Monday, 28 October 2013

CoQ Health Plus

CoQ Health Plus adalah produk terbaru dari Shaklee.
CoQ Health Plus ini dikenali sebagai supplement untuk penjagaan jantung.
Selain itu, terdapat banyak manfaat lain yang kita boleh dapat dari supplement ni.

Jom saya kongsikan serba sedikit info berkaitan CoQ Health Plus ini..

APA SEBENARNYA COQ10?

CoQ10 atau nama panjangnya Coenzyme Q10 adalah sejenis vitamin antioksida larut lemak yang terbentuk secara semulajadi di dalam setiap sel di dalam tubuh kita.

CoQ10 merupakan pencetus tenaga di mana ia sangat diperlukan untuk membolehkan sel-sel tubuh kita menghasilkan tenaga sendiri agar sel-sel tubuh kekal berfungsi. Ia bertanggungjawab menghasilkan tenaga dalam setiap sel. Proses penghasilan tenaga ini berlaku beribu-ribu kali setiap saat. CoQ10 ini ditemui lebih banyak di dalam organ-organ yang kuat berkerja seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.

Tahap CoQ10 semulajadi dalam badan akan berkurangan apabila kita meningkat usia. Sebab itulah salah satu alternatif untuk mendapatkan CoQ10 ini adalah dengan mengambil CoQ Health Plus Shaklee. 

 


APAKAH BAHAN-BAHAN YANG TERDAPAT DALAM COQ HEALTH PLUS?

Produk ini diadun dari bahan semulajadi sepenuhnya. Tiga bahan penting dalam CoQ Health Plus ini ialah CoQ10, Vitamin E dan Ekstrak Teh Hijau. 
  • CoQ10 : diperolehi dari proses penapaian yis yang telah diuji sumbernya dan mempunyai bioavailability yang tinggi. CoQ10 ini adalah bebas gluten
  • Vitamin E : gabungan vitamin E dan CoQ10 akan menghasilkan kuasa antioksida yang lebih baik kerana CoQ10 berfungsi mengitar dan menjana semula vitamin E di dalam sel
  • Ekstrak Teh Hijau : memberi manfaat yang tinggi kepada kesihatan jantung dari sejenis bahan yang ditemui dalam teh hijau iaitu procyanidins   



SIAPAKAH YANG BOLEH MENGAMBIL COQ10?

  • Mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung ataupun mengalami masalah jantung (CoQ10 membantu meningkatkan tenaga otot jantung dan membaiki kapasiti mengepam ke jantung)

  • Mereka yang menghidap kanser, masalah imuniti, saraf (seperti Parkinson dan Alzheimer), tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, migrain dan asma

  • Mereka yang mengalami masalah kesuburan terutamanya lelaki kerana Coenzyme Q10 dipercayai meningkatkan keupayaan sperma

  • Mereka yang sering keletihan, kelesuan dan mengah-mengah

  • Mereka yang ingin mengawal berat badan

  •  Mereka yang inginkan kulit cantik dan sihat kerana CoQ10 membantu membaiki peredaran darah (membekalkan oksigen dan nutrisi untuk menghasilkan sel baru yang lebih muda)

  • Mereka yang mengambil ubat-ubatan yang dipercayai mengurangkan penghasilan Coenzyme Q10 secara semulajadi oleh tubuh




SIAPAKAH YANG TIDAK BOLEH MENGAMBIL COQ10?
 
  • Wanita mengandung
  • Wanita yang menyusukan anak
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
  • Mereka yang mengambil ubat tekanan darah (perlu meruju kepada doktor terlebih dahulu)



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA COQ HEALTH PLUS INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045019-9864611


Saturday, 26 October 2013

senyum la sikit..

assalamualaikum & selamat pagi semua..

pagi-pagi ni elok kita mulakan hari dengan sesuatu yang positif kan..
apa-apa sahaja yang positif, janji tolak jauh-jauh persekitaran negatif..
benda-benda negatif ni bukan sahaja boleh buat hati dan jiwa kita terganggu dan tak tenang..
malah boleh naikkan darah kita, badan kita pula akan tambah berasid..
bila badan banyak sangat asid mula la timbul penyakit-penyakit tak elok..
kemurungan, darah tinggi, stroke, kanser dan banyak lagi..
tak pasal-pasal juga nanti stress la, berserabut la..

apa nak buat?
jangan lupa beristighfar, berzikir, berdoa dan sujud padaNYA..
mohon padaNYA supaya hati kita lebih tenang, lebih lapang, lebih tenteram..
insyaAllah DIA pasti mendengar..

selain itu.. dari sudut kesihatan pula..
boleh ambil vitamin untuk saraf seperti vitamin B-Complex..
cuba la sebiji je sehari.. insyaAllah akan membantu juga..
dan cuba untuk selalu berfikiran positif..
paling senang mulakan dengan senyuman..

senyuman ni boleh buat kita tenang dan gembira.. malahan rasa bahagia..
saya pernah suatu masa.. pagi-pagi lagi dah stress.. dah berserabut..
semasa saya keluar untuk bye-bye suami keluar bekerja..
ada seorang kakak ni tengah drive, dia lalu depan rumah saya..
saya tak kenal pun dia..
tapi mungkin dia tengok muka saya keruh je..
dia pun tersenyum pada saya dengan senyuman yang ikhlas..

apa saya rasa..?
tiba-tiba saya sangat lega.. sangat tenang..
saya pun balas la senyuman dia.. mak selalu pesan, orang berbudi kita berbahasa..
saya pun balas dengan senyuman yang ikhlas juga..
apa lagi yang saya rasa..?
hati dan jiwa saya semakin tenang.. semakin lapang..
semacam semua stress dan serabut tadi dah melayang keluar dari jiwa saya..
macam tak percaya hanya dengan senyuman boleh merubah hari saya..
dari kelam terus jadi ceria..
suami balik je kerja.. saya siap bercerita kat dia pasal keajaiban senyuman ni..
rasa positif dari pagi tadi terbawak-bawak sepanjang hari..

benar la senyuman itu satu sedekah..
senangnya untuk bersedekah kan..
hanya dengan sebuah senyuman yang ikhlas..
yang pasti saya masih teringatkan hari itu..
hari yang mengajar saya tentang nilai sebuah senyuman (^◕‿◕^)






Thursday, 24 October 2013

bila balik kampung.. gini la selalunya..

minggu lepas saya pulang ke kampung di kota bharu..
best sangat bila bersama-sama famili..
mak macam biasa la tiap tengah hari mak masak yang simple-simple je tapi sangat sedap..
orang kata air tangan mak kan.. penuh dengan kasih sayang..
ini la gambar lauk tengah hari saya.. 

 

kat meja makan ni ada ikan singgang, ikan goreng, ikan rebus, ayam goreng, daging dan hati goreng, ulam-ulam sikit dan selera orang kelate mesti ada budu.. kat sini ada 2 jenis budu.. budu raja dan budu durian.. aik budu pun ada nama raja-raja jugak ek.. hehe.. budu raja ni budu yang dah masak siap-siap.. sedap sangat.. rasanya lain dari budu botol.. tapi budu durian pun best jugak.. orang kata terangkat abis!!

petang jumaat pulak.. terasa malasnya nak kuar jalan-jalan.. so melepak je la kat rumah dengan suami, anak-anak dan adik-adik.. semua pakat ngadap laptop.. alisya ni kalau dah ngadap laptop mesti tengok youtube.. dia suka tengok tutitu la, barbie in the dreamhouse la, upin ipin la.. kalau faris lak asyik main game je..


 

malamnya pulak.. saya ajak satu famili kuar makan malam kat luar.. ada rezeki lebih sikit, bonus dari Shaklee.. elok la saya belanja famili kan.. tapi malam tu ayah tak ikut sebab ada hal.. ayah ni memang aktif la pergi meeting itu la, meeting ini la, usrah la, macam-macam la..

ni gambar kat restoran kami gi malam tu.. gambar sebelum makan je ada.. gambar makanan lupa ambil.. sebab lapar, sampai je order terus makan je.. lupa semua benda.. hehe..

 
faris, papa, syamil, syakir & adli


 mak, saya & alisya


 alisya wat peace!! puas dia betulkan jari tapi tak leh jugak.. hehe..


seronok betul balik bila ada adik-adik kat rumah.. riuh rendah rumah.. yang penting mak dan ayah dah terubat rindu kat cucu-cucu mereka ni.. saya ingat pesan mak, jangan pisahkan datuk nenek dengan cucu-cucu.. selalu la balik jengok orang tua.. pesan tu saya pegang.. sampai sekarang setiap minggu saya akan balik ke kampung suami untuk jengok mertua dan setiap 2 atau 3 minggu sekali saya akan pulang ke kampung jumpa mak dan ayah.. saya suka nak tengok muka mak ayah dan mertua bila jumpa cucu-cucu mereka ni.. rasa tenang je bila boleh gembirakan hati orang tua.. bagi saya ingatan dari anak ni sangat-sangat dihargai oleh setiap ibu bapa.. saya impikan bila dah tua nanti anak, menantu dan cucu-cucu saya juga akan sentiasa pulang bertemu saya.. jauh lagi masa tu.. tapi saya sentiasa mendoakan untuk masa depan saya..




Monday, 21 October 2013

Makan supplement tapi tak ada kesan.. kenapa?

Ada antara kita yang mengambil supplement atau vitamin tapi masih belum merasa perubahan yang positif.
Dalam kata mudah, supplement atau vitamin yang diambil tidak memberi kesan seperti yang diinginkan.

Kenapa tidak berkesan?

Tahukah anda yang sebenarnya terdapat cara-cara dan peraturan dalam pengambilan makanan tambahan ni.
Kalau kita ambil secara sekadar ambil je, tak ada la kesan yang optimum.
Setiap apa yang kita buat mesti ada guide kan. 
Sama la dengan makanan tambahan ni. Tak de la main redah je.
Jadi untuk mendapatkan hasil yang terbaik, jom baca apa yang saya kongsikan di bawah ni..

1. Minum air putih

Semasa mengamalkan pengambilan supplement, kita disarankan untuk mengamalkan minum air putih yang banyak bagi membantu penyerapan supplement dengan lebih baik.
Kita tidak digalakkan mengambil supplement bersama minuman berkafein atau berkarbonat kerana ia hanya akan mengganggu penyerapan nutrient.
Meminum minuman manis yang berwarna dan berperisa juga boleh meningkatkan kepekatan darah dan ianya boleh menyebabkan kegemukan.

Saranan: Jika mengambil supplement, kita disarankan mengamalkan pengambilan air putih sekurang-kurangnya 3 Liter sehari.




2. Mengambil supplement atau vitamin secara banyak sekaligus pada satu-satu masa

Ada antara kita setiap kali mengambil supplement pasti mengambil secara banyak sekaligus pada satu-satu masa. Alasannya kalau ambil sikit-sikit nanti terlupa pulak. Sebagai contoh, ramai yang mengambil 2 hingga 4 jenis supplement sekaligus sebelum tidur dan untuk setiap supplement, kuantitinya pula melebihi 1 biji setiap satu. Bertambah-tambah banyak pula dibuatnya.

Pengambilan supplement dengan banyak sekaligus sebenarnya tidak elok kerana ia boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa-masa tertentu, lebih-lebih lagi pengambilan sebelum tidur. Sedangkan pada waktu itu, kita dah kurang mengambil air bagi membantu penyerapan khasiat supplement yang telah diambil. Kita juga sebenarnya sedang membebankan buah pinggang kita untuk memproses semua ini. 

Saranan: Kita disarankan untuk mengagihkan supplement-supplement tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi diambil pada waktu-waktu berlainan.




3. Elakkan pengambilan supplement atau vitamin bersama ubat

Sekiranya anda sedang berada dalam pemantauan doktor dan sedang mengambil ubat-ubatan dari doktor dan bercadang untuk mengambil supplement pada waktu yang sama, elakkan daripada mengambil kedua-duanya secara serentak. Perkara ini perlu dititikberatkan untuk mengelakkan timbulnya kecelaruan dalam sistem tubuh badan anda. Ia juga boleh menyebabkan gangguan untuk penyerapan yang optimum bagi kedua-duanya.

Saranan: Cuba sediakan jadual pengambilan ubat dan supplement yang diambil bagi mengelakkan pengambilan serentak berlaku. Jika anda mengambil ubat dari doktor pada sebelah pagi, anda boleh mengambil supplement pada sebelah malamnya. Namun, jika anda perlu mengambil kedua-duanya secara berturutan, anda boleh amalkan mengambil supplement selepas 2-3 jam selepas anda mengambil ubat yang disarankan oleh doktor anda.





4. Pengambilan kafein dalam diet harian

Bagi penggemar tegar minuman berkafein dan menjadikan minuman jenis ini sebagai minuman wajib dalam diet harian, pastinya sukar untuk berhenti daripada mengambilnya. Dari satu sisi, minuman ini mampu memberi tenaga dan dapat mengelakkan rasa mengantuk semasa bertugas. Dari satu sisi yang lain pula, pengambilan minuman berkafein boleh mengganggu penyerapan  nutrisi dari supplement yang anda ambil. Bila anda mengambilnya dalam kuantiti yang banyak secara berterusan, ia boleh menyebabkan berlakunya pembaziran pada khasiat supplement yang diambil. Ini kerana minuman berkafein tidak memberikan apa-apa kebaikan pada nilai nutrisi yang diambil menyebabkan anda tidak akan mendapat kesan seperti yang diimpikan.

Saranan: Jika anda gemar mengambil kopi atau teh sebanyak 3 cawan sehari, kurangkan menjadi 1 cawan sahaja sehari. Jadikan ia sebagai amalan, sehingga anda boleh berhenti daripada mengambilnya dan akhirnya melupakan minuman kegemaran anda ini. Pengambilan supplement tanpa minuman berkafein akan membuatkan anda lebih bertenaga dan ceria sepanjang hari. Sekiranya anda masih sukar untuk menahan diri daripada minuman berkafein ini, anda boleh jarakkan masa pengambilan antara minuman berkafein dan supplement. 






Saturday, 12 October 2013

terkena air panas

petang semalam..
jari-jemari tangan kiri saya terkena air panas..
sakitnya Tuhan je tau..
berdenyut-denyut dan tangan kiri dah merah-merah dah..
sampaikan nak bergerak pun sakit..
selalunya saya letak kicap di kawasan terkena minyak panas..
tapi tak pernah lagi terkena air panas yang banyak macam ni..
so.. saya try la letak kicap jugak.. mana la tau kan..
kiranya jari-jemariku yang bulat-bulat ni bermandikan kicap la..

ajaibnya.. sekejap je lepas tu terasa sangat sejuk di kawasan terkena air panas tu..
alhamdulillah.. siap boleh kepal-kepal tangan tanpa rasa sakit..
terima kasih pada cik kicap yang hitam manis ni..
so kalau kawan-kawan pun terkena minyak atau air panas..
cuba la letak kicap kat kawasan tu.. insyaAllah akan cepat baik.. 


Gambar: Encik Google
ni la gambar cik kicap yang saya gunakan semalam.. mujarab betul!!




Thursday, 10 October 2013

Vivix

SIRAP SHAKLEE
Ada sesetengah orang memanggil Vivix Shaklee ini sebagai sirap Shaklee sebab warnanya yang sangat merah.


APAKAH SEBENARNYA VIVIX?

  • Vivix adalah minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 
  • Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol merupakan kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
  • Vivix merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Ia berjaya dihasilkan selepas kajian bertahun-tahun oleh Shaklee dan merupakan supplement pertama di dunia yang mampu menembusi DNA manusia.


APAKAH KEHEBATAN VIVIX?

  • Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.
  • Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia di mana setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan Vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.
  • Vivix melambatkan pembentukan AGE ~ penimbunan AGE (advanced glycation end product) akan menyebabkan kerosakan sel. Ramuan Vivix yang 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.
  • Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel ~ tenaga dalaman akan ditingkatkan dengan pembentukan mitokondria baru (mitokondria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)
 

BAGAIMANA VIVIX BERTINDAK DENGAN BERKESAN?

Rahsianya kerana Vivix melindungi dan membaikpulih sel DNA kita di samping mengelakkan penimbunan protein AGE dalam badan.


Manfaat Vivix


Mengandungi 4 bahan yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain


APAKAH RESVERATROL DAN KHASIATNYA

Resveratrol adalah sejenis antioksidan dan bertindak sebagai 'sistem imunisasi' untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Resveratrol merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Daripada kajian yang dihasilkan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang menunjukkan 10x lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata. Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati dan ia merupakan anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca ekstrem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resveratrol yang tinggi!



Resveratrol digunakan sebagai terapeutik dalam beberapa masalah penyakit kronik


 SIAPA YANG MEMERLUKAN VIVIX?

Sesiapa sahaja (dewasa) yang mahu mendapatkan khasiat polifenol semulajadi yang tinggi demi sebuah kesihatan. Vivix juga sangat disarankan kepada:
1. Pesakit kanser
2. Pesakit SLE
3. Pesakit jantung
4. Pesakit kencing manis
5. Pesakit gout
6. Pesakit stroke
7. Penghidap arthiritis
8. Wanita yang mempunyai cyst
9. Mereka yang mempunyai masalah selaput mata
10. Perokok tegar
11. Mereka yang ketagihan dadah
12. Mereka yang risiko menghidap kanser akibat keturunan
13. Mereka yang mempunyai ketahan badan yang lemah
14. Mereka yang mementingkan kesihatan badan yang maksimum
15. Mereka yang ingin awet muda

 
" Terdapat 4 mekanisme yang membuktikan kebaikan Vivix dan ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya menyamai dengan 3000 gelas wain merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) "



JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA VIVIX INI,  
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045




Wednesday, 9 October 2013

Krisis Penyembuhan atau Healing Crisis

Ramai yang telah mencuba Shaklee.
Ada yang kali pertama ambil dan dah rasai perubahan yang baik.
Ada pula mengambil masa beberapa hari, ada yang selepas seminggu atau selepas sebulan baru nampak perubahan.
Ada yang serasi terus maksudnya tubuh boleh terima supplement Shaklee tanpa masalah.
Ada juga yang mula pening, sakit kepala, kelesuan, badan naik ruam dan sebagainya.

Apakah supplement Shaklee ni ada kesan sampingan ?

Jawapannya adalah TIDAK.

Apa yang dilalui oleh anda sebenarnya tidak lebih daripada Krisis Penyembuhan atau Healing Crisis.

Jom kita lihat beberapa soalan popular berkisar dengan Krisis Penyembuhan ini..


Soalan:
Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan atau healing crisis?

Jawapan:
Ia merupakan satu proses berterusan di dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat daripada radikal bebas. Toksin-toksin lama di dalam badan akan dibersihkan dan disingkirkan. Semasa proses penyingkiran ini, badan akan mengalami tanda atau simptom yang mana akan membuatkan kita rasa kurang selesa dan ia dipanggil krisis penyembuhan. 
Untuk info, dalam perubatan Cina, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.


Soalan:
Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan atau supplement?

Jawapan:
Menurut Professor Yoshio Niwa iaitu seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrient, nutrient itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu lama dengan yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. 
Sebagai contoh, jika anda mula mengalami ruam pada kulit atau pening kepala atau kahak berlebihan selepas pengambilan supplement, ini merupakan satu tanda bahawa badan anda sedang menjalani proses menyahtoksin.
Sebagai analogi, andaikan badan anda seperti sebatang besi paip yang berkarat. Apabila anda meletakkan serbuk anti-karat, anda akan mendapati banyak karat mula terhakis keluar dari besi paip tersebut. Anda pastinya akan merasa teruk melihat keadaan itu. Tetapi selepas semua karat disingkirkan, barulah paip itu menjadi lebih bersih dan kembali berkilat seperti baru.


Soalan:
Apakah krisis penyembuhan petanda yang baik?

Jawapan:
Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau supplement yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk. Tetapi hakikatnya ia adalah semata-mata proses penyembuhan semulajadi dan merupakan petanda yang sangat baik dalam menyediakan tubuh badan kita untuk menerima khasiat sebenar dari supplement yang diambil.


Soalan:
Adakah setiap orang akan mengalami petanda atau simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?

Jawapan:
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu langsung tidak akan mengalami krisis penyembuhan. Sesetengah individu pula akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mengambil supplement. Dan sesetengah individu pula hanya merasainya selepas seminggu atau sebulan pengambilan.
Kesannya juga berbeza. Jika terdapat lebih banyak toksin di dalam badan, maka lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.


Soalan:
Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

Jawapan:
Ini bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. Ia mungkin mengambil tempoh 1-3 hari atau mungkin berminggu lamanya.


Soalan: 
Saya mengambil supplement tetapi saya masih lagi belum merasai sebarang perubahan positif. Mengapa?

Jawapan:
Secara umumnya selepas 1-2 bulan pengambilan supplement, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya. Sebagai contoh, badan semakin bertenaga, kulit wajah semakin berseri, pergerakan semakin lancar, tidak lagi mengalami bersin-bersin seperti kebiasaannya. Sekiranya tiada lagi sebarang perubahan positif, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti di bawah:

  Tidak mengamalkan supplement setiap hari
  Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
   Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. 
      Contohnya seperti mengambil supplement bersama minuman berkafein, berkarbonat atau
      beralkohol dan juga merokok
  Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
   Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana     
      rawatan ataupun supplement
   Mengalami masalah emosi


Soalan:
Berikan contoh-contoh krisis penyembuhan yang biasa berlaku?

Jawapan:

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia University


Jika anda mengalami sebarang simptom seperti di atas ketika mengambil mana-mana supplement Shaklee, jangan risau dan jangan cepat mengalah. Semoga anda cekal menghadapi krisis penyembuhan kerana ianya hanya bersifat sementara. InsyaAllah selepas krisis penyembuhan berakhir, kesihatan anda akan bertambah baik dari sebelumnya. Amin..




Tuesday, 8 October 2013

Herb-Lax

Kawan-kawan pastinya selalu je kan mendengar orang menyebut perkataan DETOX.. detox itu la.. detox ini la.. tapi bukan semua orang tahu apa maksud detox yang sebenarnya kan.. haa.. meh nak cerita sikit..


DETOX adalah suatu proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang ada melekat di dinding usus kita dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita dah bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum. Disebabkan itulah  kita disarankan untuk melakukan proses detoksifikasi sebelum mengambil apa-apa vitamin atau supplement agar tahap penyerapan nutrien berlaku pada tahap optimum.


Di Shaklee, DETOX sangat sinonim dengan HERB-LAX. Apa pulak tu Herb-Lax ni?
Jom saya bercerita sikit mengenai Herb-Lax ni..
  • Herb-Lax merupakan pelega dan pelawas kepada sembelit, terutamanya bagi orang-orang yang ada masalah pembuangan air besar
  • Sifat Herb-Lax yang menggalakkan pembersihan yang lembut terbukti bersesuaian secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa yang panjang. Ia juga sesuai untuk kegunan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus
  • Herb-Lax tergolong dalam kategori julap yang lembut. Walau bagaimanapun ia tidak akan membuatkan kita cirit-birit 
  • Herb-Lax membantu usus kita lebih aktif melalui gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang saluran pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik dapat membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar
  •  Ramuan asas Herb-Lax terdiri daripada kombinasi sains dan perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herna semulajadi iaitu:
               ❥  Senna Leaves : Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pada usus dan perut, 
                   percepatkan  proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
               ❥  Buckhorn Bark : Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan  
                   kelembapan kepada usus
               ❥  Licorice Root : Membantu proses detoksifikasi
                 Alfalfa Leaves : Membersihkan usus, darah dan hati
               ❥  Anise Seeds : Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
               ❥  Rhubarb Root : Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan   
                   sebagai  antibiotik
               ❥  Blue Malva Flower : Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
               ❥  Culver’s Root : Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
               ❥  Fennel Seeds : Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan dan  
                   pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit, 
                   kembung perut dan usus

  •  Kebaikan utama Herb-Lax:
           ❥ Membersihkan najis yang tersekat dan tersimpan lama dlm tubuh
           ❥ Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut
           ❥ Membantu masalah sembelit
           ❥ Mengempiskan perut 
           ❥ Melawaskan pembuangan air besar 


                
     JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA HERB-LAX INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 019-9864611



Monday, 7 October 2013

DTX COMPLEX

Kawan-kawan pernah terasa hati..? kecik hati..? makan hati..? sakit hati..? berjauh hati..? atau pun jatuh hati..?
Mesti la pernahkan sebab kita ni insan biasa.. wajib la ada perasaan berkait dengan hati ni kan..

Tapi pernah tak kita terfikir untuk menjaga kesihatan hati kita atau pun ada antara kita mempunyai masalah hati yang sebenar-benarnya.. iaitu hati yang hakiki, yang terletak molek je dalam tubuh badan kita ni.. hari ini, jom kita bercerita pasal ~ HATI ~


 Sumber gambar : Encik Google


Hati ?

Hati merupakan organ kedua terbesar manusia selepas kulit dan merupakan kalenjar terbesar dalam tubuh manusia. Hati adalah organ lembut berwarna perang kemerahan. Hati manusia dewasa mempunyai berat antara 1.3 - 3.0 kilogram. 

Hati terletak di bawah diafragma di sebelah kanan badan manusia. Sebahagian besar permukaan hati terletak di dalam sangkar toraks bagi melindunginya daripada kecederaan. Ia juga menjadi alas bagi pundi hempedu yang menyimpan hempedu. 

Secara anatomi, hati dapat dibahagikan kepada empat lobus iaitu lobus kanan (right lobe), lobus kiri (left lobe), caudate lobe dan quadrate lobe.


Apakah fungsi hati?

Hati mempunyai pelbagai fungsi, di antaranya ialah:
  • Menyimpan glikogen, mensintesis protien plasma dan menyahtoksik dadah
  • Menghasilkan hempedu yang penting bagi penghadaman
  • Melaksanakan dan mengawal pelbagai fungsi biokimia jumlah besar yang memerlukan tisu khas
  • Menerima makanan terlarut dalam darah apabila makanan ini tercerna dan diserap di usus
  • Menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu
  • Mengawalatur metabolisme karbohidrat, lipid dan asid amino
  • Menghasilkan protein-protien plasma tertentu seperti albumin
  • Menyahtoksik bahan-bahan beracun terutama dadah dan bahan-bahan bernitrogen seperti ammonia
  • Sebagai tempat penghasilan sel-sel darah merah fetus
  • Menguraikan molekul hemoglobin tua
  • Menyingkirkan hormon-hormon berlebihan 


Bagaimana menjaga kesihatan hati?

Shaklee DTX Complex menyediakan makanan sokongan bagi fungsi hati yang sihat dengan satu formula herba yang unik dengan antioksidan.

Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk Thistle Seed)
  • Proses ekstrak ini mengandungi 80% silymarin iaitu bahan yang kaya dengan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema

2. Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu

3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu serta membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis
  • Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi dan melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah
  • Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air

4. Kunyit
  • Mengandungi curcumin iaitu bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV

 5. Cendawan Reishi (Ling Zhi)
  • Membina imun dan membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis dan sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung

6. Schizandra Chinensis
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi dan memperlahankan pembentukan toksin

Siapa yang perlukan DTX Complex ?

  • Mereka yang bekerja dalam persekitaran tercemar
  • Mereka yang bekerja dengan bahan tercemar
  • Mereka yang tinggal berhampiran dengan kilang
  • Mereka yang ingin menyingkirkan toksin dalam badan
  • Mereka yang sering makan makanan segera, MSG, pewarna dan perasa tiruan
  • Mereka yang terdedah dengan sumber-sumber toksin




 JIKA KAWAN-KAWAN BERMINAT UNTUK MENCUBA DTX COMPLEX INI,
BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT YE..

ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
SMS / WHATSAPP : 011-12181045019-9864611
     
     

Friday, 4 October 2013

kehilangan..

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

4 hari yang lepas.. 
saya kehilangan ibu mertua..
Al-fatihah untuk arwah chek..
sangat terasa dengan kehilangan arwah chek.. 
semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. amin..

semasa hayatnya saya selalu mengadu jika ada apa-apa pada arwah chek..
saya juga selalu minta chek mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga..
kini kami kehilangan kasih sayang dan doa dari seorang ibu..

~ Tinggal Kenangan ~
Gambar terakhir faris dan alisya bersama chek




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...