Tuesday, 6 January 2015

Cerita 6 Januari..

Assalamualaikum..

Lama betul saya tak menulis.. tup tup dah masuk tahun 2015 dah..
Belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru buat semua..

Hari ni 6 Januari.. berdebar bila saya tengok tarikh hari ni..
Saya cuba ingat balik apa yg jadi pada tarikh ni......
Tiba2 teringat 2 tahun yg lepas pada tarikh ni suami operate adenoid & bengkak belakang telinga dia.. masa tu cuma anggap bengkak biasa je..

Tapi tak sangka 10 hari lepas operate, masa suami ada appointment dgn doktor.. doktor bagitau satu benda..
Bila sampai rumah suami senyap je, tanya doktor ada bagitau apa2 tak? Dia senyap..
Kita ni isteri dah dapat agak ada yg tak kena.. bila tanya banyak kali baru dia cerita..
".. doktor bagitau bengkak yg operate hari tu ada sel kanser.."
".. kanser! Allahuakbar.. kanser apa?
".. kanser darah, kanser limfoma.."
".. kanser limfoma?.. stage berapa?"
".. tak tau lagi kena wat ujian dulu baru tau stage berapa.."

Dah tak leh nak cakap apa lagi.. tengok dia.. tengok anak2.. Ya Allah besarnya ujianMu.. tapi peliknya saya boleh terima dan langsung tak menangis.. dalam hati teringat kata2.. Allah uji sebab Allah sayang kita.. itu la buat saya boleh terima.. hari tu jugak kami buat keputusan utk cancel kan plan ke australia.. sepatutnya sebulan dari tarikh tu kami akan ke wollongong sebab suami akan sambung belajar di sana.. graduate house pun dah booked.. tp kesihatan lebih penting dari semuanya..

Dan lepas ujian bone marrow dibuat dapat tau kanser dah stage 4.. yg ni saya memang menangis tapi bukan dpn suami.. berlari masuk bilik, masuk dapur, masuk toilet tiap kali nak nangis.. sebabnya saya tak nak suami nampak, risau dia sedih.. cabaran nak bagi anak2 faham pun ada jgk..

Tapi saya selalu positif suami akan sembuh.. tak pernah sekali saya tinggalkan suami.. semua benda yg saya buat, saya libatkan dia agar dia tau saya sentiasa & sangat perlukan dia dan semoga semangat dia utk hidup makin tinggi.. sebenarnya masa awal2 suami sakit, dia sangat down..

Dan yg ajaibnya sepanjang diuji dengan sakit suami.. banyak sgt hikmah yg kami dapat.. benar la semua yg berlaku ada hikmahnya..

Dan alhamdulillah selepas 6 cycle kimoterapi suami makin baik.. sekarang ni alhamdulillah lepas 2 tahun semuanya kembali normal.. semoga kami sekeluarga sentiasa sihat, bahagia & baik2 selalu jika diizinkanNYA :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...