Saturday 25 January 2014

Panduan Pengambilan Vitamin Shaklee

Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?

Tahukah anda jika anda mengambil vitamin secara banyak sekaligus, kesannya adalah berbeza dengan mereka yang mengambil mengikut masa yang disyorkan..

Kenapa??
Kerana ia akan memberi kesan pada kadar penyerapan vitamin tersebut sama ada mendapat hasil yang optimum ataupun tidak.. 

Di sini saya kongsikan sedikit info berhubung panduan dan jadual pengambilan vitamin Shaklee..

BASIC RULES : DO

Vitamin Larut Air (B & C)
Seeloknya vitamin ini diambil bersama segelas air dan jika boleh cuba elakkan selepas pengambilan makanan yang berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K)

Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak.


OsteMatrix (Calcium)
Seeloknya diambil sebelum tidur bersama produk tenusu seperti susu. 
Iron
Seeloknya diambil bersama vitamin C, ini kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap.

Zinc
Seeloknya zinc diambil semasa perut kosong (sebelum makan) untuk penyerapan yang lebih optimum. Jika ada masalah gastrik, zinc boleh diambil bersama makanan. Ini untuk mengelakkan rasa loya.
Pengambilan air putih sebanyak 2-3L sehari.



BASIC RULES : DON'T!

  Alfalfa & Vitamin E 
Elakkan pengambilan Alfalfa bersama Vitamin E kerana Alfalfa akan menggangu penyerapan vitamin E.

Alfalfa & GLA Complex
GLA Complex juga mempunyai vitamin E, jadi sebolehnya elakkan pengambilan Alfalfa bersama mana-mana sumber vitamin E.

Kalsium & Iron
Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vita Lea mempunyai iron. Jadi, elakkan pengambilan bersama OsteMatrix.   

Vitamin & Kafein
Pengambilan vitamin bersama kafein seperti teh & kopi akan mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.

Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil Vita Lea kerana Vita Lea mempunyai iron.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...