Sunday, 23 February 2014

Apa maksud NON-GMO & GMO ??

APA MAKSUD NON-GMO ?


Secara jujurnya saya tak pernah nak ambil tahu apa benda berkaitan Non-GMO ini.. 
Tapi lepas saya join Shaklee, baru la saya familiar dengan maksud Non-GMO.. baru la mula mencari maklumat berhubung Non-GMO.. maklum la produk Shaklee ini dijamin Non-GMO !!

Ok untuk lebih difahami.. 
Maksud Non-GMO ialah bahan yang TIDAK DIUBAH SECARA GENETIK atau bahasa mudahnya BAHAN MAKANAN YANG TIDAK DICAMPUR DENGAN BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN.

Contoh bahan kimia itu adalah baja kimia. Selalunya kalau makanan yang bukan dari baja organik memang ada kesan sampingan. Lagi-lagi kalau makanan yang telah diproses untuk dijadikan makanan segera. 

Contohnya : kacang soya yang telah dikotakkan, kita perlu ambil tahu bahan-bahan dan cara pemprosesannya. Jika ia dari kacang soya yang tidak organik (menggunakan baja kimia, prestisid dan sebagainya) ianya mengandungi khasiat yang rendah tapi tinggi NITRAT. Kandungan NITRAT yang tinggi boleh membawa kepada KANSER !! 
Kacang soya GMO ini lebih murah untuk dihasilkannya dan berisiko tinggi kepada kesihatan pengguna kerana ianya mengandungi toksin yang tinggi.


APA PULA MAKSUD GMO ?

GMO atau Genetically Modified Organisms bermaksud tumbuh-tumbuhan (atau binatang) yang dihasilkan melalui teknik bioteknologi penggabungan gen (dikenali juga sebagai Genetic Engineering).

Ia adalah proses pengambilan gen daripada satu spesis dan kemudian memasukkanya ke dalam satu spesis yang lain dengan tujuan untuk menghasilkan suatu bentuk sifat atau ciri-ciri yang diingini.


 
kalau terjumpa jagung macam ni suatu hari nanti, mahunya pengsan !! ohhhh tidak !!


Di dalam proses Genetic Engineering ini, jurutera genetik sentiasa menemui kesan-kesan sampingan yang tidak diingini. Antaranya ialah, Tumbuhan GM:
  • Menghasilkan toksin
  • Bertindakbalas dengan keadaan cuaca secara berbeza
  • Mengandungi sama ada terlalu banyak atau pun terlalu sedikit nutrien
  • Menjadi berpenyakit atau rosak dan kemudiannya mati 

mungkinkah satu hari nanti akan ada buah epal-limau-hijau macam ni ??


Kajian terhadap pemberian makanan GMO kepada binatang mendapati :
  • Ketumbuhan sel berpotensi pra-kanser
  • Kerosakan sistem imunisasi
  • Otak, hati dan testikel yang lebih kecil
  • Kemerosotan separa atau peningkatan kepadatan hati
  • Bentuk sel nukleus yang ganjil
  • Lain-lain anomali yang tidak dapat diterangkan, kehamilan palsu dan kadar kematian yang lebih tinggi.

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

nota kaki : ESP, Energizing Soy Protein dihasilkan daripada kacang soya NON-GMO..
Sudah pastinya ESP antara produk kacang soya terbaik di pasaran di mana ESP selamat dan sesuai diambil untuk diet seharian, ibu hamil, ibu menyusu, untuk menurunkan berat badan dan untuk kecantikan kulit..




6 comments:

  1. Nice sharing..Tgh google tentang Non GMO

    ReplyDelete
  2. Thanks for your info dear... Sangat bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. terjawab persoalan saya tentang isu soya ni. Tq ye.

    Jemput lawat blog saya : http://suplement4us.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Good info..^_^ Mungkin selepas ini masyarakat boleh mengubah mind set bahawa bukan kesemua soya boleh menjadi punca kepada kanser. Soya GMO yang berisiko kepada kanser sebenarnya..

    ReplyDelete
  5. penjelasan yang ringkas namun perlukan sedikit pemahaman agar mudah pembaca untuk lebih faham. apa itu GMO dan non GMO. penjelasan pendek tapi padat. mcam mana nak jelaskan kat orang "berusia' untuk kefahaman yang tepat?

    ReplyDelete
  6. Tq sis info nya. Baru tahu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...