Anak susah makan atau tiada selera makan adalah antara masalah yang sering dikeluhkan
oleh ibu bapa.
Bermacam-macam cara telah dilakukan namun ianya
seolah tidak berhasil untuk mengatasi masalah ini. Ada ibu bapa yang menjadi tertekan dan stress setiap kali mahu memujuk anak untuk
menjamah makanan.
Mereka seringkali khuatir sekiranya anak
mereka tidak mendapat gizi seimbang setiap kali makan, lebih-lebih lagi pada anak yang sememangnya susah makan.
Lazimnya masalah ini bermula ketika usia anak memasuki tahun pertama. Antara masalah yang sering dihadapi adalah seperti menolak makanan, tidak suka makan sayur, hanya mahu makan jenis-jenis makanan yang tertentu sahaja (picky eater) atau mengemam makanan di dalam mulut dengan tempoh yang agak lama tanpa mahu ditelan.
Lazimnya masalah ini bermula ketika usia anak memasuki tahun pertama. Antara masalah yang sering dihadapi adalah seperti menolak makanan, tidak suka makan sayur, hanya mahu makan jenis-jenis makanan yang tertentu sahaja (picky eater) atau mengemam makanan di dalam mulut dengan tempoh yang agak lama tanpa mahu ditelan.
Untuk mengatasi masalah ini, saya ingin kongsikan sedikit tips untuk membantu ibu bapa menghadapi situasi tersebut agar anak-anak mereka lebih berminat untuk makan.
Antara tips yang boleh ibu bapa praktikkan seperti:
- Berikan anak anda variasi menu dalam pemakanan hariannya. Boleh juga tanyakan anak apa menu kesukaannya.
- Gunakan kreativiti untuk menghias makanan anak supaya dapat menarik minatnya untuk makan.
kalau buat bento macam ni mesti anak suka kan..
- Jadikan waktu makan sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan
- Makan bersama-sama anak.
- Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
- Sediakan satu jadual pemakanan dan ikut jadual tersebut secara disiplin. Ini akan mengajar anak untuk terbiasa dengan rutin pemakanan hariannya.
- Kurangkan makan snek atau makanan ringan di antara waktu makan.
- Jangan paksa anak makan. Cara ini hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan makan adalah satu paksaan!
- Alihkan juga perhatian anak daripada sebarang gangguan seperti televisyen dan sebagainya.
- Libatkan anak dalam proses penyediaan makanan. Ini akan membuatkan mereka merasa lebih dihargai.
- Hadkan pengambilan air semasa makan. Meminum air yang terlalu banyak ketika makan akan membuatkan anak merasa kenyang dan tidak mahu makan lagi.
- Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
- Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makanan lagi.
Dan...... antara tips atau penyelesaian untuk anak-anak bermasalah seperti ini adalah dengan memberikan anak-anak anda Meal Shakes. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin di dalam bentuk minuman. Minuman berkhasiat ini mampu menampung zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak anda.
Jika anda berminat untuk mendapatkan Meal Shakes untuk anak-anak anda, boleh la hubungi saya ye..
Atirah Khalim
FB Page : Cinta Vitamin Semula Jadi
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ Whatsapp : 019-9864611
No comments:
Post a Comment