Tuesday, 25 February 2014

Maksud label pada buah-buahan

hari ni saya nak berkongsi satu info.. 
untuk panduan kita semua..
info ni berkaitan dengan label yang ada nombor-nombor tertentu dan juga kod bar
yang biasa kita tengok dilekatkan pada buah-buahan seperti epal, pisang dan lain-lain lagi..
tahukah anda apa maksud nombor-nombor tersebut?



1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU, itu bermakna produk itu ditanam secara konvensional atau tradisional iaitu dengan penggunaan racun serangga. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011. 

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8″, ini bermakna produk itu adalah produk GMO. Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9″, itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO). Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

  PLU - Price Look Up

Untuk lebih difahami, boleh tengok gambar kat bawah ni..

mana satu pilihan anda ?
kalau saya, saya pilih yang tengah tu, yang organik..

jadi, bila dah tau maksud nombor kat label tu, sila la rajin-rajin belek dan tengok nombor yang ada pada buah-buah yang kita nak beli tu..
seboleh-bolehnya pilih la yang organik, lebih selamat untuk seisi keluarga..


kalau la ada buah yang dah dilabel terus 'organic' lagi senang kan..
terus je ambil, tak susah-susah nak ingat kod nombor lagi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...