kena belit.. huhu..
tapi sebabkan sebelum ke sana dia dah bagitau dia mesti jugak bergambar dengan ular..
so mama tunaikan la permintaan dia.. bagi izin bergambar dengan ular.. 
tapi yang kecik je saiznya..
masa nak bergambar tu mama dok jauh2 tau.. geli.. papa je yang ikut faris..

faris ada mintak nak bergambar dengan iguana.. ok la yang ni mama boleh gi dekat sebab iguana ni agak pasif.. 
dia mintak nak bergambar dengan burung.. huhu tinggal berbekas kesan cengkaman burung kat lengan faris.. mama tanya sakit ke? dia kata tak, cuma lenguh sebab burung kakak tua tu berat.. 
kata faris dalam banyak2 binatang, ular la paling best sebab lembut je kat kulit..
haaa mama siap pesan.. ular kat sini ok sebab dah tak de bisa.. jangan pula nanti jumpa ular kat mana2, faris pegang pulak.. karang kena patuk, bahaya..
faris faham, dia janji tak kan gi dekat kalau terjumpa ular.. huhu naik risau jugak dengan janji budak ni..
arap dia ingat la pesan mama..

alisya pula suka sangat dengan arnab.. comelkan arnab.. jinak pulak tu.. tu yang budak kecik ni suka..
kalau tanya mama, semua binatang mama tak berani nak gi dekat.. setakat sentuh2 bulu arnab, bulu kucing ok la.. tu pun dah kecut perut..

ok jom layan gambar yang mama tangkap hari tu.. 

 alisya excited dapat main2 dengan rabbit comel ni..


 burung nuri ni kalau tak pegang, nak terbang je kijenya..


 faris bagitau dia lenguh lepas pegang burung ni.. burung ni berat..


 iguana ni ok, cool je.. mungkin sebab tuannya ada kat situ kot..


ular ni ok la kecik, tak la faris takut sangat.. faris suka pegang sebab lembut.. 





Friday, 6 June 2014

Promo Jun 2014 : Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum..

Hari ini baru saya berkesempatan untuk update promo yang Shaklee pilih untuk bulan Jun, 
iaitu VITAMIN E atau dikenali sebagai VITA-E COMPLEX SHAKLEE..

Ok, jom kita berkenalan dengan vitamin E. 

Apa pentingnya vitamin E ni? Perlu ke ambil vitamin E? 
  • Vitamin E adalah sekumpulan sebatian larut lemak dengan sifat antioksidan yang kuat. Antioksidan adalah bahan yang mengurangkan kerosakan oksidatif, kerosakan yang disebabkan oleh oksigen yang boleh membahayakan tisu manusia, sel-sel dan organ-organ. Dalam erti kata lain, antioksidan membantu memperlahankan proses kemusnahan sel. 

Apa sumber vitamin E?
  • Sumber Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan seperti minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian dan semua bijirin. Ia juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, daging organ, kacang soya, ubi kentang dan gandum. Dan jangan lupa, vitamin E juga boleh didapati dalam bentuk supplement seperti Vita E Complex SHAKLEE.

Apakah kebaikan vitamin E?

 Awet muda
 Memperbaiki peredaran darah, memperbaiki tisu
 Merawat masalah ketika PMS
 Mengurangkan parut
 Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & wanita
 Kulit dan rambut yang sihat, cantik & lebat
 Merawat masalah keintiman
 Merawat masalah seksual lelaki
 Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi




Apa pula kelebihan jika membeli vitamin E semasa promo ini?

1 botol Vitamin E = 120 capsules (RM 149), tahan untuk penggunaan 4 bulan

BELI 6 PERCUMA 1 (Anda jimat RM149)

BELI 6 PERCUMA 1 (Anda layak dapat FREE MEMBERSHIP & jimat RM65)
 
BELI 6 PERCUMA 1 (Anda layak terima CASH REBATE lebih kurang RM30++)

Secara KESELURUHANNYA anda jimat sebanyak RM 2++!!!!

HEBAT KAN!!

Jadi pada sesiapa yang berminat nak dapatkan vitamin E ini, boleh la hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
SMS.Whatsapp : 019-9864611




Sunday, 1 June 2014

Garlic Complex untuk masalah angin & jerawat

SAYA SUKA GARLIC COMPLEX !!

satu masa saya ada masalah penghadaman..
rasa angin tersekat kat badan, buat macam mana pun angin tu tak nak keluar..
mungkin sebab saya ni suka main redah je makan macam-macam yang tertarik kat mata ni..
saya tak terfikir langsung untuk mencuba Garlic Complex cuma kalau masa badan berangin..
saya lebih suka menggunakan banyak bawang putih semasa memasak..
contohnya kalau buat bihun soto, saya suka letak banyak bawang putih tumbuk dalam kicap..
masa berangin tu antara yang saya suka masak ialah ayam masak halia..
dah la halia, bawang putih pulak saya letak banyak-banyak.. sedap!! angin pun keluar..





cuma terbaru ni saya terfikir nape la saya tak try je supplement bawang putih shaklee ni..
bila dah beli, kebetulan pulak badan tengah berangin..
memang angin sampai sesak dada..
apa lagi.. mula-mula ambil sebiji dulu.. walaupun kat botol tulis 2 biji..
saya selalunya untuk apa-apa supplement baru yang saya cuba, saya akan mulakan dengan dos terendah dulu..
bukan apa nak tengok tindakbalas pertama dulu dan nak tengok kot-kot ada healing crisis..

lepas ambil 1 biji, alhamdulillah angin banyak yang keluar.. jadi saya terus ambil 1 biji lagi..
betul-betul ikut dos yang disarankan kat botol..
best je rasa Garlic Complex ni, langsung tiada bau bawang tapi bau mint yang segar..
lepas ambil.. hah lega memang lega.. ringan tubuh.. selesa sungguh..
malam tu jugak saya siap promote kat suami Garlic Complex ni memang betul-betul best!! 

ada lagi yang best.. bangun pagi esoknya jerawat kat dahi yang tengah nak membesar dan berdenyut-denyut.. dah tak berdenyut lagi.. siap dah mengecut..
sukanya hati.. saya ni jarang naik jerawat besar, bila sekali naik rasa tak selesa..
bila bagitau suami.. rupanya masa muda-muda dulu suami selalu letak bawang putih tumbuk kat atas jerawat batunya dan berkesan.. ooo patut la.. bawang putih kan antibiotik semula jadi..
lepas tu ada pulak terbaca yang orang korea ni amalkan makan bawang putih untuk mendapatkan kulit yang licin berseri..

kalau anda nak tahu apa lagi yang bestnya pasal Garlic Complex ni.. boleh tengok kat sini..

Kelebihan GARLIC Shaklee : 

  • Mengandungi Spearmint - Mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman dengan formula uniknya mampu menyelesaikan masalah seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga mampu menentang bakteria H.Pylori dan menghalang ulser gastrik.
  • Menurunkan paras kolesterol dengan menurunkan kolestrol LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang stroke serta penyakit koronari.
  • Menstabilkan glukosa darah. 
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kanser - Nitrosamine
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi 
  • Menghalang alergi - sinus, alergi, asma, selsema dan hepatitis
  • Detoksifikasi - Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Garlic juga mampu melindungi sel-sel darah dari dimusnahkan oleh logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.
  • Antibiotik yang selamat & semulajadi - Garlic adalah antibiotik semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk meningkatkan sistem imun tubuh lalu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kulat, kuman, virus dan yis Candida.

Garlic Complex
60 tablets
RM47.50

Sape-sape yang nak cuba Garlic Complex ni, boleh la hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda
SMS/Whatsapp : 019-9864611





Sunday, 25 May 2014

bunga & kanser

kenal bunga ni..?


nama bunga ini kemunting cina..
masa kecik-kecik dulu saya memang suka hias-hias kek pasir dan istana pasir dengan bunga ni.. 
masa main pondok-pondok, bunga ni jadi hiasan rumah pondok saya..
suka selit bunga ni kat rambut.. 
suka main masak-masak dgn bunga ni.. kononnya jadi lauk la..
suka jgk buang satu persatu kelopak bunga ni..
ewah-ewah macam org bercinta kat tv tuuu.. 
diorang buang satu persatu kelopak ros..
saya pulak tiru buang satu persatu kelopak bunga ni.. 
jadi la dah nak sama kan.. hihi..  
bau bunga ni pun best.. terus ingatkan saya dengan nostalgia zaman budak-budak dulu..

skrg ni bila tengok bunga ni tersentuh hati pulak..
sebabnya bunga ni logo/simbol MAKNA, Majlis Kanser Nasional..
perkataan kanser tu buat saya tersentuh hati..
maklum la suami saya pun bekas pesakit kanser..

tahun lepas suami saya didiagnosa kanser limfoma, stage 4..
alhamdulillah selepas rawatan kimoterapi untuk 6 cycle..
ditambah pemakanan yang baik-baik, supplement yang baik-baik..
doa yang tak putus-putus padaNYA..
kesihatan suami semakin baik..
alhamdulillah untuk rezeki ini..
kanser banyak merubah keluarga kami, ke arah yang lebih baik :)



gambar raya tahun 2013.. selepas 2 bulan cycle kimoterapi terakhir suami..
masa ni rambut pun masih belum tumbuh, muka agak cengkung, badan agak kurus..
alhamdulillah suami dapat puasa penuh sepanjang ramadhan walaupun badan masih lemah..
syukur pada Allah..



Thursday, 22 May 2014

cerita gembira zinc complex

assalamualaikum..

awal pagi ni saya ada hubungi customer yang beli Zinc Complex dari saya..
saya nak bertanya khabar dan nak tau feedback dia selepas mengamalkan Zinc Complex..
sudah seminggu adik ni beli Zinc Complex untuk beberapa sebab.. 
hari ini dia sangat ceria.. dalam mesejnya "akak, zinc complex memang best sangat, kencing saya dah lawas.. jerawat saya pun dah makin baik, parut pun makin pudar, rambut pun makin elok.. saya puas hati betul dengan zinc complex ni..

sebelum ni adik ni mengadu ada masalah prostat dan sakit ketika membuang air kecil..
rambutnya juga selalu gugur..
dan dari gambar profile di facebooknya saya juga perasan ada jerawat-jerawat besar kat mukanya..
alhamdulillah lepas amalkan, badannya cukup serasi dengan Zinc Complex..
katanya dia suka produk Shaklee sebab sebelum-sebelum ni pun supplement Shaklee cukup serasi dengan dia..

bagi saya kegembiraan customer saya cukup menceriakan hari saya.. alhamdulillah..
saya sebelum ni setiap kali customer membeli dengan saya, saya tak lupa untuk mengangkat tangan berdoa padaNYA moga-moga mereka bertambah sihat dan merasa kebaikan dari supplement yang mereka ambil.. insyaAllah (✿◠‿◠)

Zinc Complex
120 tablet
RM33

kalau anda pun nak dapatkan Zinc Complex, boleh la hubungi saya ye..

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611




Tuesday, 13 May 2014

vitagen & yakult

apa ada dalam peti sejuk rumah anda?
dalam peti rumah saya ada ini..........


haha.. paling menonjol selain dari supplement shaklee, mestilah deretan vitagen kan..
hihi.. ni minuman kegemaran saya dan alisya..
faris kurang skit minum vitagen, dia suka minum yakult..
saya ok je, suka kedua-duanya..

kalau hari biasa saya pilih vitagen.. untuk kesihatan perut dan usus kan..
tapi kalau hari saya ada sakit gastrik atau pedih ulu hati atau ceri-beri, saya prefer yakult la..
bagi saya yakult lebih cepat sejukkan perut cuma rasa susunya yang manis dan kuat, saya cuma minum masa terdesak je.. aci kan..

teringat macam mana saya terjebak dengan vitagen dan yakult ni..
dulu-dulu saya selalu gastrik lebih-lebih lagi lepas makan makanan pedas dan masam..
satu hari adik saya paksa saya minum yakult, haaaa.. mana mau.. lagi-lagi rupanya macam susu..
saya tak suka susu dan alah laktosa..
tapi adik paksa jugak.. katanya kalau nak cepat baik, MINUM! arahan tu...
dalam terpaksa minum jugak la.. mula-mula tunggu jgk bila nak sakit perut ni..
maklum la rupa yakult sebijik rupa susu..
alih-alih.. waaaa bestnya, perut cepat sejuk..
sakit-sakit dan pedih-pedih perut terus hilang..

sekarang ni kat rumah memang wajib ada minuman probiotik ni..
pada sesiapa yang ada masalah gastrik atau penghadaman, boleh la cuba ye.. best sangat :)

dah boleh jadi duta yakult dan vitagen dah budak 2 orang ni..




Kenapa perlu ambil Zinc Complex sebelum makan?

Ada yang bertanya, kenapa perlu ambil zinc sebelum makan? 

Ada beza ke ambil sebelum makan dengan ambil selepas makan?

Jawapannya : ADA

Dibotol pun ada ditulis, ambil sebelum makan.



TAPI KENAPA SEBELUM MAKAN?

  • Dalam proses pencernaan normal, zinc boleh musnah atau terkeluar atau terikat dengan bahan lain.
  • Makanan yang kita makan seperti susu, roti dan bijirin lain mengandungi phytates. PHYTATES ini akan mengikat zinc yang kita ambil dan menggangu penyerapan zinc dalam badan kita.
  • Sebagai contoh, kalau kita ambil susu bersama roti, phytates ini akan menjadi lebih aktif menyerap zinc, jadi bioavailibitity zinc ini akan semakin menurun, dan rugi la zinc yang kita ambil tadi.
  • Perut kita mengandungi asid, asid dalam perut kita ini yang berfungsi melarutkan zinc yang kita ambil dalam keadaan perut kita kosong dan dengan mudah nutrisi zinc dapat di serap oleh tubuh kita.
  • Sebab itu disarankan, masa terbaik untuk pengambilan zinc ialah antara setengah jam ke sejam sebelum kita makan untuk penyerapan secara optimum.


APA KEBAIKAN ZINC COMPLEX?

  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam

Zinc Complex juga membantu masalah rambut gugur atau botak

Inginkan Zinc Complex?
Jom hubungi saya,

Pengedar Shaklee Anda,
Atirah Khalim
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/Whatsapp : 019-9864611



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...