Saturday, 26 October 2013

senyum la sikit..

assalamualaikum & selamat pagi semua..

pagi-pagi ni elok kita mulakan hari dengan sesuatu yang positif kan..
apa-apa sahaja yang positif, janji tolak jauh-jauh persekitaran negatif..
benda-benda negatif ni bukan sahaja boleh buat hati dan jiwa kita terganggu dan tak tenang..
malah boleh naikkan darah kita, badan kita pula akan tambah berasid..
bila badan banyak sangat asid mula la timbul penyakit-penyakit tak elok..
kemurungan, darah tinggi, stroke, kanser dan banyak lagi..
tak pasal-pasal juga nanti stress la, berserabut la..

apa nak buat?
jangan lupa beristighfar, berzikir, berdoa dan sujud padaNYA..
mohon padaNYA supaya hati kita lebih tenang, lebih lapang, lebih tenteram..
insyaAllah DIA pasti mendengar..

selain itu.. dari sudut kesihatan pula..
boleh ambil vitamin untuk saraf seperti vitamin B-Complex..
cuba la sebiji je sehari.. insyaAllah akan membantu juga..
dan cuba untuk selalu berfikiran positif..
paling senang mulakan dengan senyuman..

senyuman ni boleh buat kita tenang dan gembira.. malahan rasa bahagia..
saya pernah suatu masa.. pagi-pagi lagi dah stress.. dah berserabut..
semasa saya keluar untuk bye-bye suami keluar bekerja..
ada seorang kakak ni tengah drive, dia lalu depan rumah saya..
saya tak kenal pun dia..
tapi mungkin dia tengok muka saya keruh je..
dia pun tersenyum pada saya dengan senyuman yang ikhlas..

apa saya rasa..?
tiba-tiba saya sangat lega.. sangat tenang..
saya pun balas la senyuman dia.. mak selalu pesan, orang berbudi kita berbahasa..
saya pun balas dengan senyuman yang ikhlas juga..
apa lagi yang saya rasa..?
hati dan jiwa saya semakin tenang.. semakin lapang..
semacam semua stress dan serabut tadi dah melayang keluar dari jiwa saya..
macam tak percaya hanya dengan senyuman boleh merubah hari saya..
dari kelam terus jadi ceria..
suami balik je kerja.. saya siap bercerita kat dia pasal keajaiban senyuman ni..
rasa positif dari pagi tadi terbawak-bawak sepanjang hari..

benar la senyuman itu satu sedekah..
senangnya untuk bersedekah kan..
hanya dengan sebuah senyuman yang ikhlas..
yang pasti saya masih teringatkan hari itu..
hari yang mengajar saya tentang nilai sebuah senyuman (^◕‿◕^)






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...