Tuesday 19 November 2013

Set Buasir

Ramai sebenarnya di kalangan kita yang pernah mengalami buasir. Kebanyakannya malu nak mengaku atau nak berjumpa doktor bila terkena buasir. Akhirnya mereka hanya berdiam diri dan menanggung sakit. 
APA ITU BUASIR ?
Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. 
Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.
Secara ringkasnya buasir boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
  • Tahap 1 : Berdarah setiap kali buang air besar, tetapi tidak bengkak atau rasa sakit. Buasir dalaman biasanya kecil, salur darah yang bengkak berada pada dinding saluran dubur. Ia boleh menjadi besar sehingga terkeluar dari dubur. 
  • Tahap 2 : Bengkak di luar dubur tetapi boleh masuk sendiri (ke dalam dubur) selepas buang air besar. 
  • Tahap 3 : Bengkak di luar dubur dan tidak boleh masuk sendiri, perlu ditolak dengan jari.
  • Tahap 4 : Bengkak yang sentiasa berada di luar dubur.

Gejala paling biasa bagi buasir dalaman atau luaran ialah:

  • Pendarahan ketika buang air besar. Darah ini berwarna merah terang.
  • Rasa sakit ketika membersihkan atau mencuci kawasan dubur.
  • Wujud sebarang ketidak­normalan atau bintil pada dubur.  
  • Sakit dan gatal semasa atau selepas buang air besar. 

Pencegahan

Tiada kaedah khusus untuk mencegah buasir tetapi amalan gaya hidup sihat dapat menghindarkan kita daripada mengalami masalah ini. Antara cara yang disarankan ialah:

  • Ubah gaya pemakanan dengan melebihkan pengambilan sumber serat iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Adalah lebih baik sekiranya dapat makan lima hidangan sayur dan buah setiap hari. 
  • Minum banyak air masak, sekurang-kurangnya satu hingga dua liter sehari. Ia bertujuan melembutkan najis supaya ia senang keluar. Pengambilan serat perlu diselaraskan dengan air. 
  • Pelajari cara betul untuk buang air.  
  • Bersenam kerana ia juga boleh bantu mudahkan ke tandas. Senaman mudah seperti berjalan cepat selama 30 minit sehari sudah memadai.
  • Jangan abaikan 'panggilan' untuk buang air besar.  
  • Jangan paksa diri untuk buang air besar.   

    Untuk membantu meringankan dan merawat sembelit dan buasir, anda boleh mencuba SET BUASIR dari SHAKLEE..

    Ostematrix
    ✽✽✽✽✽✽

    ❥ Membantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR
    ❥ Memberi keselesaan sekiranya mengalami luka di bahagian dubur

    Omega Guard
    ✽✽✽✽✽✽✽

    ❥ Membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak
    ❥ Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir biasanya akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit

    Zinc Complex
    ✽✽✽✽✽✽✽

    ❥ Membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat
    ❥ Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit

     
    Ingin merawat sembelit dan buasir ??


    Hubungi saya:
    ADD FRIEND / PM : ATIRAH KHALIM
    FB PAGE : Cinta Vitamin Semula Jadi
    SMS / WHATSAPP : 011-12181045

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...