Sunday, 25 May 2014

bunga & kanser

kenal bunga ni..?


nama bunga ini kemunting cina..
masa kecik-kecik dulu saya memang suka hias-hias kek pasir dan istana pasir dengan bunga ni.. 
masa main pondok-pondok, bunga ni jadi hiasan rumah pondok saya..
suka selit bunga ni kat rambut.. 
suka main masak-masak dgn bunga ni.. kononnya jadi lauk la..
suka jgk buang satu persatu kelopak bunga ni..
ewah-ewah macam org bercinta kat tv tuuu.. 
diorang buang satu persatu kelopak ros..
saya pulak tiru buang satu persatu kelopak bunga ni.. 
jadi la dah nak sama kan.. hihi..  
bau bunga ni pun best.. terus ingatkan saya dengan nostalgia zaman budak-budak dulu..

skrg ni bila tengok bunga ni tersentuh hati pulak..
sebabnya bunga ni logo/simbol MAKNA, Majlis Kanser Nasional..
perkataan kanser tu buat saya tersentuh hati..
maklum la suami saya pun bekas pesakit kanser..

tahun lepas suami saya didiagnosa kanser limfoma, stage 4..
alhamdulillah selepas rawatan kimoterapi untuk 6 cycle..
ditambah pemakanan yang baik-baik, supplement yang baik-baik..
doa yang tak putus-putus padaNYA..
kesihatan suami semakin baik..
alhamdulillah untuk rezeki ini..
kanser banyak merubah keluarga kami, ke arah yang lebih baik :)



gambar raya tahun 2013.. selepas 2 bulan cycle kimoterapi terakhir suami..
masa ni rambut pun masih belum tumbuh, muka agak cengkung, badan agak kurus..
alhamdulillah suami dapat puasa penuh sepanjang ramadhan walaupun badan masih lemah..
syukur pada Allah..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...