Friday 21 February 2014

Urin menjadi kuning kerana B-Complex?

Ada kawan yang bertanya..
kenapa air kencing berwarna kuning lepas consume vitamin B-Complex?? Normal ke tak ni??



Buat kawan saya tu, jangan la risau ye.. tiada apa yg bahaya..

Itu adalah perkara normal kerana B-Complex merupakan vitamin larut air di mana molekul yang berlebihan dan tidak diperlukan akan disalur keluar melalui air kencing..
Jika badan kekurangan air, urin anda akan kelihatan kuning pekat disebabkan riboflavin tadi..
Jadi selepas mengambil B-Complex, pastikan pengambilan air kosong yang banyak.. 
InsyaAllah warna urin akan menjadi normal kembali..

Apa pula riboflavin dan apa pula kaitannya dengan urin yang berwarna kuning?
Untuk info, riboflavin adalah salah satu unsur yang terdapat dalam vitamin B-Complex..
Jom kita tengok maksud riboflavin dari Wikipedia untuk lebih difahami..

The name "riboflavin" comes from "ribose" (the sugar whose reduced form, ribitol, forms part of its structure) and "flavin", the ring-moiety which imparts the yellow color to the oxidized molecule (from Latin flavus, "yellow"). The reduced form, which occurs in metabolism along with the oxidized form, is colorless.*


Namun adalah bagus untuk kita mengenal warna urin dan simptom yang datang bersamanya:

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B-Complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akibat pengambilan vitamin B-Complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome



Vitamin B-Complex yang sangat la kuning warnanya..

Di bawah ini adalah carta warna urin, nanti boleh la padankan dengan warna urin sendiri untuk lebih tau adakah badan kita mengalami dehidrasi atau pun tak ye..

 warna urin anda yang mana? oppss itu kan rahsia ( ^ₒ^)

Apa-apa pun lepas consume vitamin B-Complex ni urin anda akan bertambah warna kuning, jadi amat dinasihatkan minum air yang banyak ye.. nanti tak ada la terkejut dengan warna urin sendiri (^__^)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...