Wednesday, 9 October 2013

Krisis Penyembuhan atau Healing Crisis

Ramai yang telah mencuba Shaklee.
Ada yang kali pertama ambil dan dah rasai perubahan yang baik.
Ada pula mengambil masa beberapa hari, ada yang selepas seminggu atau selepas sebulan baru nampak perubahan.
Ada yang serasi terus maksudnya tubuh boleh terima supplement Shaklee tanpa masalah.
Ada juga yang mula pening, sakit kepala, kelesuan, badan naik ruam dan sebagainya.

Apakah supplement Shaklee ni ada kesan sampingan ?

Jawapannya adalah TIDAK.

Apa yang dilalui oleh anda sebenarnya tidak lebih daripada Krisis Penyembuhan atau Healing Crisis.

Jom kita lihat beberapa soalan popular berkisar dengan Krisis Penyembuhan ini..


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan atau healing crisis?

Jawapan:
Ia merupakan satu proses berterusan di dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. Toksin-toksin lama di dalam badan akan dibersihkan dan disingkirkan. Semasa proses penyingkiran ini, badan akan mengalami tanda atau simptom yang mana akan membuatkan kita rasa kurang selesa dan ia dipanggil krisis penyembuhan. 
Untuk info, dalam perubatan Cina, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Soalan:
Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau supplement?

Jawapan:
Menurut Professor Yoshio Niwa iaitu seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrient, nutrient itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu lama dengan yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 
Sebagai contoh, jika anda mula mengalami ruam pada kulit atau pening kepala atau kahak berlebihan selepas pengambilan supplement, ini merupakan satu tanda bahawa badan anda sedang menjalani proses menyahtoksin.
Sebagai analogi, andaikan badan anda seperti sebatang besi paip yang berkarat. Apabila anda meletakkan serbuk anti-karat, anda akan mendapati banyak karat mula terhakis keluar dari besi paip tersebut. Anda pastinya akan merasa teruk melihat keadaan itu. Tetapi selepas semua karat disingkirkan, barulah paip itu menjadi lebih bersih dan kembali berkilat seperti baru.


Soalan:
Apakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

Jawapan:
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau supplement yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk. Tetapi hakikatnya ia adalah semata-mata proses penyembuhan semulajadi dan merupakan petanda yang sangat baik dalam menyediakan tubuh badan kita untuk menerima khasiat sebenar dari supplement yang diambil.


Soalan:
Adakah setiap orang akan mengalami petanda atau simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

Jawapan:
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu langsung tidak akan mengalami krisis penyembuhan. Sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mengambil supplement. Dan sesetengah individu pula hanya merasainya selepas seminggu atau sebulan pengambilan.
Kesannya juga berbeza. Jika terdapat lebih banyak toksin di dalam badan, maka lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Soalan:
Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

Jawapan:
Ini bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil tempoh 1-3 hari atau mungkin berminggu lamanya.


Soalan: 
Saya mengambil supplement tetapi saya masih lagi belum merasai sebarang perubahan positif. Mengapa?

Jawapan:
Secara umumnya selepas 1-2 bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya. Sebagai contoh, badan semakin bertenaga, kulit wajah semakin berseri, pergerakan semakin lancar, tidak lagi mengalami bersin-bersin seperti kebiasaannya. Sekiranya tiada lagi sebarang perubahan positif, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti di bawah:

  Tidak mengamalkan supplement setiap hari
  Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
   Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. 
      Contohnya seperti mengambil supplement bersama minuman berkafein, berkarbonat atau
      beralkohol dan juga merokok
  Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
   Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana     
      rawatan ataupun supplement
   Mengalami masalah emosi


Soalan:
Berikan contoh-contoh krisis penyembuhan yang biasa berlaku?

Jawapan:

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia University


Jika anda mengalami sebarang simptom seperti di atas ketika mengambil mana-mana supplement Shaklee, jangan risau dan jangan cepat mengalah. Semoga anda cekal menghadapi krisis penyembuhan kerana ianya hanya bersifat sementara. InsyaAllah selepas krisis penyembuhan berakhir, kesihatan anda akan bertambah baik dari sebelumnya. Amin..




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...