Saya adalah pengamal vitamin dari sebelum saya kenali Shaklee lagi. Sudah menjadi kebiasaan bagi saya melihat paket kecil silica gel di dalam botol vitamin. Apa yang saya faham, silica gel ini diletakkan dalam sesuatu produk untuk menyerap lembapan udara bagi memastikan produk tersebut berada dalam keadaan baik serta menjaga kualitinya. Ia bertujuan untuk mengelakkan pertumbuhan kulat. Selain di dalam botol vitamin, silica gel juga boleh dilihat dalam kotak kasut, beg tangan, barangan kulit dan juga dalam barangan letrik.
Berbalik kepada silica gel di dalam botol vitamin, saya menganggap dalam setiap botol vitamin mesti ada silica gel. Botol vitamin dan silica gel agak sinonim. Sehinggalah saya mengenali Shaklee. Saya tertanya kenapa tiada silica gel di dalam botol vitamin Shaklee. Para pengguna Shaklee yang lain juga pasti tertanya-tanya kan..
Kenapa vitamin Shaklee tidak memerlukan
silica gel?
Jawapannya
mudah sahaja kerana vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Dihasilkan tanpa
pewarna, perisa dan bahan pengawet. Oleh itu, silica gel tidak diperlukan untuk
menyerap kelembapan dalam udara yang selalunya terdapat dalam vitamin sintetik.
Bila
anda mendapat botol vitamin Shaklee anda, anda akan jumpa penyataan ini di bahagian keterangan:
“No artificial colours, flavours, sweeteners, or preservatives added”
Apa yang tidak boleh ada dalam produk yang baik?
- pewarna - artificial colours, mengapa perlu ada pewarna dan apa yang cuba disembunyikan melalui pewarna?
- perasa - artificial flavors, ianya menjimatkan kos penghasilan vitamin berbanding dengan perasa asli.
- pemanis sintetik - mengapa perlu pemanis
sedangkan kita tahu ianya tidak baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi penggunaan pemanis sintetik dalam makanan kesihatan yang tujuan asalnya untuk mengoptimumkan kesihatan?
- vitamin E - penting untuk kita tahu
mengapa ada sesetengah vitamin E yang kita amalkan tidak memberi kesan yang
betul pada kulit dan tubuh kita. Ini kerana "l" atau “dl” pada label menunjukkan ia adalah
vitamin sintetik manakala label “d” menunjukkan vitamin semulajadi. Kebanyakan pengeluar menggunakan
bahan sintetik kerana ianya lebih murah dan menjimatkan kos.
- silica gel - silica gel adalah antara
bahan yang tidak sepatutnya ada dalam makanan tambahan atau vitamin. Ini kerana apabila adanya kehadiran silica gel, vitamin itu
adalah dalam golongan sintetik dan tidak asli.
Semua vitamin Shaklee (kecuali produk kanak-kanak iaitu Chewable Vita-C Plus) tidak
disertakan dengan silica gel. Ini kerana semua vitamin keluaran Shaklee
adalah semulajadi. Ramai tidak mahu membeli vitamin semulajadi dengan
alasan harganya mahal. Namun kita perlu sedar harga vitamin semulajadi
sebenarnya mampu milik dan tidak membebankan pengguna.
Kesihatan yang baik adalah
pelaburan yang menguntungkan. Shaklee adalah asli, tanpa pewarna
tambahan, pengawet, perasa dan silica gel. Jika anda berkemampuan apa
salahnya beli yang lebih baik? Pilihan di tangan anda.
Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan Shaklee !!
Email : atira_akh@yahoo.com
SMS/ WhatsApp : 011-12181045
✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽
** Produk kanak-kanak iaitu Chewable Vitamin C mengandungi silica gel. Ini kerana sekiranya kanak-kanak mengambil sendiri vitamin mereka,
dikhuatiri mereka mengambilnya dengan tangan basah dan memberi kesan pada vitamin tersebut.
No comments:
Post a Comment