Sunday 17 November 2013

Set Gastrik

GASTRIK

Saya dan gastrik, sangat sinonim.. macam kawan baik je gastrik ni.. sentiasa hadir dalam hidup ini..
Gastrik ni ramai yang anggap masalah biasa.. 
"ala.. sakit perut biasa je tu.. pergi makan cepat-cepat.. lepas tu baik la perut tu.."

Sebenarnya tidak semudah itu nak merawat gastrik.. bila asid perut makin bertambah, makanan yang diambil mungkin akan membuatkan sakit itu bertambah teruk.. 

APA ITU GASTRIK ?

Gastrik atau nama perubatannya, gastrisis, merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa). Gastrik ini turut juga digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi, termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 

Lazimnya, inflamasi berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

** Tidak semua kesakitan di bahagian perut disebabkan oleh gastrik, oleh itu pesakit perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum menganggap sakit di bahagian perut itu adalah gastrik.




SIMPTOM GASTRIK

  • Sakit pada bahagian atas perut. Ia boleh reda atau semakin sakit apabila makan
  • Perut menjadi sensitif terhadap makanan berasid (masam), pedas atau minuman berkarbonat
  • Mual dan loya
  • Muntah
  • Kerap sendawa
  • Hilang selera dan perut terasa sebu
  • Perut bahagian atas terasa ‘penuh’ dan senak selepas makan walaupun makan sedikit
  • Hilang berat badan
  • Pedih ulu hati


PUNCA GASTRIK

  • Merokok
  • Minum minuman berkafein, bergas dan beralkohol
  • Jangkitan bakteria helicobacter pylori
  • Tabiat pemakanan tidak mengikut waktu
  • Tekanan
  • Bahan-bahan kimia seperti non-Steroid Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs)


CARA MENGATASI GASTRIK

  1. Makan secara bijak. Makan lebih kerap, tetapi dalam kuantiti sedikit. Ia boleh menampan penghasilan asid perut. 
  2. Elakkan makan makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan pedas, masam, berempah, berminyak, bergoreng dan berlemak.
  3. Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
  4. Sesetengah buah-buahan juga patut dielakkan oleh pesakit gastrik seperti buah-buahan citrus seperti oren dan lemon dan buah-buahan 'watery fruit' seperti tembikai, tembikai susu dan anggur. 
  5. Elakkan tidur sebaik selepas makan. Tidur selepas makan hanya mengundang kepada masalah penghadaman, kegemukan dan masalah-masalah kesihatan lain. Seeloknya, hanya tidur 4 jam selepas makan,
  6. Elakkan minuman berkafein, bergas dan beralkohol.
  7. Berhenti merokok. Asap rokok memberi kesan kepada lapisan pelindung dalam perut. Merokok akan menggalakkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan meningkatkan risiko ulser bertukar menjadi kanser.
  8. Kekalkan berat badan seimbang. Masalah ketidakhadaman makanan boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira berat badan, tetapi sakit perut akibat refluks asid lebih kerap melanda orang gemuk.
  9. Banyakkan bersenam. Sebarang jenis senaman aerobik (30 minit sehari) sebenarnya membantu meningkatkan kadar pernafasan dan degupan jantung yang secara tidak langsung merangsang aktiviti otot usus. Ia memudahkan aliran makanan ke dalam usus.
  10. Belajar mengendalikan tekanan. Tekanan meningkatkan penghasilan asid perut dan memperlahankan proses pencernaan makanan. Ini menyebabkan seseorang lebih berisiko mengalami masalah sakit perut dan mendapat gejala gastrik.

SHAKLEE & GASTRIK

Untuk membantu merawat gastrik, anda boleh mengamalkan supplement-supplement ini..

ESP (Energizing Soy Protein)
 

 ~ Merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan dalam perut.

~ Nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu dalam membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Ostematrix
 

 ~ Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

~ Bagi sesiapa yang menghadapi masalah alah laktosa pastinya akan semakin sakit perut bila mengambil makanan atau minuman berasaskan tenusu, jadi anda boleh mengambil Ostematrix sebagai makanan tambahan anda.



Peppermint Ginger Plus

~ Mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

~ Tablet ini juga boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan air panas untuk dijadikan minuman herba semulajadi.




Ingin merawat gastrik dengan Shaklee ?? 

Hubungi saya:
ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...