Tuesday, 6 May 2014

10 Tips Cepatkan Metabolisme Badan

Orang kata makin berusia seseorang itu, makin rendah tahap metabolisme badannya..
Jadi ada ke cara untuk meningkatkan tahap metabolisme badan?
Pasti ada kan.. semua masalah tentu sekali ada jawapannya..

10 Tip Cepatkan Metabolisme Badan 

1. Minum air secukupnya. 

~ banyakkan minum air putih ~


2. Jangan lupa supplement KALSIUM. Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. 


3. Makan! Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protein yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih. 


4. Tidur yang cukup. Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. 

~ tak tahan tengok baby3 ni tidur, cute sangat lagi2 yg baju coklat tu ~


5. Jangan stress. Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. 


6. Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda. 


7. Lakukan senaman menggunakan pemberat.

~ 1, 2, 3, 4, 5 ......... ~


8. C untuk cergas. Supplement Vitamin C juga penting. VITAMIN C DAN KALSIUM adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.


9. Pedas! Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.


10. Minum Teh Hijau atau Teh Oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.


Jadi jangan la gundah-gulana bila tahap metabolisme kita dah mengurang..
Sekarang bila dah tau ni senang la nak amalkan ye..
Kalau perlukan bantuan supplement pula, boleh la diamalkan pengambilan supplement seperti..
OSTEMATRIX iaitu KALSIUM
VITAMIN C
CINCH ENERGY TEA MIX iaitu Teh Hijau

InsyaAllah pasti membantu :)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...